Friday, December 27, 2013

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Syukur..ALhamdulillah! Lega rasanya. Setelah menjalani X-Ray bagi TCA ke4. Giliranku bernombor 6007 itu pun dipanggil. Aku berjalan perlahan-lahan menggunakan satu tongkat ditinggalkan suami jauh di hadapan. Bilik 64 seperti tertera di skrin di depan klinik,kelihatan Mr Azam sedang duduk di kerusi berkata-kata sesuatu dengan HOnya. Melihatkan kehadiran kami, beliau bingkas bangun dan menjemput kami duduk. Hati rasa sedikit berdebar maklumlah selama ini aku bertahan dan berpantang tidak dapat bergerak sendiri, hari itu keputusannya dari X-Ray yang menentukan keadaan tahap cantuman tulangku.
Setelah didapati cantuman tulang memuaskan dan kedudukan skrew utuh, Mr Azam menyuruh aku menanggalkan kasut Vacopade. Kemudian dia menekan dengan kuat jarinya pada bahagian tulang yang dipotong. Aku terasa sakit sedikit, ini menandakan cantuman tulang belum cukup baik. Dia mencadangkan untuk keluarkan slip supaya aku diberi kerja ringan sahaja, aku enggan bersetuju .Mungkin usia dan pemakanan aku juga menyumbang kepada faktur ini. Beliau lalu mengarahkan aku berjalan tanpa berkasut di atas simen. Dengan penuh yakin aku berjalan berkaki ayam ke kiri dan ke kanan menggambarkan tiada masalah pada kaki ku . Lagipun dua hari sebelum ini aku sudah buang tongkat dan berjalan dengan berslipar sahaja di rumah ke hulu ke hilir, jadi tidaklah rasa takut lagi.
Dia pun nampak lega sambil menceritakan mengenai seorang pesakit muda(17 tahun) datang berjumpanya untuk dibedah kerana tidak tahan sakit tetapi dia menolak kerana usianya yang terlalu muda. Katanya pertumbuhan tulangnya belum cukup matang memungkinkan bonionnya akan terjadi semula.
Selepas itu beliau memberitahu pula pesakit yang sedang menanti untuk menerima rawatamn darinya selepas aku ini juga menjalani prosedur yang agak sama seperti aku tetapi keadaan kakinya lebih teruk dimana dia terpaksa dipasang klip selain dari apa yang aku jalani. Memang kulihat cara kakinya dibalut sama seperti aku dahulu. Pesakit ini nampaknya jauh lebih berusia dari aku dan berbangsa Cina. Walaupun berusia kebanyakan mereka ini tiada masalah kencing manis dan darah tinggi walau dalam usia lanjut, jadi tiada masalah untuk mereka menjalani prosedur ini.Yang penting kualiti hidup mereka tidak terjejas.
Bagaimanapun aku sangat bersyukur kepada Allah atas segalanya kerana telah memudahkan aku melalui fasa-fasa semasa rehabilisasi selepas pembedahan. Aku telah memberanikan diri memandu kereta auto pada hari yang ke 3 selepas berjumpanya tanpa menanyanya samada boleh atau tidak. Dia ada menyarankan supaya aku tidak memakai kasut yang bermuncung tajam. Buat masa ini hanya kasut Croc sahaja yang boleh aku pakai katanya. Kebengkakan yang kadang-kadang kala masih berlaku pada kaki aku ini dijangka berakhir selepas 6 bulan.
TCA ke 5 aku ialah pada 24/3/14.  Aduh hampirnya dengan tarikh hari lahir aku!

No comments:

Post a Comment