Sebelum berangkat ke United Kingdom awal bulan lalu, aku ada memasang satu niat di hati. Niatku ialah bahawa sepanjang masa aku berada di Tanah Inggeris itu aku mengandaikan yang aku sedang mengerjakan pra Haji/umrah. Maklumlah perjalanan memang sangat jauh, memakan masa dan dalam keadaan sejuk yang amat sangat. Sewaktu perjalanan ke sana memang tidak banyak halangan dan kesusahan , kami dihantar adik Mahathir ke KLIA, terima kasih Det. Lepas itu bila sampai LHR, kami dijemput adik ipar cheMad dan terus sampai ke rumah mereka.
Begitulah seterusnya hari-hari berlalu kami habiskan dengan membeli-belah di tempat-tempat yang ada jualan murah. Cuma ada 1 hari kami hanya lepak seharian, itupun alasan kami perut tidak selesa - winter bug, Pada hari Jumaat barulah kami keluar menaiki Tram, itupun dihantar ke stesen berdekatan Tram itu kami naiki dari stesen Westmond menuju ke Market Square. Laluan tram itu adalah laluan Bury ke Piccadily. Semasa kami di Market Square, Bandar Manchester, keadaan cuaca terasa sangat sejuk sehingga menyukarkan ku untuk bernafas. Tidak tahan terasa berada di luar bangunan walau 5 minit pun. Rupanya-rupanya bila berada di rumah Intan dalam pikul 9malam kulihat salji mulai turun. Dalam 15 minit shj aku sedar yang keseluruhan bangunan berhampiran ditutupi salji.
Hati terasa gembira kerana salji turun dengan tebal kami dapat menikmatinya sebelum pulang keMsia keesokannya. Rupa-rupanya salji ini bukan sahaja turun di Manchester bahkan di London dan menyebabkan perjalanan ke LHR terganggu. Oleh kerana terlalu lama berada di atas jalan raya(lebih 6jam). Mad pun berhenti di R&R. Seblum berhenti keretanya terpaksa ditolak memandangkan salji telalu tebal dan memerlukan pertolongan Mat Salleh yang ada di sekitaruntuk membolehkannya bergerak. Kebetulan aku sudah tidak tahan lalu ke tandas R&R. Semasa di R&R, ada seorang warga emas yang terketar-ketar kesejukan sehingga nak buka pintu bangunan itu sudah tidak bermaya, aku cepat-cepat menolongnya bukakan pintu. Aku rasa puas dapat tolong dia walaupun orang asing riak wajahnya sangat belas padaku. Malangnya bila aku keluar dari bangunan aku dapati kereta Mad masih dalam salji tebal,suami dan anakku sedang menolaknya, apa lagi suamiku pun mengatakan aku curi tulang. Suka hatilah mereka dah letih aku faham tapi aku tak mahu buang air kecil di tepi jalan seperti beberapa orang Mat Salleh kami lihat sepanjang perjalanan kami tadi.
Penerbangan yang tertunda pada hari itu menyebabkan kami bermalam di bilik conference hotel. Sebelum itu kami terpaksa beratur menaiki bas hoppe yang sarat. Di waktu ini ku teringat yang niatku sebelum ini, mingkin inilah apa yang ku pinta sudah ditunaikan. Kesesakan di airpot, dalam bas, membawa beg-beg yang berat dan bermalam beramai-ramai di satu ruang tak ubah seperti keadaan yang ku lihat di kaca tv seperti bermalam di Mina.
Walau apa pun peristiwa yang dialami sekurang-kurangnya aku boleh rumuskan bahawa sikap dan perasaan seseorang itu amat penting dalam menangani dugaan yang mencabar. Sekiranya dia bersabar dia akan mendapat pahala.
Thursday, December 30, 2010
Friday, December 24, 2010
Kebesaran Allah Yang Dapat Kurasai
Alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Di sini dapatku rasakan kebesaranMu Ya Allah! Hamba yang kerdil ini duduk di bahagian ekor pesawat jumbo. Dengan berdekatan tingkap ku dapat melihat hamparan awan putih ibarat permaidani tersusun indah dan pesawat yang kunaiki berada di atasnya.
