Yang menjadi tertekannya aku apabila kami sudah menunggu lama beratur dan beg pun telah ditimbang boarding pas kami ditahan tidak di beri. Kami diarah tunggu dan sekiranya bernasib baik ada tempat baru di beri boarding pas. Penerbangan kedua itu sepatutnya pukul 9mlm ditunda ke pukul 1pagi. Penantian kami dari pukul 5ptg hingga pukul 12tmlm tidak berhasil. Zaim anak kami sudah menjadi panas baran dan mengatakan dia tidak mahu bermlm di hotel itu lagi. Penat membawa beg menunggu dan menaiki bas adalah salah satu sebabnya. Lepas itu rehat pun tak sampai 6jam. Dia pun merungut yang abahnya tidak benarkan dia cuba nak berkeras dengan MAS Rep untuk dapatkan tempat kerana dia nak cepat pulang nak habiskan kerja sekolah yang belum siap. Sebenarnya anak ku ini mudah terpengaruh dengan suasana tekanan di airpot itu. Memanglah ada orang yang mendesak untuk diberi tempat akhirnya dilihat mendapat tempat. Untuk kes kami, termaktub dalam arahan MAS bahawa sekiraanya dalam keadaan kelam-kabut sebegini kakitangan MAS harus memberi laluan pada penumpang lain dan diberi tempat untuk bermalam. Bagiku sudah bersyukur kerana hotel ini dalam keadaan begini bayaran dikenakan semalam naik dari 70paun ke 300paun.
Suamiku dengan keadaan letih menunggu menjadi lebih tertekan dengan tingkah laku anak bujangnya yang sedikit sebanyak manyakitkan hatinya. Apa yang dia boleh buat arahan sebegitu harus dipatuhi. Kebetulan pada masa itu juga ada 1 keluarga yang juga seperti kami dimana anaknya adalah jurutera MAS pun tidak berpeluang mendapat tempat.Mereka datang sehari lewat daripada kami, dan untuk dapat pulang cepat semua orang tidak mahu ketinggalan. Akhirnya kami bersama-sama mereka pun akur dan menginap di hotel sekali lagi tapi kami kali ini diberi bilik dan memang selesalah dapat membersihkan diri dan membuat minuman sendiri yang seperti biasa disediakan di hotel-hotel.
Kami diberi jaminan oleh MAS Rep kami pasti akan diberi tempat hari berikutnya dan juga mengarahkan kami menunggu panggilan talipon dari mereka. Kelurga Jurutera MAS itu tidak mahu bergantung kepercayaan sepenuhnya kepada mereka, dalam pukul 5.30pagi lagi mereka sudah bertolak ke airport, sedangkan kami 3 beranak baru bangun nak mandi dan solat subuh.
Dalam pada itu Abg Zam masih taat hendak menunggu panggilan talipon, tidak mahu bertolak dahulu. Aku mengingatkannya dalam keadaan sebegini kita tidak boleh bergantung harap sepenuhnya.
Dalam pukul 7.30pagi kami baru sampai airpot, walaupun dalam jadual terakhir diberitahu penerbangan pukul 8.15pagi, kami pasrah dan harap ia tidak akan berlaku. Keadaan tergesa-gesa itu menyebabkan kami tertinggal satu beg, walaupun hanya barang-barang tidak penting termasuk kopi koboi Zaim. Abg Zam cuba juga untuk memberitahu pihak berkenaan mana tahu diketemukan beg berkenaan dan ini mengambil masa juga. Zaim yang masih berang dengan situasi semalam terus ke kaunter MAS, meninggalkanku kebingungan menunggu suamiku. Dalam pada itu ada seorang perempuan ditugaskan memberitahu penumpang-penumpang yang sudah lama terkandas akan jadual penerbangan-penerbangan hari itu. Penerbangan kami ditunda ke pukul 10pagi. Aku pun masih cemas juga kerana kami masih belum dapat boarding pas lagi.
Dengan keadaan tenang suamiku pun menyusul dan aku memberitahunya. Kami pun menuju ke kaunter dan kelihatan keluarga Jurutera MAS itu masih menunggu untuk dapatkan boarding pas. Hatiku merasa lebih tenang walau dalam keadaan begini tambahan melihat ketabahan suamiku. Kami tetap yakin kami boleh bersama dengan keluarga Jurutera MAS tersebut walau kami agak kelewatan. Setelah beberapa minit bersama-sama keluarga Juruterbang MAS kamipun diberi boarding pas. Bertolaklah kami bersama-sama menuju ke kaunter Imegresen dan seterusnya ke balai berlepas.
No comments:
Post a Comment