Monday, December 2, 2013

Waktu Penjagaan Selepas Pembedahan - Post Operation


Foto dibawah menggambarkan keadaan kakiku sebelum dan selepas dibuka balutan(bandage) iaitu selepas 5 minggu pembedahan dijalankan. Keadaan bengkak akan berlaku padaa bahagian jari bila kaki banyak berdiri dan jangkamasa ia terjadi bergantung kepada keaadaan badan seseorang pesakit itu. Menurut doktor keadaan bengkak ini akan berlanjutan sehingga 6 bulan. Maknanya pembedahan ini lebih susah penjagaannya berbanding dengan Caesarian yang pernah ku jalani 20 tahun lalu. Allah memang hendak menguji kesabaranku lagipun selama ini aku telah lama mendera kakiku dengan selalu berjalan hendak cepat sampai, terutama di tempat kerja. Sementelah lagi aku memakai but keselamatan semasa di tempat kerja,  kakiku diasak oleh but yang keras itu. Aku disaran memakai kasut khas yang di tunjukkan foto sebagai mengganti plaster cast yang kebiasaan di pasang di hospital. Kasut khas ini sangat senang dipakai dan dia mempunyai 2 set pembalut berjahit seperti sarung kaki tetapi disebelah dalam seperti kain tuala tebal. Diberi 2 set ialah supaya sementara yang satu dibasuh ada lagi satu yang boleh dipakai. Di dalam sarung kaki ini pula dimasukkan satu bahan plastik yang berisi seperti pasir atau kristal yang boleh menyerap kelembapan pada kaki. Yang istemewa bagiku kasut ini adalah unisaiz, bermakna boleh diguna samada untuk kiri atau kanan. Aku memkirkan jangkamasa panjang yang mana kaki kananku sedang mengalami keadaan yang sama dan ada terasa seperti bone spur. Aku harus bersedia berdepan dengan satu lagi pembedahan dalam jangkamasa paling lama 3 tahun lagi. Jadi kasut VAcopad ini amat bermakna bagiku.

No comments:

Post a Comment