Ku bayangkan jika aku di alam barzakh seperti keadaan begini alangkah seronoknya. Sebenarnya pesawat yang kunaiki itu penuh penumpangnya, suamiku duduk di bahagian tengah pesawat manakala anakku di sebelah bahagian lain. Namun ku bersyukur kerana bertiga menaiki pesawat yang sama. Kebetulan penumpang yang duduk di sebelahku seorang pemuda Mat Saleh. Dia mula-mula kulihat agak tidak selesa nak duduk di sebelahku. Dia duduk tempat yang dikhaskan untuk pramugari. Dapat kurasakan dia sangat keletihan dan sangat tidak terurus, mungkin itu yang menyebabkan dia malu nak duduk di sebelahku. Mula-mula akupun rasa agak bila dia duduk di sebelahku mual maklumlah keadaan di bahagian ekor pesawat jumbo agak kurang pengaliran udara. Selepas cukup tidur dia pun pergi bersihkan dirinya dan kuranglah sikit bau hanyirnya. Indahnya Islam ini sebab ia mementingkan kebersihan, tanpanya manusia dipandang hina walaupun kulit putih mereka.
Sesekali kuterasa aku bagai dibawa di dalam keranda menuju satu destinasi-tanah perkuburan.
Adakala pesawat melanggar kepulan awan yang keras, bergegar-gegarlah buntutku maklumlah bahagian yang melengkung. Bila melalui kawasan yang berbukit-bukau dapat kulihat kelipan cahaya dari kawasan penempatan yang diduduki manusia, alangkah kerdilnya kita dan besarnya dunia ini. Apatah lagi Pencipta kita yang bukan hanya mencipta dunia ini malah semua cakerawala yang berada di maya pada ini.
Wednesday, December 22, 2010
Sambungan Dugaan Mencabar Sewaktu di Airport HR
Penerbangan MH003 yang pertama tertunda di maklumkan bertolak pada pukul 1:45thari, kumpulan yang bersama yang menaiki penerbangan itu dapat pulang pada hari itu. Dimaklum banyak tempat kosong dalam penerbangan ini disebabkan ramai yang batalkan. WallahuAlam!
Yang menjadi tertekannya aku apabila kami sudah menunggu lama beratur dan beg pun telah ditimbang boarding pas kami ditahan tidak di beri. Kami diarah tunggu dan sekiranya bernasib baik ada tempat baru di beri boarding pas. Penerbangan kedua itu sepatutnya pukul 9mlm ditunda ke pukul 1pagi. Penantian kami dari pukul 5ptg hingga pukul 12tmlm tidak berhasil. Zaim anak kami sudah menjadi panas baran dan mengatakan dia tidak mahu bermlm di hotel itu lagi. Penat membawa beg menunggu dan menaiki bas adalah salah satu sebabnya. Lepas itu rehat pun tak sampai 6jam. Dia pun merungut yang abahnya tidak benarkan dia cuba nak berkeras dengan MAS Rep untuk dapatkan tempat kerana dia nak cepat pulang nak habiskan kerja sekolah yang belum siap. Sebenarnya anak ku ini mudah terpengaruh dengan suasana tekanan di airpot itu. Memanglah ada orang yang mendesak untuk diberi tempat akhirnya dilihat mendapat tempat. Untuk kes kami, termaktub dalam arahan MAS bahawa sekiraanya dalam keadaan kelam-kabut sebegini kakitangan MAS harus memberi laluan pada penumpang lain dan diberi tempat untuk bermalam. Bagiku sudah bersyukur kerana hotel ini dalam keadaan begini bayaran dikenakan semalam naik dari 70paun ke 300paun.
Suamiku dengan keadaan letih menunggu menjadi lebih tertekan dengan tingkah laku anak bujangnya yang sedikit sebanyak manyakitkan hatinya. Apa yang dia boleh buat arahan sebegitu harus dipatuhi. Kebetulan pada masa itu juga ada 1 keluarga yang juga seperti kami dimana anaknya adalah jurutera MAS pun tidak berpeluang mendapat tempat.Mereka datang sehari lewat daripada kami, dan untuk dapat pulang cepat semua orang tidak mahu ketinggalan. Akhirnya kami bersama-sama mereka pun akur dan menginap di hotel sekali lagi tapi kami kali ini diberi bilik dan memang selesalah dapat membersihkan diri dan membuat minuman sendiri yang seperti biasa disediakan di hotel-hotel.
Kami diberi jaminan oleh MAS Rep kami pasti akan diberi tempat hari berikutnya dan juga mengarahkan kami menunggu panggilan talipon dari mereka. Kelurga Jurutera MAS itu tidak mahu bergantung kepercayaan sepenuhnya kepada mereka, dalam pukul 5.30pagi lagi mereka sudah bertolak ke airport, sedangkan kami 3 beranak baru bangun nak mandi dan solat subuh.
