Saturday, November 5, 2016

Down Memory Lane

Ku renungi masa yang ku lalui selama bekerja di syarikat yang berasal dari Kanada, kenangan-kenangan lama mula timbul kembali. Pergaulan sesama  rakan sekerja yang kebanyakan mereka terdiri dari berbagai bangsa , keturunan dan warga negara adalah salah satu penyumbang kepada kenangan-kenangan mengusik jiwa tersebut. Walaupun syarikat tempatku bekerja ini berskala kecil, kami kaki tangannya berinteraksi dengan syarikat-syarikat induk yang berada di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Sepanyol.
Bagi saya yang bekerja di bahagian teknikal, kami perlu berhubungan dengan kakitangan bahagian teknikal di sana untuk mendapat kepastian dan infomasi jika terdapat sesuatu masalah kepada produk tersebut. Salah seorang pelupor di bahagian teknikal yang berwibawa dan sangat komited dengan kerjayanya, adalah the late Carl McEwan , hidupnya dikorbankan sepenuhnya kepada kerjayanya. Dia akan menjawab sebarang soalan yang ditimbulkan dan memudahkan urusan kami. Seorang yang sangat berpengalaman. Di kala itu beliau sudah menjangkau 70 tahun, dengan perasaan sedih, ketika mendapat berita kematiannya, dia hanya tinggal bersama dengan seorang anjing dan penyebab kematiannya adalah sakit jantung.
Pada masa itu syarikat berskala kecil kami mengambil alih sebahagian besar produk Kodak Incorp. seperti mana yang berlaku kepada bank-bank di Malaysia. Sebuah bank berskala kecil, (bank of Commerce) mengambil alih Bank Bumiputera, bank kongelamerat Malaysia sehingga sekarang hanya dikenali dengan nama CIMB bank.
R & D Director yang bekerja di Kodak Inc. itu pula menjadi tempat rujukan kami, beliau bernama the late John Shear. Seorang yang periang, kacak dan sangat 'Happy Go Lucky'. Seusia dengan diriku. Namun takdir menentukan, beliau disahkan ,mengidap kanser otak dan meninggal setelah koma selama setahun. Kebetulan John mempunyai seorang subordinat yang sangat berpengalaman dan lebih berusia darinya, Garry Miterko namanya, dia dalam usia pertengahan 60 tahun. Pada masa itu merupakan kemuncaknya keseronokan ku bekerja di syarikat itu rupa-rupanya. Garry bukan sahaja seorang yang banyak pengalamn dari segi teknikal, malahan beliau juga banyak menasihatku dan memberi semangat terutama semasa menghadapi kerenah bos atasan. Malahan aku juga memberitahunya yang pada masa itu aku akan menunaikan fadhu haji malahan beliau juga mengucapkan selamat mendapat haji yang mabrur.
Itulah antara kenangan-kenangan yang mengimbau ku di kala aku di rumah buat masa ini. Hidup ini sangatlah harmoni ada kalanya, hanya orang-orang yang tertentu dapat merasainya


No comments:

Post a Comment