Hari pertama sampai tanpa membuang masa adikku membawa kami ke Manchester Fort. Terdapat Argos, ASDA, SportsDirect, B & Q House, Clark , Pound shop dan juga KFC halal. Puas membeli-belah kami makan KFC di sini. Semasa perjalanan pulang kami singgah di Worldwide. super market kepunyaan orang Pakistan, beli barang keperluan runcit. Pada hari kedua kami ke Colne, iaitu shopping Mall yang agak terkenal untuk orang yang sudah bersara. Banyak juga barang yang dibeli suamiku di sini. Kami ke sini tanpa bersama PPG, agak boring nampaknya bagi si Zaim anakku. Menjelang petang kami makan di Grillish, BBQ Pakistan. Pada masa ini PPG dibawa abah mereka dari sekolah. Gembiranya bukan kepalang. Malangnya menjelang malam kami mula merasa Winter bug. Adikku yang memberitahu istilah ketidakselesaan ini yang rata-rata mereka semua telah merasainya. Winter bug berpunca dari virus di dalam perut, mengakibatkan perut memulas, loya, cirit-birit dan jika terlalu serius boleh menyebabkan demam. Biasanya akan mengambil masa dari 12 jam sehingga 60jam.
Setelah berehat sehari pada hari ke 3, kami ke Lowry, berdekatan dengan University of Salford. Di sana kami borong cokelat Cadbury dan beli sedikit pakaian. Adikku mengajak makan di Jazeera pula kali ini kami pergi dengan PPG sekali menaiki MPV Estima Lucida 8 seater.
nota-PPG ~power puff girls...gelaran untuk anak2 saudara ku yang kesemuanya perempuan belaka....
No comments:
Post a Comment