Dalam pada itu Abg Zam masih taat hendak menunggu panggilan talipon, tidak mahu bertolak dahulu. Aku mengingatkannya dalam keadaan sebegini kita tidak boleh bergantung harap sepenuhnya.
Dalam pukul 7.30pagi kami baru sampai airpot, walaupun dalam jadual terakhir diberitahu penerbangan pukul 8.15pagi, kami pasrah dan harap ia tidak akan berlaku. Keadaan tergesa-gesa itu menyebabkan kami tertinggal satu beg, walaupun hanya barang-barang tidak penting termasuk kopi koboi Zaim. Abg Zam cuba juga untuk memberitahu pihak berkenaan mana tahu diketemukan beg berkenaan dan ini mengambil masa juga. Zaim yang masih berang dengan situasi semalam terus ke kaunter MAS, meninggalkanku kebingungan menunggu suamiku. Dalam pada itu ada seorang perempuan ditugaskan memberitahu penumpang-penumpang yang sudah lama terkandas akan jadual penerbangan-penerbangan hari itu. Penerbangan kami ditunda ke pukul 10pagi. Aku pun masih cemas juga kerana kami masih belum dapat boarding pas lagi.
Dengan keadaan tenang suamiku pun menyusul dan aku memberitahunya. Kami pun menuju ke kaunter dan kelihatan keluarga Jurutera MAS itu masih menunggu untuk dapatkan boarding pas. Hatiku merasa lebih tenang walau dalam keadaan begini tambahan melihat ketabahan suamiku. Kami tetap yakin kami boleh bersama dengan keluarga Jurutera MAS tersebut walau kami agak kelewatan. Setelah beberapa minit bersama-sama keluarga Juruterbang MAS kamipun diberi boarding pas. Bertolaklah kami bersama-sama menuju ke kaunter Imegresen dan seterusnya ke balai berlepas.
Sambungan Dugaan Mencabar Balik Ke Msia
Penerbangan MH003 yang pertama tertunda di maklumkan bertolak pada pukul 1:45thari, kumpulan yang bersama yang menaiki penerbangan itu dapat pulang pada hari itu. Dimaklum banyak tempat kosong dalam penerbangan ini disebabkan ramai yang batalkan. WallahuAlam!
Yang menjadi tertekannya aku apabila kami sudah menunggu lama beratur dan beg pun telah ditimbang boarding pas kami ditahan tidak di beri. Kami diarah tunggu dan sekiranya bernasib baik ada tempat baru di beri boarding pas. Penerbangan kedua itu sepatutnya pukul 9mlm ditunda ke pukul 1pagi. Penantian kami dari pukul 5ptg hingga pukul 12tmlm tidak berhasil. Zaim anak kami sudah menjadi panas baran dan mengatakan dia tidak mahu bermlm di hotel itu lagi. Penat membawa beg menunggu dan menaiki bas adalah salah satu sebabnya. Lepas itu rehat pun tak sampai 6jam. Dia pun merungut yang abahnya tidak benarkan dia cuba nak berkeras dengan MAS Rep untuk dapatkan tempat kerana dia nak cepat pulang nak habiskan kerja sekolah yang belum siap. Sebenarnya anak ku ini mudah terpengaruh dengan suasana tekanan di airpot itu. Memanglah ada orang yang mendesak untuk diberi tempat akhirnya dilihat mendapat tempat. Untuk kes kami, termaktub dalam arahan MAS bahawa sekiraanya dalam keadaan kelam-kabut sebegini kakitangan MAS harus memberi laluan pada penumpang lain dan diberi tempat untuk bermalam. Bagiku sudah bersyukur kerana bayaran hotel ini dalam keadaan sebegini bayaran semalam meningkat naik dari 70paun ke 300paun. Kami tidak perlu bayar sudah cukup baik.
Suamiku dengan keadaan letih menunggu menjadi lebih tertekan dengan tingkah laku anak bujangnya yang sedikit sebanyak menekan jiwanya. Apa yang dia boleh buat arahan sebegitu harus dipatuhi. Kebetulan pada masa itu juga ada 1 keluarga yang juga seperti kami dimana anaknya adalah jurutera MAS pun tidak berpeluang mendapat tempat. Mereka datang sehari lewat daripada kami, dan untuk dapat pulang cepat semua orang tidak mahu ketinggalan. Akhirnya kami bersama-sama mereka pun akur dan menginap di hotel sekali lagi tapi kami kali ini diberi bilik dan memang selesalah dapat membersihkan diri dan membuat minuman sendiri yang seperti biasa disediakan di hotel-hotel.
