Sebenarnya menopos ini adalah keadaan dimana badan kita berhadapan dengan perubahan hormon. Ianya juga merupakan satu petanda kepada kita untuk lebih menitik-beratkan gejala-gejala kesihatan yang sering berlaku ketika menopos.
Berikut adalah gejala-gejala kesihatan yang biasanya berlaku:
1. Osteoporosis
Tulang biasanya akan mengalami proses semulajadi iaitu kehilangan jisim dan mendapat balik jisim baru. Pada usia muda kadar kehilangan jisim adalah lebih rendah berbanding dengan kadar penjanaan semula jisim tulang. Hasilnya tulang akan menjadi lebih kuat dan mantap.
Proses pada keadaan sebaliknya inilah dinamakan osteoporosis. Jisim tulang akan menjadi kurang mantap dan rapuh..
Wanita yang mengalami osteoporosis akan mudah mendapt keretakan atau kecederaan tulang walaupun terjatuh sedikit sahaja. Oleh itu perlu berhati-hati ketika berjalan, elakkan dari tergelincir atau terpijak lubang terutama ketika di dalam gelap atau banjir.
Ada juga wanita yang mengalamii keadaan tulang yang dinamakan Dowager's hump iaitu tulang belakang membengkok atau kecederaan pada vertebrata.
Langkah-langkah Pencegahan
i. mengamalkan cara hidup aktif sejak dari awal usia lagi
ii. melakukan latihan senaman yang melibatkan gerakerja badan seperti berjalan, mendaki dan berjoging didapati banyak membantu dalam membina tulang yang kuat.
iii. mengamalkan pemakanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D yang juga dapat menjana pengumpulan kalsium dalam tulang dan seterusnya menjadikan tulang lebih kuat.
Makanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D ialah makanan produk susu, sayuran hijau, soya dan ikan.
Untuk mereka yang alah dengan laktos atau sukar untuk mendapat sumber makanan yang kaya dengan kalsium, terdapat alternatif lain iaitu dengan mengambil vitamin kalsium seperti yang saya amalkan.

Sedutan your health, the Star
No comments:
Post a Comment