Saturday, November 5, 2016

Down Memory Lane

Ku renungi masa yang ku lalui selama bekerja di syarikat yang berasal dari Kanada, kenangan-kenangan lama mula timbul kembali. Pergaulan sesama  rakan sekerja yang kebanyakan mereka terdiri dari berbagai bangsa , keturunan dan warga negara adalah salah satu penyumbang kepada kenangan-kenangan mengusik jiwa tersebut. Walaupun syarikat tempatku bekerja ini berskala kecil, kami kaki tangannya berinteraksi dengan syarikat-syarikat induk yang berada di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Sepanyol.
Bagi saya yang bekerja di bahagian teknikal, kami perlu berhubungan dengan kakitangan bahagian teknikal di sana untuk mendapat kepastian dan infomasi jika terdapat sesuatu masalah kepada produk tersebut. Salah seorang pelupor di bahagian teknikal yang berwibawa dan sangat komited dengan kerjayanya, adalah the late Carl McEwan , hidupnya dikorbankan sepenuhnya kepada kerjayanya. Dia akan menjawab sebarang soalan yang ditimbulkan dan memudahkan urusan kami. Seorang yang sangat berpengalaman. Di kala itu beliau sudah menjangkau 70 tahun, dengan perasaan sedih, ketika mendapat berita kematiannya, dia hanya tinggal bersama dengan seorang anjing dan penyebab kematiannya adalah sakit jantung.
Pada masa itu syarikat berskala kecil kami mengambil alih sebahagian besar produk Kodak Incorp. seperti mana yang berlaku kepada bank-bank di Malaysia. Sebuah bank berskala kecil, (bank of Commerce) mengambil alih Bank Bumiputera, bank kongelamerat Malaysia sehingga sekarang hanya dikenali dengan nama CIMB bank.
R & D Director yang bekerja di Kodak Inc. itu pula menjadi tempat rujukan kami, beliau bernama the late John Shear. Seorang yang periang, kacak dan sangat 'Happy Go Lucky'. Seusia dengan diriku. Namun takdir menentukan, beliau disahkan ,mengidap kanser otak dan meninggal setelah koma selama setahun. Kebetulan John mempunyai seorang subordinat yang sangat berpengalaman dan lebih berusia darinya, Garry Miterko namanya, dia dalam usia pertengahan 60 tahun. Pada masa itu merupakan kemuncaknya keseronokan ku bekerja di syarikat itu rupa-rupanya. Garry bukan sahaja seorang yang banyak pengalamn dari segi teknikal, malahan beliau juga banyak menasihatku dan memberi semangat terutama semasa menghadapi kerenah bos atasan. Malahan aku juga memberitahunya yang pada masa itu aku akan menunaikan fadhu haji malahan beliau juga mengucapkan selamat mendapat haji yang mabrur.
Itulah antara kenangan-kenangan yang mengimbau ku di kala aku di rumah buat masa ini. Hidup ini sangatlah harmoni ada kalanya, hanya orang-orang yang tertentu dapat merasainya


Sunday, August 28, 2016

Gejala Kesihatan Yang Ketiga

3. Kanser Payudara

Kanser payudara juga merupakan penyebab utama kematian pada wanita dan juga penyebab no 1 kematian penyakit kanser di kalangan wanita Malaysia.
Berdasarkan maklumat dari breastcanser.org, terdapat 13 jenis kanser payudara yang berlaku pada wanita. Risiko kanser payudara meningkat seiring dengan peningkatan usia seseorang wanita itu.
Dari kajian  The Lanser Oncology 2012, menunjukkan risiko yang lebih tinggi untuk terkena kanser payudara pada wanita-wanita yang mengalami keadaan menopos pada umur melebihi 55 tahun. Ini disebabkan mereka  ini terdedah lebih lama kepada hormon estrogen.

Langkah-langkah Pencegahan

i.  Meneruskan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan berkhasiat serta sentiasa                     mengamalkan aktiviti senamrobik













.













ii. Sentiasa memeriksa payudara sendiri, dengan merasa dengan tangan dan sebarang ketulan akan
    dapat dikesan dengan segera dan lebih berkesan.
iii Melaksanakan pemeriksaan berkala secara tahunan dan menjalani ujian khas terutama sekiranya         menjelangnya usia menopos.