Kami diberi jaminan oleh MAS Rep kami pasti akan diberi tempat hari berikutnya dan juga mengarahkan kami menunggu panggilan talipon dari mereka. Kelurga Jurutera MAS itu tidak mahu bergantung kepercayaan sepenuhnya kepada mereka, dalam pukul 5.30pagi lagi mereka sudah bertolak ke airport, sedangkan kami 3 beranak baru bangun nak mandi dan solat subuh.
Dalam pada itu Abg Zam masih taat hendak menunggu panggilan talipon, tidak mahu bertolak dahulu. Aku mengingatkannya dalam keadaan sebegini kita tidak boleh bergantung harap sepenuhnya.
Dalam pukul 7.30pagi kami baru sampai airpot, walaupun dalam jadual terakhir diberitahu penerbangan pukul 8.15pagi, kami pasrah dan harap ia tidak akan berlaku. Keadaan tergesa-gesa itu menyebabkan kami tertinggal satu beg, walaupun hanya barang-barang tidak penting termasuk kopi koboi Zaim. Abg Zam cuba juga untuk memberitahu pihak berkenaan mana tahu diketemukan beg berkenaan dan ini mengambil masa juga menyebabkan Zaim yang masih berang dengan situasi semalam terus ke kaunter MAS, meninggalkanku kebingungan menunggu suamiku. Dalam pada itu ada seorang perempuan ditugaskan memberitahu penumpang-penumpang yang sudah lama terkandas akan jadual penerbangan-penerbangan hari itu. Penerbanga kami ditunda ke pukul 19pagi. Aku pun masih cemas juga kerana kami masih belum dapat boarding pas lagi.
Dengan keadaan tenang suamiku pun menyusul dan aku memberitahunya. Kami pun menuju ke kaunter dan kelihatan keluarga Jurutera MAS itu masih menunggu untuk dapatkan boarding pas. Hatiku merasa lebih tenang walau dalam keadaan begini tambahan melihat ketabahan suamiku. Kami tetap yakin kami boleh bersama dengan keluarga Jurutera MAS tersebut walau kami agak kelewatan. Setelah beberapa minit bersama-sama keluarga Juruterbang MAS kamipun diberi boarding pas. Bertolaklah kami bersama-sama menuju ke kaunter Imegresen.
Dugaan Mencabar Sewaktu Pulang Ke Msia
Pertama sekali tribute ku kepada 2 orang insan yang ku lihat tabah dalam menangani dugaan mencabar yang akan kucertakan ini. Mereka adalah adik iparku Muhammad dan suamiku Zamri. Sewaktu menghantar kami ke Heathrow, dia memandu kereta dengan tabah walau perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam menjadi 16jam disebabkan lebuhraya bersalji tebal. Tanpa sepatah perkataan mengeluh keluar dari mulutnya. Sehingga hati ini timbul rasa bimbang pula pemanduannya seorang sahaja sewaktu balik ke Manchester.
Walaupun kami sudah tahu yang penerbangan malam itu sudah ditunda, bimbang di hati tetap ada kerana tidak pasti bilakah penerbangan yang sebenar. Sesampai kami di airport dalam pukul 4pagi menambahkan tekanan di dada dengan melihat ramai manusia yang keresahan dan ramai yang tidur bergelimpangan. Suasana menjadi kelam kabut bila pihak berkuasa memaklumkan yang semua penumpang yang ada dinasihatkan mengosongkan airport dan tiada penerbangan pada hari Ahad 19 Dec. Kami bertiga memang sudah keletihan setelah bepenat lelah menolak kereta Mad yang tersangkut di R&R dalam salji yang sangat tebal. Keletihan menjadi bertambah-tambah mendengar berita airport ditutup, ke mana harus dibawa beg yang berat-berat ini.
Lebih kurang pukul 9pagi kami dibawa menaiki ke Hotel Park Inn. Hari Ahad itu memang kelihatan salji tebal masih turun. Bila sampai di Dewan Conference hotel aku terus baring keletihan. Memang semasa perjalanan aku tahankan mata untuk elakkan Mad memandu sendirian memandang 2 orang hamba Allah lagi itu sedang nyenyak berdengkur. Menjelang Isnin pagi kami pun kemaskan beg pakaian untuk balik semula ke airport. Abg Zam berkeras mahu menunggu MAS Rep yang janji akan dtg semula ke Hotel untuk menguruskan waktu penerbangan sedangkan kumpulan lain yang bersama kami terus ke airpot. Oleh kerana MAS Rep itu tidak muncul dan aku juga berkeras mahu ke airpot kami pun bertolak ke airpot dalm pukul 12thari.
