Hari Isnin, tanggal 30 September 2013, merupakan tarik keramat dimana aku ditemani suamin tersayang menuju ke hotel 3 bintang (foto di atas)yang kira-kira 10 minit dari rumahku. Pagi itu hujan baru sahaja berlalu, cuaca menjadi lebih sejuk dari biasa. Dengan keadaan tenang, jam masig belum pukul 8 pagi, suami mengajak ke Kafeteria Hospital. Aku makan mee goreng bersama teh tarik. Kebetulan jiran sebelah rumah yang selalu membuat fisioterapi juga ada di Kafeteria tersebut.Suami memberitahunya mengenai pembedahanku esok.
Jam sudah melewati 8.15pagi, kami menuju ke bahagian pendaftaran untuk kemasukan wad. Agak lama juga kami di situ, menunggu arahan dari wad sebab ingatkan dapat masuk wad kelas satu. GL suamiku memang layak untuk kelas satu tetapi untuk disiplin ortho, aku perlu duduk wad 6C (kelas 2dan 3di tingkat 6). Ini memandangkan kelas 1 di tingkat 9, sukar untuk doktor melawat aku di sana bagi disiplin yang paling banyak bilangan pesakit dalam wad berbanding dengan disiplin lain.Kekangan masa menjadi masalah utama.
Aku dan suami menuju ke wad 6C, katil no 8, berhampiran dengan pintu masuk sahaja. Jururawat bertugas berkenaan pun segera menyuruh aku menukar pakaian seragam pesakit dalam wad dan memberi penerangan mengenai wad berkenaan. Kami pun diberitahu yang kebiasaanya setiap pagi ada sekumpulan pegawai perubatan akan membuat rondaan. Seorang pakar yang senior akan meninjau setiap pesakit sambil memberi penjelasan terutama kepada pegawa-pegawai perubatan yang kurang pengalaman dan pendedahan mengenai setiap pesakit. Jadi akupun kena segera tukar pakaianku dan suami pun pulang.
Bermulalah aku tinggal di wad bersama 3 orang rakan sebilik, seorang berbangsa India dan 2 orang berbangsa Cina. Thamil Selvi 50 tahun dan Ms Wong Ling Ling 59 tahun masing dari Jinjang dan Taman Maluri, Kepong. Ms Chan Kim Hong 46 tahun dari Rasa. Akan ku ceritakan pengalamanku bersama dalam entri berikutnya.
No comments:
Post a Comment