Komplikasi jantung merupakan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia. Sebilangan besar di kalangan mereka adalah yang mengalami komplikasi jantung selepas melalui keadaan menopos.
Wanita menopos yang mempunyai risiko tinggi komplikasi jantung biasanya menjalani carahidup yang tidak sihat, iaitu yang tidak melakukan aktiviti senaman, merokok, meminum minuman beralkohol, yang berlebihan berat badan, tahap kolestrol dan tekanan darah yang sangat tinggi.
Tahap hormon estrogen yang tinggi pada wanita muda membantu menjadikan bahagian dinding dalam arteri mereka lebih anjal, memudahkan salur darah mengembang dan kembali semula ke bentuk asal dengan ini melancarkan pengaliran darah.
Bagi wanita menopos, mereka tidak mendapat kesan positif ini memandangkan tahap hormon estrogen mereka sudah jatuh mendadak. Akibatnya, salur darah dan tisu-tisu dinding jantung menjadi keras. Ditambah lagi mereka mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, meminum minuman beralkohol dan kolestrol serta lemak mereka sangat tinggi.
Langkah-langkah Pencegahan:
i. Elakkan dari merokok dan mengambil minuman beralkohol
ii. Mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai tinggi lemak tepu dan trans,
sodium dan banyak gula.
iii Disarankan untuk banyak makan makanan yang kaya dengan serat, protin, vitamin seperti,
Phytomega
atau Provex
.
Phytomega


iv melakukan aktiviti senaman jantung seperti senamrobik dan berjalan kaki
v. Mengamalkan bacaan Al quran dan menghadiri diri ke kelas-kelas pengajian agama juga dapat mengurangkan tekanan yang juga menjadikan kita tenang dan dapat mengurangkan
serangan jantung.
vi Senaman yoga juga digalakkan dan boleh dibuat bersendirian di rumah.
No comments:
Post a Comment