Saturday, August 27, 2016

Gejala Kesihatan Yang Kedua

2. Komplikasi Jantung

Komplikasi jantung merupakan penyebab utama kematian  di kalangan wanita di Malaysia.       Sebilangan besar di kalangan  mereka adalah yang mengalami komplikasi jantung selepas melalui     keadaan menopos. 
Wanita menopos yang mempunyai risiko tinggi komplikasi jantung biasanya menjalani carahidup yang tidak sihat, iaitu yang tidak  melakukan aktiviti senaman, merokok, meminum minuman beralkohol, yang berlebihan berat  badan, tahap  kolestrol dan tekanan darah yang sangat tinggi. 
Tahap hormon estrogen yang tinggi pada wanita muda membantu menjadikan bahagian  dinding dalam arteri mereka lebih anjal, memudahkan salur darah  mengembang dan kembali  semula ke bentuk asal dengan ini melancarkan pengaliran darah. 
Bagi wanita menopos, mereka tidak mendapat kesan  positif ini memandangkan tahap hormon estrogen mereka sudah jatuh mendadak. Akibatnya, salur darah dan tisu-tisu dinding jantung menjadi keras. Ditambah lagi mereka mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, meminum minuman beralkohol dan kolestrol serta lemak mereka sangat tinggi. 

Langkah-langkah Pencegahan:

i.  Elakkan dari merokok dan mengambil minuman beralkohol
ii. Mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai tinggi lemak tepu dan trans, 
    sodium dan banyak gula.
iii Disarankan untuk banyak makan makanan yang kaya dengan serat, protin, vitamin seperti,
    PhytomegaPhytoMega® Heart Health Supplementatau Provex.
iv melakukan aktiviti senaman jantung seperti senamrobik dan berjalan kaki
v. Mengamalkan bacaan Al quran dan menghadiri diri ke kelas-kelas pengajian agama juga dapat           mengurangkan tekanan yang juga menjadikan kita tenang dan dapat mengurangkan 
    serangan jantung.
vi Senaman yoga juga digalakkan dan boleh dibuat bersendirian di rumah.

Gejala-gejala Kesihatan Yang Biasanya Berlaku Kepada Wanita Menopos

Menopos adalah satu keadaan dimana badan kita mengalami perubahan hormon yang memberi kesan kepada keadaan fizikal dan emosi seseorang wanita. Biasanya berlaku pada usia pertengahan umur di antara 45 ke 55 tahun. Keadaan ini sudah pun berlaku kepada diri saya. Juga merupakan salah satu sebab saya berhenti dari bekerja di syarikat yang bertaraf antarabangsa, walaupun saya telah bekerja di situ selama 20 tahun. Saya menjadi begitu sensitif walaupun pada perkara-perkara kecil, kurang pertimbangan emosi dan mudah lupa.  

Sebenarnya menopos ini adalah keadaan dimana badan kita berhadapan dengan perubahan hormon. Ianya juga merupakan satu petanda kepada kita untuk lebih menitik-beratkan gejala-gejala kesihatan yang sering berlaku ketika menopos.

Berikut adalah gejala-gejala kesihatan yang biasanya berlaku:


1. Osteoporosis
Tulang biasanya akan mengalami proses semulajadi iaitu kehilangan jisim dan mendapat balik jisim baru. Pada usia muda kadar kehilangan jisim adalah lebih rendah berbanding dengan kadar penjanaan semula jisim tulang. Hasilnya tulang akan menjadi lebih kuat dan mantap.

Proses pada keadaan sebaliknya inilah dinamakan osteoporosis. Jisim tulang akan menjadi kurang mantap dan rapuh..

Wanita yang mengalami osteoporosis akan mudah mendapt keretakan atau kecederaan tulang walaupun terjatuh sedikit sahaja. Oleh itu perlu berhati-hati ketika berjalan, elakkan dari tergelincir atau terpijak lubang terutama ketika di dalam gelap atau banjir.   

Ada juga wanita yang mengalamii keadaan tulang yang dinamakan Dowager's hump iaitu tulang belakang membengkok atau kecederaan pada vertebrata.


Langkah-langkah Pencegahan
 i.  mengamalkan cara hidup aktif sejak dari awal usia lagi
ii.  melakukan latihan senaman yang melibatkan gerakerja badan seperti berjalan, mendaki dan                berjoging didapati banyak membantu dalam membina tulang yang kuat.
iii. mengamalkan pemakanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D yang juga dapat menjana            pengumpulan kalsium dalam tulang dan seterusnya menjadikan tulang lebih kuat.
Makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D ialah makanan produk susu, sayuran hijau, soya dan ikan.
Untuk mereka yang alah dengan laktos atau sukar untuk mendapat sumber makanan yang kaya dengan kalsium, terdapat alternatif lain iaitu dengan mengambil vitamin kalsium seperti yang saya amalkan.VFL Calcium Complex Walaubagaimanapun kebangkalian vitamin kalsium yang saya ambil hanya 2 kali seminggu kerana masih banyak makanan yang kaya dengan kalsium seperti sayuran hijau yang saya boleh dapati dari pasar.

