Friday, December 24, 2010

Kebesaran Allah Yang Dapat Kurasai

Alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Di sini dapatku rasakan kebesaranMu Ya Allah! Hamba yang kerdil ini duduk di bahagian ekor pesawat jumbo. Dengan berdekatan tingkap ku dapat melihat hamparan awan putih ibarat permaidani tersusun indah dan pesawat yang kunaiki berada di atasnya.
Ku bayangkan jika aku di alam barzakh seperti keadaan begini alangkah seronoknya. Sebenarnya pesawat yang kunaiki itu penuh penumpangnya, suamiku duduk di bahagian tengah pesawat manakala anakku di sebelah bahagian lain. Namun ku bersyukur kerana bertiga menaiki pesawat yang sama. Kebetulan penumpang yang duduk di sebelahku seorang pemuda Mat Saleh. Dia mula-mula kulihat agak tidak selesa nak duduk di sebelahku. Dia duduk tempat yang dikhaskan untuk pramugari. Dapat kurasakan dia sangat keletihan dan sangat tidak terurus, mungkin itu yang menyebabkan dia malu nak duduk di sebelahku. Mula-mula akupun rasa agak bila dia duduk di sebelahku mual maklumlah keadaan di bahagian ekor pesawat jumbo agak kurang pengaliran udara. Selepas cukup tidur dia pun pergi bersihkan dirinya dan kuranglah sikit bau hanyirnya. Indahnya Islam ini sebab ia mementingkan kebersihan, tanpanya manusia dipandang hina walaupun kulit putih mereka.
Sesekali kuterasa aku bagai dibawa di dalam keranda menuju satu destinasi-tanah perkuburan.
Adakala pesawat melanggar kepulan awan yang keras, bergegar-gegarlah buntutku maklumlah bahagian yang melengkung. Bila melalui kawasan yang berbukit-bukau dapat kulihat kelipan cahaya dari kawasan penempatan yang diduduki manusia, alangkah kerdilnya kita dan besarnya dunia ini. Apatah lagi Pencipta kita yang bukan hanya mencipta dunia ini malah semua cakerawala yang berada di maya pada ini.

No comments:

Post a Comment