Oleh Datuk Dr Nur Ashikin,
Memahami kaitan peningkatan berat badan dengan menopos dan bagaimana kita boleh tetap sihat dan cergas pada waktu-waktu begini.
Memang tidak menjadi masalah, apabila sudah mencapai pertengahan umur, berat badan pun naik. Tambahan pula pada usia sebegini apa yang dulu menjadi idaman sudah berada di tangan. Anak-anak tidak lagi perlu perhatian secara fizikal. Walaubagaimanapun dengan meningkatnya berat badan akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetik jenis 2, sindrom metabolik, penyakit kanser bagi golongan wanita seperti kanser buah dada, kolorektal dan lain-lain lagi,
Faktor utama meningkatnya berat badan adalah penurunan mendadak hormon oestrogen selepas menopos.Biasanya badan seseorang wanita menopos berubah ke bentuk buah epal dari bentuk buah pear, Disebabkan kurangnya hormon ini, badan tidak mencernakan kanji dan gula dalam darah dengan berkesan. Kalori yang berlebihan akhirnya terpaksa berkumpul di bahagian perut, pinggang dan paha.
Penurunan tenaga ini juga menyebabkan kita kurang mampu untuk menjalankan aktiviti fizikal justru jisim otot pun berkurang. Dengan tidak mengambil kira faktur genetik dan setiap wanita adalah berbeza, peranan hormon dan sel lemak adalah sebahagian dari rangkaian kompleks serta lengkap yang bertanggung-jawab ke atas metabolisma, selera, penghadaman, kitaran haba dan penyahtoksidan. Jika terputus rangkaian kompleks ini, maka terjadilah simpton-simpton seperti 'hot flashes, selera makan yang tinggi dan sudah tentu peningkatan berat badan.
Badan kita mengandungi 3 hormon utama, iaitu insulin, adrenalin dan cortisol. Insulin mengawal paras gula sementara adrenalin dan cortisol mengurus tindakan tekanan dalam badan kita. Ini menggambarkan tekanan dan makanan secara lansung mempengaruhi hormon-hormon kita.
Jadi, bila kita banyak makan makanan seperti tepung, gula dan makanan yang diproses, paras insulin akan meningkat dan adrenalin serta cortisol juga akan meningkat untuk bertindak terhadap tekanan yang tinggi dan kronik itu.
Contohnya bila kita banyak makan makanan-makanan seperti roti canai, teh tarik dan kopi yang bergula, paras gula akan tinggi dan kita akan menyebabkan rintangan insulin atau sensitiviti insulin terhadap badan kita menjadi kurang, justru setiap kalori yang terhasil akan ditukar menjadi lemak.
Ini juga menunjukkan walaupun berat badan kita bertambah, sel-sel badan kita sebenarnya masih perlukan nutrien yang sihat dan akibat dari itu, kita aan merasa letih dan sentiasa lapar pada kebanyakan masa.
Tidak dinafikan juga cara hidup kita sehari-hari juga menjadi sebab faktur kegemukan.
Salah satunya, banyak makan di luar. Makanan yang dijual biasanya dimasukkan bahan perasa supaya lebih sedap dan banyak bahan pengawet.
No comments:
Post a Comment