Sedutan your health, the Star

Friday, July 22, 2016

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Tunggal Adikku

Sudah hampir 3 bulan aku tidak menulis di blog. Walaupun sudah tidak bekerja makan gaji, banyak lagi kerja yang tidak bergaji yang perlu ku lakukan. Untuk entri kali ini aku merakam hari majlis perkahwinan anak tunggal perempuan adikku yang diadakan pada 13 Mac 2016.

Majlis dimulakan dengan upacara akad nikah di sebelah pagi di rumah pengantin perempuan.

Selepas akad nikah iaitu sebelum pengantin bertukar pakaian pada sebelah tengahri .

Persembahan silat gayung yang mana pengantin lelaki merupakan seorang ahlinya juga turut di atur selepas pengantin  selesai makan tengahari. Memandangkan seni silat ini semakin kurang mendapat perhatian, pihak media perlu lebih banyak mempromosikan seni ini, Pengeluar kopi Pak Belalang telah mengorak langkah dan diharapkan dapat sentiasa diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.

Pengantin lelaki juga adalah seorang guru, disamping menceburi seni silat, beliau juga mempunyai bakat melukis kartun. Mereka dipertemukan jodoh juga dari asbab mempunyai minat yang sama iaitu melukis kartun.

Saturday, April 9, 2016

Penjagaan Berat Badan Bagi Wanita Menopos

Tip-tip Untuk Penjagaan Berat Badan:

Disyorkan terutama bagi wanita yang mempunyai ukurlilit pinggang melebihi 35 inci.

1, Memastikan keseimbangan horman di dalam badan kita dengan terapi bioidentical hormon dan mengambil supplemen yang dapa  mengurangkan rintangan insulin iaitu seperti magnesium, kromium atau asid lipolik. Keadaan ini juga dapat mengurangkan berat badan kita.

2. Makan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Sebagai contoh, kacang soya, kacang peas, epal, karot, pisang dan banyak lagi bijirin yang bersirat seperti di bawah:


3. Kurangkan makan. Makan hanya pada 3 waktu utama iaitu pagi, tengahari dan malam. Elakkan dari banyak memakan makanan yang banyak gula dan bergoreng seperi kuih-muih. Kita perlu kurangkan 200 kalori setiap hari tenaga dari makanan berbanding sebelum menopos. Ini bergantung kepada individu berkenaan iaitu apa jenis makanan yang hendak dikurangkan. Mungkin kita cuma makan hanya pada waktu pagi, tengahari dan malam. kurangkan kuantiti nasi yang kita makan kepada separuh. Begitu juga gula dan garam.

4. Perlu lebih banyak bersenam. Mungkin ditambahkan lagi dengan aktiviti lasak seperti, erobik, berenang, berbasikal, yoga atau berkebun. Lakukan aktiviti seperti mencuci kereta, berjalan lebih banyak dengan meninggalkan kenderaan jauh dari tempat yang hendak dituju atau lebih menggunakan anak tangga untuk ke tingkat yang lebih tinggi daripada menaiki lif/eskaleter.

5. Jadikan diri kita suka memakan buah-buahan, sayu-sayuran, bijirin dan daging kurang lemak. Dan kerapkan diri kita berada di luar rumah supaya mudah untuk mendapat vitamin D dari sinaran cahaya matahari pagi.

6. Mungkin kita boleh melibatkan diri dengan aktiviti mendaki bukit/gunung atau menari sambil besenam beramai-ramai.

7. Melibatkan diri dengan rakan sebaya. Berkumpul di majlis agama atau ceramah. Disamping mendengar ustaz/ustazah memberi ceramah, kita boleh bertukar-tukar fikiran selepas ceramah selesai.
Masalah yang dirasai oleh kita juga dapat kita kongsikan bersama atau luahkan sedikit apa yang terbuku. Kalaupun kawan kita tidak dapat menyelesaikannya sekurang-kurangnya tekanan( hormon cortisol) dapat dikurangkan. Lagi bagus kalau kita dapat menjadi ahli kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan dan menjalankan aktiviti seperti memberi bantuan beras kepada penduduk yang memerlukan yang berada jauh di pendalaman.
 Aktiviti ini semua dapat menjadikan kita aktif, gembira, sihat sentiasa malah dapat menambahkan pahala kita di akhirat nanti, Insya Allah!.

