Sebelum berangkat ke United Kingdom awal bulan lalu, aku ada memasang satu niat di hati. Niatku ialah bahawa sepanjang masa aku berada di Tanah Inggeris itu aku mengandaikan yang aku sedang mengerjakan pra Haji/umrah. Maklumlah perjalanan memang sangat jauh, memakan masa dan dalam keadaan sejuk yang amat sangat. Sewaktu perjalanan ke sana memang tidak banyak halangan dan kesusahan , kami dihantar adik Mahathir ke KLIA, terima kasih Det. Lepas itu bila sampai LHR, kami dijemput adik ipar cheMad dan terus sampai ke rumah mereka.
Begitulah seterusnya hari-hari berlalu kami habiskan dengan membeli-belah di tempat-tempat yang ada jualan murah. Cuma ada 1 hari kami hanya lepak seharian, itupun alasan kami perut tidak selesa - winter bug, Pada hari Jumaat barulah kami keluar menaiki Tram, itupun dihantar ke stesen berdekatan Tram itu kami naiki dari stesen Westmond menuju ke Market Square. Laluan tram itu adalah laluan Bury ke Piccadily. Semasa kami di Market Square, Bandar Manchester, keadaan cuaca terasa sangat sejuk sehingga menyukarkan ku untuk bernafas. Tidak tahan terasa berada di luar bangunan walau 5 minit pun. Rupanya-rupanya bila berada di rumah Intan dalam pikul 9malam kulihat salji mulai turun. Dalam 15 minit shj aku sedar yang keseluruhan bangunan berhampiran ditutupi salji.
Hati terasa gembira kerana salji turun dengan tebal kami dapat menikmatinya sebelum pulang keMsia keesokannya. Rupa-rupanya salji ini bukan sahaja turun di Manchester bahkan di London dan menyebabkan perjalanan ke LHR terganggu. Oleh kerana terlalu lama berada di atas jalan raya(lebih 6jam). Mad pun berhenti di R&R. Seblum berhenti keretanya terpaksa ditolak memandangkan salji telalu tebal dan memerlukan pertolongan Mat Salleh yang ada di sekitaruntuk membolehkannya bergerak. Kebetulan aku sudah tidak tahan lalu ke tandas R&R. Semasa di R&R, ada seorang warga emas yang terketar-ketar kesejukan sehingga nak buka pintu bangunan itu sudah tidak bermaya, aku cepat-cepat menolongnya bukakan pintu. Aku rasa puas dapat tolong dia walaupun orang asing riak wajahnya sangat belas padaku. Malangnya bila aku keluar dari bangunan aku dapati kereta Mad masih dalam salji tebal,suami dan anakku sedang menolaknya, apa lagi suamiku pun mengatakan aku curi tulang. Suka hatilah mereka dah letih aku faham tapi aku tak mahu buang air kecil di tepi jalan seperti beberapa orang Mat Salleh kami lihat sepanjang perjalanan kami tadi.
Penerbangan yang tertunda pada hari itu menyebabkan kami bermalam di bilik conference hotel. Sebelum itu kami terpaksa beratur menaiki bas hoppe yang sarat. Di waktu ini ku teringat yang niatku sebelum ini, mingkin inilah apa yang ku pinta sudah ditunaikan. Kesesakan di airpot, dalam bas, membawa beg-beg yang berat dan bermalam beramai-ramai di satu ruang tak ubah seperti keadaan yang ku lihat di kaca tv seperti bermalam di Mina.
Walau apa pun peristiwa yang dialami sekurang-kurangnya aku boleh rumuskan bahawa sikap dan perasaan seseorang itu amat penting dalam menangani dugaan yang mencabar. Sekiranya dia bersabar dia akan mendapat pahala.
No comments:
Post a Comment