Friday, December 17, 2010
Aktiviti Semasa Di United Kingdom
Hari pertama sampai tanpa membuang masa adikku membawa kami ke Manchester Fort. Terdapat Argos, ASDA, SportsDirect, B & Q House, Clark , Pound shop dan juga KFC halal. Puas membeli-belah kami makan KFC di sini. Semasa perjalanan pulang kami singgah di Worldwide. super market kepunyaan orang Pakistan, beli barang keperluan runcit. Pada hari kedua kami ke Colne, iaitu shopping Mall yang agak terkenal untuk orang yang sudah bersara. Banyak juga barang yang dibeli suamiku di sini. Kami ke sini tanpa bersama PPG, agak boring nampaknya bagi si Zaim anakku. Menjelang petang kami makan di Grillish, BBQ Pakistan. Pada masa ini PPG dibawa abah mereka dari sekolah. Gembiranya bukan kepalang. Malangnya menjelang malam kami mula merasa Winter bug. Adikku yang memberitahu istilah ketidakselesaan ini yang rata-rata mereka semua telah merasainya. Winter bug berpunca dari virus di dalam perut, mengakibatkan perut memulas, loya, cirit-birit dan jika terlalu serius boleh menyebabkan demam. Biasanya akan mengambil masa dari 12 jam sehingga 60jam.
Setelah berehat sehari pada hari ke 3, kami ke Lowry, berdekatan dengan University of Salford. Di sana kami borong cokelat Cadbury dan beli sedikit pakaian. Adikku mengajak makan di Jazeera pula kali ini kami pergi dengan PPG sekali menaiki MPV Estima Lucida 8 seater.
nota-PPG ~power puff girls...gelaran untuk anak2 saudara ku yang kesemuanya perempuan belaka....
Setelah berehat sehari pada hari ke 3, kami ke Lowry, berdekatan dengan University of Salford. Di sana kami borong cokelat Cadbury dan beli sedikit pakaian. Adikku mengajak makan di Jazeera pula kali ini kami pergi dengan PPG sekali menaiki MPV Estima Lucida 8 seater.
nota-PPG ~power puff girls...gelaran untuk anak2 saudara ku yang kesemuanya perempuan belaka....
Sunday, December 12, 2010
Lawatan Keduaku ke United Kingdom
Hari ini adalah hari keduaku berada di negara Inggeris ini. Kali ini aku tidak merasa letih atau jaglap seperti mana lawatan pertamaku dua tahun yang lalu. Dari mula menaiki kapalterbang MAS telah ku rasai perasaan ini. Ia mungkin juga beban kerja yang tidak terlalu tertekan berbanding dengan semasa kali pertama dulu atau mungkin aku tidak merelakan keadaan kerja menekanku.
Walaubagaimanapum ianya bergantung kepada keadaan kesihatan jasmani dan rohani seseorang itu samada tekanan itu dapat dirasai atau tidak. Setibanya aku sekeluarga kami di jemput oleh adik iparku di lapangan terbang Heathrow. Semasa di dalam kereta kami pun sudah terlelap keletihan maklumlah waktu di Msia ialah waktu tidur. Bila sampai sahaja di rumah adikku kami terus dihidangkan nasi dan selepas membersihkan badan kami mandi. Tidak dapat bercerita panjang dengan adikku aku pun terus ke katil dan menyambung melelapkan mata yang masih mengantuk.
Keesokkan harinya, selepas sarapan pagi koew teaw, kami memulakan aktiviti pertama membeli-belah ke bandar Manchester.
Walaubagaimanapum ianya bergantung kepada keadaan kesihatan jasmani dan rohani seseorang itu samada tekanan itu dapat dirasai atau tidak. Setibanya aku sekeluarga kami di jemput oleh adik iparku di lapangan terbang Heathrow. Semasa di dalam kereta kami pun sudah terlelap keletihan maklumlah waktu di Msia ialah waktu tidur. Bila sampai sahaja di rumah adikku kami terus dihidangkan nasi dan selepas membersihkan badan kami mandi. Tidak dapat bercerita panjang dengan adikku aku pun terus ke katil dan menyambung melelapkan mata yang masih mengantuk.
Keesokkan harinya, selepas sarapan pagi koew teaw, kami memulakan aktiviti pertama membeli-belah ke bandar Manchester.
Subscribe to:
Posts (Atom)