Wednesday, April 6, 2016

Masalah Dalam Mengawal Berat Badan Bagi Wanita Menopos

Sumber: The Star
Oleh Datuk Dr Nur Ashikin,

Memahami kaitan peningkatan berat badan dengan menopos dan bagaimana kita boleh tetap sihat dan cergas pada waktu-waktu begini.
Memang tidak menjadi masalah, apabila sudah mencapai pertengahan umur, berat badan pun naik. Tambahan pula pada usia sebegini apa yang dulu menjadi idaman sudah berada di tangan. Anak-anak tidak lagi perlu perhatian secara fizikal. Walaubagaimanapun dengan meningkatnya berat badan akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetik jenis 2, sindrom metabolik, penyakit kanser bagi  golongan wanita seperti kanser buah dada, kolorektal dan lain-lain lagi,
Faktor utama meningkatnya berat badan adalah penurunan mendadak hormon oestrogen selepas menopos.Biasanya badan seseorang wanita menopos berubah ke bentuk buah epal dari bentuk buah pear, Disebabkan kurangnya hormon ini, badan tidak mencernakan kanji dan gula dalam darah dengan berkesan. Kalori yang berlebihan akhirnya terpaksa berkumpul di bahagian perut, pinggang dan paha.
Penurunan tenaga ini juga menyebabkan kita kurang mampu untuk menjalankan aktiviti fizikal justru jisim otot pun berkurang. Dengan tidak mengambil kira faktur genetik dan setiap wanita adalah berbeza, peranan hormon dan  sel lemak adalah sebahagian dari rangkaian kompleks serta lengkap yang bertanggung-jawab  ke atas metabolisma, selera, penghadaman, kitaran haba dan penyahtoksidan. Jika terputus rangkaian kompleks ini, maka terjadilah simpton-simpton seperti 'hot flashes, selera makan yang tinggi dan sudah tentu peningkatan berat badan.
Badan kita mengandungi 3 hormon utama, iaitu insulin, adrenalin dan cortisol. Insulin mengawal paras gula sementara adrenalin dan cortisol mengurus tindakan tekanan dalam badan kita. Ini menggambarkan tekanan dan makanan secara lansung mempengaruhi hormon-hormon kita.
Jadi, bila kita banyak makan makanan seperti tepung, gula dan makanan yang diproses, paras insulin akan meningkat dan adrenalin serta cortisol juga akan meningkat untuk bertindak terhadap tekanan yang tinggi dan kronik itu.
Contohnya bila kita banyak makan makanan-makanan seperti roti canai, teh tarik dan kopi yang bergula, paras gula akan tinggi dan kita akan menyebabkan rintangan insulin atau sensitiviti insulin terhadap badan kita menjadi kurang, justru setiap kalori yang terhasil akan ditukar menjadi lemak.
Ini juga menunjukkan walaupun berat badan kita bertambah, sel-sel badan kita sebenarnya masih perlukan nutrien yang sihat dan akibat dari itu, kita aan merasa letih dan sentiasa lapar pada kebanyakan masa.
Tidak dinafikan juga cara hidup kita sehari-hari juga menjadi sebab faktur kegemukan.
Salah satunya, banyak makan di luar. Makanan yang dijual biasanya dimasukkan bahan perasa supaya lebih sedap dan banyak bahan pengawet.



Saturday, April 2, 2016

Hari Ulang Tahun Satu Peringatan

Tiga hari lepas genaplah usiaku mencecah 53 tahun. Mid -life age. Atau dalam bahasa malaysia, pertengahan umur. Kalau diikutkan, aku perlu 7 tahun untuk mendapatkan rawatan percuma di hospital kerajaan. Ini kerana, hanya pesakit yang berumur 60 thaun ke atas sahaja yang layak untuk mendapat rawatan percuma. Walaubagaimanapun aku bersyukur pada umur sebegini, aku dikurniakan Allah swt kesihatan yang baik. Sebagai kenang-kenangan berikut di lampirkan kata-kata ucapan dari sahabat-sahabat wasapku.





