Syukur kehadarat Allah, selama 6 hari aku tinggal di hotel 3 bintang ini boleh dikatakan setiap hari aku dikunjungi pelawat. Kalau tidak petang sebelah tengahari. Kata orang tetamu tu bawa rezeki dan kehadiran mereka harapnya menolong mempercepatkan sembuhnya luka jahitanku ini. Maklumlah ibuku jauh, ibu dan bapa mertua pun tiada, tambahan pula ibu saudara yang tinggal di KL inipun baru 4 bulan meninggal dunia. Sedih hati rasanya. Si Selvi tetiba bersuara mengatakan dia tidak beritahu ibu dia yang tinggal di Teluk Intan yang dia menjalani pembedahan di kaki kerana dia tidak mahu ibu dia risau. Aku tersentak terkejut sebab Selvi semacam tahu yang aku teringatkan ibuku.
Yalah dia satu-satunya ibuku dan dia juga merupakan ibu yang kental dan kuat semangat. Aku pula anak manja walaupun konon cuba handak tunjuk kuat semangat kepada adik-adik, kadang-kadang aku tewas. Ms Wong pula dibertahu untuk dibedah pada hari Khamis. MO dan jururawat memastikan yang keadaan kesihatannya terutama paras gulanya. Dia ada masalah thairod dan bergantung kepada ubat. Dalam masa ini dia cuba menyebut Alhamdulillah dan meminta aku mengajarnya serta ejaannya sekali. Rupa-rupanya selama ini dia perhatikan gerak dan tingkah laku. Dia tahu aku sembahyang walaupun dalam keadaan yang berbeza dari biasa. Tetibanya sahaja dia tanya perihal stokin tangan yang aku sentiasa pakai bagaimana aku keluarkan semasa aku masuk bilik bedah. Aku beritahunya yang stokin itu sangat anjal tentulah mudah sahaja walaupun di tanganku ada jarum. Aku harap dapat beri dia sedikiti tarbiah dengan beritahu dia apa maksud dan bila harus diguna Alhamdulillah dan InsyaAllah.Walaubagaimanapun Hidayah itu dari Allah, kita hanya berperanan memberitahu sahaja.
Bila ku fikirkan mngapa aku harus tinggal lebih lama iaitu 2 hari lebih lama dari rakanku yang lain ialah kerana luka jahitan di kakiku nampak masih bengkak dan akan mengambil masa untuk kering. Jadi untuk memastikan tiada jangkitan kuman pada lukaku Mr Azam arahkan dibuat dressing 2 kali di wad sebelah aku dibenar pulang. Dressing dibuat dalam sela 2 hari sekali. Aku pun lega juga tidak perlu kerap pergi dressing di klinik maklumlah belum boleh memandu sendiri lagi, penatlah pula suamiku balik kerja hendak membawaku ke kinik pula.
Alhamdulillah biarpun dressing dibuat 2kali seminggu selepas keluar dari wad lukaku akhirnya kering juga walaupun dalam tempuh agak lama iaitu 6 minggu.
No comments:
Post a Comment