Disyorkan terutama bagi wanita yang mempunyai ukurlilit pinggang melebihi 35 inci.
1, Memastikan keseimbangan horman di dalam badan kita dengan terapi bioidentical hormon dan mengambil supplemen yang dapa mengurangkan rintangan insulin iaitu seperti magnesium, kromium atau asid lipolik. Keadaan ini juga dapat mengurangkan berat badan kita.
2. Makan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Sebagai contoh, kacang soya, kacang peas, epal, karot, pisang dan banyak lagi bijirin yang bersirat seperti di bawah:
3. Kurangkan makan. Makan hanya pada 3 waktu utama iaitu pagi, tengahari dan malam. Elakkan dari banyak memakan makanan yang banyak gula dan bergoreng seperi kuih-muih. Kita perlu kurangkan 200 kalori setiap hari tenaga dari makanan berbanding sebelum menopos. Ini bergantung kepada individu berkenaan iaitu apa jenis makanan yang hendak dikurangkan. Mungkin kita cuma makan hanya pada waktu pagi, tengahari dan malam. kurangkan kuantiti nasi yang kita makan kepada separuh. Begitu juga gula dan garam.
4. Perlu lebih banyak bersenam. Mungkin ditambahkan lagi dengan aktiviti lasak seperti, erobik, berenang, berbasikal, yoga atau berkebun. Lakukan aktiviti seperti mencuci kereta, berjalan lebih banyak dengan meninggalkan kenderaan jauh dari tempat yang hendak dituju atau lebih menggunakan anak tangga untuk ke tingkat yang lebih tinggi daripada menaiki lif/eskaleter.
5. Jadikan diri kita suka memakan buah-buahan, sayu-sayuran, bijirin dan daging kurang lemak. Dan kerapkan diri kita berada di luar rumah supaya mudah untuk mendapat vitamin D dari sinaran cahaya matahari pagi.
6. Mungkin kita boleh melibatkan diri dengan aktiviti mendaki bukit/gunung atau menari sambil besenam beramai-ramai.
7. Melibatkan diri dengan rakan sebaya. Berkumpul di majlis agama atau ceramah. Disamping mendengar ustaz/ustazah memberi ceramah, kita boleh bertukar-tukar fikiran selepas ceramah selesai.
Masalah yang dirasai oleh kita juga dapat kita kongsikan bersama atau luahkan sedikit apa yang terbuku. Kalaupun kawan kita tidak dapat menyelesaikannya sekurang-kurangnya tekanan( hormon cortisol) dapat dikurangkan. Lagi bagus kalau kita dapat menjadi ahli kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan dan menjalankan aktiviti seperti memberi bantuan beras kepada penduduk yang memerlukan yang berada jauh di pendalaman.
No comments:
Post a Comment