Tuesday, November 19, 2013

Anugerah Dan Mehnah Kehidupan

http://www.youtube.com/watch?v=nokNWQJP_ok

Tiba masanya giliranku, tidak sempat aku menunaikan fardhu zohor. Waktu baru melewati 1.30 tengahri, naiklah aku ke atas katil troli setelah aku menukar ke pakaian seragam bilik pembedahan. Suka diingatkan tiada sebarang barang kemas atau pakaian dalam dibenarkan kecuali baju itu dan penutup kepala macam shower cap. Keadaan mengingatkan aku kali pertama menjalani pembedahan semasa melahirkan anak hampir 20 tahun lalu. Bezanya kali ini aku dalam keadaan tenang sekali. Dapat ku perhatikan sepanjang aku di tolak oleh 2 orang jururawat keadaan sekelilingku ke tingkat bawah (tingkat 5-bilik bedah). Aku diletakkan di suatu tempat sementara menantikan pakar bius datang. Pakar bius menolak pula ke satu bahagian di mana di sebelahku terdapat skrin, kemudian mereka menyucuk ubat bahagian lutut kiriku sambil memerhati. Nampaknya skrin itu seperti skrin alat ultra-sound.
Selepas itu barulah aku ditolak ke bilik bedah yang ku rasa agak sempit dan aku rasa seperti ada 10 orang di dalamnya. Ada yang hanya duduk berhampiran dinding seperti mendengar bunyi alat muzik. Pada masa itu fokus ku sudah tidak menentu. Sekejap sahaja aku rasa bahagian kakiku sudah ditekan-tekan dengan kuat. Aku jadi memberontak tidak gemar dibuat begitu. Dalam masa aku melawan dengan cuba mengangkat kakiku, aku pun tidak tahu lagi apa berlaku selepas itu. Hanya bila aku tersedar aku sudah berada di luar bilik bedah. Mereka hanya menanti untuk ku buka mataku dan aku pun dibawa turun ke wad. Hasrat hatiku untuk mendengar bunyi alat gerudi dan ketukan pisau seperti yang diceritakan kepadaku oleh seorang Ahso yang menjalani Knee Anthroplasty suatu masa dahulu tidak kesampaian.
Alhamdulillah! Paling penting aku telah selamat dibedah walaupun mini-invasif tetap membabitkan nyawa. Aku berterima kasih kepada Mr Azam kerana telah berazam dan berusaha membentuk semula 2 jari kaki kiriku ini kepada keadaan asal. Bukan sedikit pengorbanan dilakukan kerana ku tahu dia banyak terlibat dengan pembedahan akibat kemalangan/kecemasan namun diusahakan juga untuk menolong memulihkan kakiku. Allah sahajalah yang akan menolongnya kalau tidak secara lansung mungkin melalui ketenangan kehidupan keluarganya. Apalah yang lebih berharga lagi dalam kehidupan ini selain dari ketenangan hidup yang akan menatijahkan kebahagian hidup di akhirat. WallahuAlam!

No comments:

Post a Comment