Bosannya rasa diri ini sewaktu hendak kembali semula bekerja. Hanya Allah yang tahu maklumlah hampir 2 bulan telah ku tinggalkan apa tidaknya sudah rasa selesa tinggal di rumah. Sebelum ini sehari dua di rumah sudah rasa jemu sejemunya tetapi nampaknya berbeza pula keadaannya. Usia separuh abad memang sepatutnya aku sudah berehat dan melakukan kerja kerja ringan. Sementelah lagi kerja yang aku lakukan sekarang banyak memerlukan pergerakan yang pantas. Aku harus dengar rintihan perasaan anggota badanku. Walaupun apa akan terjadi aku sudah tidak ambil kisah akan perkara perkara yang semua hendak cepat yang diperlukan oleh pihak pengurusan.
Nabi Muhammad saw menekankan supaya umat baginda mengambil berat kesihatan dan keselesaan kaki yang mana kita dikira mngikut sunnah jika memilih kasut yang sesuai dengan kaki dan menjaga kesihatan kaki. Ya Allah selama ini hambaMu yang kerdil ini tidak mengamalkan sunnah Nabi. Bukan sahaja tidak amal malah lansung tidak kisah jenis kasut yang dipakai. Yang aku tahu janjia boleh berjalan dan dapat bua kerja dengan cepat.Bersyukur aku kehadrat Allah kerana dengan satu peringatan yang Engkau tunjukan padaku iaitu dengan insiden kaki kiriku tidak dapat berpijak, aku telah dapat merujuk pakar ortho yang menjelaskan kepadaku perkara perkara yang selama ini aku anggap perkara yang remeh. Dalam rancangan fattabioni juga ada menyentuh topik menjaga kaki adalah satu sunnah. Sesiapa yang menjaga kakinya dengan baik dan berniat untuk mengikut sunnah Nabi dengan mudah mendapat pahala ikut sunnah dan kaki pun sihat secara tidak lansung.
Masalah masalah yang timbul akibat kelalaianku menjaga kaki dengan baik :
Fangus ( jangkitan kulat) - kuku akan menjadi tidak rata dan akan mereput akibat dari ini.
Collus/corn (ketuat) -di bahagian tapak kaki. Harus diambil tindakan segera - Cyrotherapy@ melalui pembedahan.
Hallux valgus - ibu jari kaki melencong ke anak jari sebelah. Bahagian tapak bawah akan dalam tekanan dan lama kelamaan sakit sewaktu berjalan lebih dari 10 minit.
Hammer toe/Claw toe - anak jari terangkat ke atas bahagian tengah sendinya menyebabkan sukar untuk memakai kasut bertutup
No comments:
Post a Comment