Hari ini adalah hari keduaku berada di negara Inggeris ini. Kali ini aku tidak merasa letih atau jaglap seperti mana lawatan pertamaku dua tahun yang lalu. Dari mula menaiki kapalterbang MAS telah ku rasai perasaan ini. Ia mungkin juga beban kerja yang tidak terlalu tertekan berbanding dengan semasa kali pertama dulu atau mungkin aku tidak merelakan keadaan kerja menekanku.
Walaubagaimanapum ianya bergantung kepada keadaan kesihatan jasmani dan rohani seseorang itu samada tekanan itu dapat dirasai atau tidak. Setibanya aku sekeluarga kami di jemput oleh adik iparku di lapangan terbang Heathrow. Semasa di dalam kereta kami pun sudah terlelap keletihan maklumlah waktu di Msia ialah waktu tidur. Bila sampai sahaja di rumah adikku kami terus dihidangkan nasi dan selepas membersihkan badan kami mandi. Tidak dapat bercerita panjang dengan adikku aku pun terus ke katil dan menyambung melelapkan mata yang masih mengantuk.
Keesokkan harinya, selepas sarapan pagi koew teaw, kami memulakan aktiviti pertama membeli-belah ke bandar Manchester.
No comments:
Post a Comment