Walaupun kami sudah tahu yang penerbangan malam itu sudah ditunda, bimbang di hati tetap ada kerana tidak pasti bilakah penerbangan yang sebenar. Sesampai kami di airport dalam pukul 4pagi menambahkan tekanan di dada dengan melihat ramai manusia yang keresahan dan ramai yang tidur bergelimpangan. Suasana menjadi kelam kabut bila pihak berkuasa memaklumkan yang semua penumpang yang ada dinasihatkan mengosongkan airport dan tiada penerbangan pada hari Ahad 19 Dec. Kami bertiga memang sudah keletihan setelah bepenat lelah menolak kereta Mad yang tersangkut di R&R dalam salji yang sangat tebal. Keletihan menjadi bertambah-tambah mendengar berita airport ditutup, ke mana harus dibawa beg yang berat-berat ini.
Lebih kurang pukul 9pagi kami dibawa menaiki ke Hotel Park Inn. Hari Ahad itu memang kelihatan salji tebal masih turun. Bila sampai di Dewan Conference hotel aku terus baring keletihan. Memang semasa perjalanan aku tahankan mata untuk elakkan Mad memandu sendirian memandang 2 orang hamba Allah lagi itu sedang nyenyak berdengkur. Menjelang Isnin pagi kami pun kemaskan beg pakaian untuk balik semula ke airport. Abg Zam berkeras mahu menunggu MAS Rep yang janji akan dtg semula ke Hotel untuk menguruskan waktu penerbangan sedangkan kumpulan lain yang bersama kami terus ke airpot. Oleh kerana MAS Rep itu tidak muncul dan aku juga berkeras mahu ke airpot kami pun bertolak ke airpot dalm pukul 12thari.
No comments:
Post a Comment