Satu kata peransang dari coretan kartun berikut:

Tuesday, March 15, 2016

Makam Sahabat Nabi, Laut Mati.....berakhir sudah Lawatan ke Jordan

Destinasi terakhir adalah Mu'tah, di mana terdapatnya makam 4 sahabat Nabi.
Tidak banyak yang boleh diketahui dari lawatan ke makam 4 sahabat Nabi, hanya dengan meneliti sendiri apa yang terdapat di sekeliling ahaja. Walaupun ada pengawal-pengawal yang menjaga sekeliling masjid itu, namun aksi mereka yang tidak mempamirkan sikap sebenar sebagai orang Muslim(seperti sikap  pemalas dan hanya mahu wang tips sahaja) telah membuatkan kami tidak banyak bertanya. Keadaan bilik air muslimah pun tidak terjaga dengan longkang tersumbat, bekalan air pun tiada. Nasib baik ada sedikit air yang kami sengaja isi dalam botol. Dapatlah diguna untuk air sembahyang.
Makam sahabat-sahabat Nabi yang dimaksudkan ialah Jaafar bin Abi Thalib, Zaid bin Harithah, Abdullah bin Rawaha dan Abu Ubaidillah bin Al Jarrah. Aku masih teringat satu rancangan disiarkan oleh tv Arab Saudi mengenai mereka. Sangat bersemangat pengulas Arab tersebut menceritakan mengenai sejarah dan peperangan yang berlaku menyebabkan terkorbannya mereka sebagai Assyahid.

Mungkin juga sebab masjid ini sedang menjalani pengubahsuai, penyelenggaraan terutamanya di dalam bilik air telah diabaikan.
Kami menuju ke kawasan yang dinamakan Mu'tah, di sinilah terdapatnya sebuah lagi Universiti yang mana terdapat ramai pelajar Malaysia. Hanya sempat mengambil pintu gerbang universiti dan kawasan sekitarnya. Sangat luas kawasan Universiti ini persis sebuah bandar.
Selepas itu Jibril terus membawa kami menuju ke Laut Mati, malangnya pemandangan pada masa itu tidak begitu jelas, kerana waktu kami berada di situ keadaan sangat panas dana berdebu. Suamiku menjadi sesak nafas dan kami tidak boleh berada lama di situ. Walaupun begitu sempat juga kami membeli-belah produk laut mati di shopping mall berhampiran. Anakku juga sempat menaiki unta yang dikendalikan oleh penduduk setempat di tepi Laut Mati tersebut.

Demikianlah pengakhirannya lawatan 5 hari kami ke sekitar bahagian Tengah dan Selatan Jordan. Semuga di takdirkan dapat lagi kami berkunjung ke negara Syam ini, fokus ke bahagian Utara Jordan pula, Insya Allah!

Tuesday, March 1, 2016

Bercuti 3 bulan.....TCA 9 - Orthopedik

Sunyi blog ini selama 3 bulan. Begitu juga dengan diri ini sudah lebih 3 bulan tidak berblog.
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran selesai sdah penjenamaan rumahku. Mudah-mudahan dapatlah aku dan suami berteduh dengan lebih selesa. Kalau ada masa akan ku tampilkan bersama foto-foto rumahku yang telah ku ambil.
Di sini ingin ku beritahu selama 3 bulan ini, aku juga sudah menjalani 3 sesi Occupational therapy(Occt) pada kaki kanan ku. Sebelum itu aku buat rawatan susulan di klinik pakar pada 4 januari 2016. Tidak banyak yang dapat ku katakan, semuanya boleh didapati dari gambar x-ray kaki kanan. MO tu hanya tanya ada rasa sakit tak pada kaki kanan, lalu aku menjawab tidaklah sangat. Dia pun menetapkan untuk TCA setrusnya pada 2 Januari 2017. Wah lamanya jarak itu, suami ku kata itu menunjukkan rawatan susulan untuk orthopedik dah nak berakhir. Syukurlah harap-harap betul lah.
Sebaik selesai aku terus pergi ke bahagian rehabilitasi, petugas Occt pula menetapkan temu janji k pada hari itu juga. Dengan tidak membuang masa dibuat bahan intervention iaitu menggunakan kain getah dan pelekat pada kaki kananku.
Sehingga ke hari ini, sudah masuk kali ke 3 aku berkunjung ke Occt, dan untuk sesi seterusnya ditetapkan pada 4 April 2016. Asal ada cara aku akan terus berusaha membaik pulih dan mengelakkan kakiku dari menjadi lebih teruk lagi.Mudah-mudahan aku tidak disoal kemudian hari nanti kerana tidak menjaga kaki dengan baik.