Sebenarnya aku pun kurang pasti apa TCA tu, maklumlah istilah tu hanya diguna di antara doktor pakar dengan MO atau HO sahaja. Kalau otak saintifik ini aku rasa tidak dapat tidak berminat juga hendak ambil tahu. Doktor pun bukan ada masa nak terangkan semuanya. Disinilah kebaikannya menjadi pendengar yang baik(good listener).
Dibawah adalah tarikh- tarikh TCA ku dalam masa 3 bulan pertama:
Selepas discaj,aku dikehendaki pergi dressing di klinik kesihatan @ klinik swasta 2hari sekali. Disebabkan kekangan masa suamiku untuk menghantarku ke klinik, aku hanya dapat buat 2 kali seminggu. Itupun dalam seminggu sekali ke klinik swasta iaitu sebelah malam dan sekali ke klinik 1 Malaysia pada hari Ahad.Nasib baiklah ada juga servis dressing ( hanya 2 jam sahaja diperuntukan) di klinik 1 Malaysia yang berhampiran rumahku ini, kalau tidak aku rasa tidak banyak beza dengan kedai farmasi. Surat cuti sakit(MC) memang tidak dikeluarkan di klinik ini. Hanya jururawat terlatih dan penolong jururawat sahaja yang ada, sebab itulah mc dan juga antibiotik tiada.
TCA pertama - 21 Okt iaitu 3 mggu selepas tarikh pembedahan, K wire pada anak jari k2 dicabut.
Back slap dan balutan hingga ke betis ditanggalkan, diganti balutan kecil.
TCA kedua - 4 Nov iaitu selepas 2 minggu TCA pertama tujuan untuk membuka bendej. Pada masa ini aku perlu jumpa MO sahaja iaitu di klinik ortho. Malang sedikit, ada sedikit kesan bengkak (infection) pada jahitan di antara ibu jari dan jari keduaku.
Nampak macam jahitan hendak terbuka, seperti di dalam foto di bawah:
Nampak macam jahitan hendak terbuka, seperti di dalam foto di bawah:
MO itu sudah takut untuk rawatku maksudnya apa harus dibuat seterusnya lalu beliau merujuk seorang pakar yang bertugas pada hari itu. Pakar memberitahu yang ianya tidak kritikal, tahap suhu dibahagian tapak kakiku dipantau dan dia memberitahu yang kepanasan dari yang bengkak tidaklah banyak bezanya berbanding dengan kepanasan kaki kananku .
Namun dia sarankan untuk terus diberi ubat antibotik tamabahan dan TCA ke 3 adalah minggu berikutnya.
TCA ketiga - 11 Nov dan dipantau Mr Azam untuk tindakan susulan. Malangnya hari itu, Mr Azam terpaksa membantu satu pembedahan kecemasan, sehingga jam 12 tengahari baharulah dia muncul. Apa hendak dikata hendak berubat macam itulah, bukan senang hendak senang walaupun aku sudah menunggu sejak pukul 8 pagi dan membiarkan diriku duduk di atas kerusi roda adalah sangat mencabar bagi keadaanku pada waktu itu - kebengkakan menjadi sangat tidak selesa sebab sudah menjangkau 4 jam(weight bearing). Aku pun tahu Mr Azam orangnya sangat komited. Kesan jahitan terbuka sudah tiada pada masa itu dan dia pun mempamerkan wajah kelegaan sambil menanyaku bila aku bercadang untuk kaki kanan pula yang dia sudah tahu akan menerima nasib yang sama. Aku pun lantas mengajukan soalan yang berapa lama lagi agaknya beliau ingin berkhidmat di hospital berkenaan. Beliau lantas mengelak untuk menjawab dengan memberitahu yang Mr Sidek akan ke luar negara untuk mendalami lagi bidang kepakarannya, tinggal dia tanpa Mr Sidek yang aku rasa mentornya juga.
TCA keempat - 23 Dec menjalani X-Ray sebelum berjumpa Mr Azam untuk memastikan tulang cantum dengan baik dan aku tidak bergantung pada tongkat lagi. Gementar rasa hati ini menunggu hari yang dinanti-nantikan!
TCA - to come again
ReplyDeleteThank you for your enlightenment. Finally I know the meaning.
DeleteThank you.. now i know
Deleteooo..itu la maksudnya..tqtq
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete