Syukur kehadarat Allah, selama 6 hari aku tinggal di hotel 3 bintang ini boleh dikatakan setiap hari aku dikunjungi pelawat. Kalau tidak petang sebelah tengahari. Kata orang tetamu tu bawa rezeki dan kehadiran mereka harapnya menolong mempercepatkan sembuhnya luka jahitanku ini. Maklumlah ibuku jauh, ibu dan bapa mertua pun tiada, tambahan pula ibu saudara yang tinggal di KL inipun baru 4 bulan meninggal dunia. Sedih hati rasanya. Si Selvi tetiba bersuara mengatakan dia tidak beritahu ibu dia yang tinggal di Teluk Intan yang dia menjalani pembedahan di kaki kerana dia tidak mahu ibu dia risau. Aku tersentak terkejut sebab Selvi semacam tahu yang aku teringatkan ibuku.
Yalah dia satu-satunya ibuku dan dia juga merupakan ibu yang kental dan kuat semangat. Aku pula anak manja walaupun konon cuba handak tunjuk kuat semangat kepada adik-adik, kadang-kadang aku tewas. Ms Wong pula dibertahu untuk dibedah pada hari Khamis. MO dan jururawat memastikan yang keadaan kesihatannya terutama paras gulanya. Dia ada masalah thairod dan bergantung kepada ubat. Dalam masa ini dia cuba menyebut Alhamdulillah dan meminta aku mengajarnya serta ejaannya sekali. Rupa-rupanya selama ini dia perhatikan gerak dan tingkah laku. Dia tahu aku sembahyang walaupun dalam keadaan yang berbeza dari biasa. Tetibanya sahaja dia tanya perihal stokin tangan yang aku sentiasa pakai bagaimana aku keluarkan semasa aku masuk bilik bedah. Aku beritahunya yang stokin itu sangat anjal tentulah mudah sahaja walaupun di tanganku ada jarum. Aku harap dapat beri dia sedikiti tarbiah dengan beritahu dia apa maksud dan bila harus diguna Alhamdulillah dan InsyaAllah.Walaubagaimanapun Hidayah itu dari Allah, kita hanya berperanan memberitahu sahaja.
Bila ku fikirkan mngapa aku harus tinggal lebih lama iaitu 2 hari lebih lama dari rakanku yang lain ialah kerana luka jahitan di kakiku nampak masih bengkak dan akan mengambil masa untuk kering. Jadi untuk memastikan tiada jangkitan kuman pada lukaku Mr Azam arahkan dibuat dressing 2 kali di wad sebelah aku dibenar pulang. Dressing dibuat dalam sela 2 hari sekali. Aku pun lega juga tidak perlu kerap pergi dressing di klinik maklumlah belum boleh memandu sendiri lagi, penatlah pula suamiku balik kerja hendak membawaku ke kinik pula.
Alhamdulillah biarpun dressing dibuat 2kali seminggu selepas keluar dari wad lukaku akhirnya kering juga walaupun dalam tempuh agak lama iaitu 6 minggu.
Monday, November 25, 2013
Thursday, November 21, 2013
Suasana wad 6c Dua Hari Berikutnya
Ku lihat suami sedang menunggu di depan sambil menunjukkan rasa kesyukuran aku telah selamat keluar dari dewan bedah. Jam sudah melewati pukul 7 mlm jadi sebelum dia pulang dia menanyakan ada apa-apa untuk dibawa keesokan hari masa dia datang. Aku masih dalam keadaan lemah mingkin penangan ubat bius(GA) dan tidak dapat fokus pada masa itu. Yang aku ingat makan petang kuberi suami bawa pulang, 2 ketul rendang ayam, 1 ketul diberi oleh Ms Wong yang tidak berapa gemar masakan melayu.
Keesokan pagi, ku dengar tangisan Ms Chan menahan kesakitan, ubat bius sebelum ini telah habis aku rasa. Sementara menunggu ubat bius tambahan dan aku pun menjadi terharu, semacam hendak menangis juga rasanya.Tambahan pula Selvi yang sebelum itu ceria, juga meraung selepas keluar dari bilik bedah menahan kesakitan. Malam itu suasana dalam wad suram. Kedengaran bunyi bising alat yang menyalurkan antibiotik ke badan Ms Chan.
Kelihatan kakiku dibalut begitu comel sekali ibarat bayi yang baru lahir. Plastik kecil berwarna kuning itu dipasang pada K-wire untuk mengelakkan K-wire tersangkut sewaktu kakiku bergerak.
Aku kuatkan semangat dengan diam sahaja tidaklah mahu memujuk mahupun marah kerana kesakitanku tidak sehebat kesakitan mereka.Begitulah keadaannya kalau kebanyakan pesakit dibedah dalam hari sama. Satu masalah lagi ialah hendak buang air, terpaksalah jururawat kerap menghantar dan mengambil potty maklumlah kata hanya ada 3 sahaja untuk wad ini. Aku terpaksa guna potty untuk 2 hari sejak selepas pembedahan, takut hendak guna tongkat, tidak mahir lagi. Selepas itu aku guna kerusi wad dan heret kerusi tersebut sambil aku duduk dengan kaki kanan sebagai penggerak. Bukan apa aku tiada pembantu seperti rakan-rakanku yang lain. Nasiblah kerusi itu tidak besar sangat untuk diheret.
Keesokan harinya Mr Azam pun muncul, selepas rondaan pegawai perubatan. Beliau menghampiriku dan melihat keadaan balutan pada kakiku. Ku beritahunya yang balutan itu terasa terlalu ketat lalu beliau memberitahu keadaan bengkak yang menyebabkan demikian. Beliau tolong bukakan balutan untukku dan meminta jururawat membalutkan semula. Setelah diberitahu kepada MO(Medical Officer) yang biasa keluar masuk wad,Mr Azam yang bukakan balutanku, mereka pun rasa hairan kerana menurut mereka Pakar tidak akan lakukan kerja-kerja seperti itu lalu aku pun terasa kebingungan apa salahnya kalau dia hendak buat. Atau adakah mereka hendak cemburu pada perempuan lewat usia seprti aku? Tentu tidak logik.
Yang logik adalah komen dari suamiku mengatakan aku ini nampak macam pet Mr Azam. Ya lah aku boleh terima sebab beliau berbadan besar, cara layannya itu memang lain sedikit berbanding dengan pesakit lain terutama selepas pembedahan ini. Mungkin pembedahan yang dirancangnya berjalan dengan memuaskan dan segala rekod aku sebagai pesakitnya menjadi satu harta intelek peribadinya. Kalau benar aku pun tumpang gembira dapat meningkatkan kerjaya anak muda yang gigih dan bersemngat waja.

Tuesday, November 19, 2013
Anugerah Dan Mehnah Kehidupan
http://www.youtube.com/watch?v=nokNWQJP_ok
Tiba masanya giliranku, tidak sempat aku menunaikan fardhu zohor. Waktu baru melewati 1.30 tengahri, naiklah aku ke atas katil troli setelah aku menukar ke pakaian seragam bilik pembedahan. Suka diingatkan tiada sebarang barang kemas atau pakaian dalam dibenarkan kecuali baju itu dan penutup kepala macam shower cap. Keadaan mengingatkan aku kali pertama menjalani pembedahan semasa melahirkan anak hampir 20 tahun lalu. Bezanya kali ini aku dalam keadaan tenang sekali. Dapat ku perhatikan sepanjang aku di tolak oleh 2 orang jururawat keadaan sekelilingku ke tingkat bawah (tingkat 5-bilik bedah). Aku diletakkan di suatu tempat sementara menantikan pakar bius datang. Pakar bius menolak pula ke satu bahagian di mana di sebelahku terdapat skrin, kemudian mereka menyucuk ubat bahagian lutut kiriku sambil memerhati. Nampaknya skrin itu seperti skrin alat ultra-sound.
Selepas itu barulah aku ditolak ke bilik bedah yang ku rasa agak sempit dan aku rasa seperti ada 10 orang di dalamnya. Ada yang hanya duduk berhampiran dinding seperti mendengar bunyi alat muzik. Pada masa itu fokus ku sudah tidak menentu. Sekejap sahaja aku rasa bahagian kakiku sudah ditekan-tekan dengan kuat. Aku jadi memberontak tidak gemar dibuat begitu. Dalam masa aku melawan dengan cuba mengangkat kakiku, aku pun tidak tahu lagi apa berlaku selepas itu. Hanya bila aku tersedar aku sudah berada di luar bilik bedah. Mereka hanya menanti untuk ku buka mataku dan aku pun dibawa turun ke wad. Hasrat hatiku untuk mendengar bunyi alat gerudi dan ketukan pisau seperti yang diceritakan kepadaku oleh seorang Ahso yang menjalani Knee Anthroplasty suatu masa dahulu tidak kesampaian.
Alhamdulillah! Paling penting aku telah selamat dibedah walaupun mini-invasif tetap membabitkan nyawa. Aku berterima kasih kepada Mr Azam kerana telah berazam dan berusaha membentuk semula 2 jari kaki kiriku ini kepada keadaan asal. Bukan sedikit pengorbanan dilakukan kerana ku tahu dia banyak terlibat dengan pembedahan akibat kemalangan/kecemasan namun diusahakan juga untuk menolong memulihkan kakiku. Allah sahajalah yang akan menolongnya kalau tidak secara lansung mungkin melalui ketenangan kehidupan keluarganya. Apalah yang lebih berharga lagi dalam kehidupan ini selain dari ketenangan hidup yang akan menatijahkan kebahagian hidup di akhirat. WallahuAlam!

Monday, November 18, 2013
Suasana kehidupan di Wad Orthopedik
Hatiku menjadi gundah gulana tambahan pula bila kulihat rakan-rakan sebilikku ini menghidapai sakit tulang yang kritikal (Kow-kow punya).
Wong, seorang wanita belum berkahwin jatuh di bahu jalan akibat terpijak lubang, tulang betis nya patah. Ku lihat kakinya terpaksa diikat ke tiang katil untuk mengelakkan tulang yang patah itu bergoyang. Dia beritahu yang sudah 2 hari terlantar di katil menunggu untuk di jadualkan pembedahannya. Menurutnya doktor sedang bincang kaedah terbaik untuk menyambung semula tulangnya.Penggunaan besi dan saiz yang sesuai , keadaan kesihatan Wong yang berusia perlu dikaji terlebih dahulu.Tambahan pula dia dimasukkan ke wad pada malam Ahad, tentulah kebanyakan doktor sedang bercuti. Yang penting rawatan kecemasan sudah diberi. Terseksa juga aku tengok dia tidak dapat bergerak perlu banyak bantuan jururawat dan orang di sekelilingnya termasuk aku. Sungguhpun begitu dia banyak memberi maklumat ubat-ubatan kerana dia bekerja pembantu doktor di sebuah klinik di Taman Kepong.
Chan pula seorang suri rumah yang sudah mempunyai seorang cucu, mengalami masalah radang tulang(RA) sejak berumur 20an. Dia telah menjalani pembedahan mengganti tulang palsu pada pergelangan paha pada masa itu (Hip Anthroplasty). Tulang palsu(dibuat dari plastik khas) tersebut sudah menghaus menyebabkan dia rasa sakit dan perlu diganti dengan yang baru. manakala Thamil Selvi pula seorang tukang sapu di Alam Flora mengalami masalah lebihan tulang pada tapak kaki (bone spur) perlu dikikis keluar sahaja.
Kami bertiga dijadualkan menjalani pembedahan pada 1hb Oktober iaitu keesokannya. Apa lagi seharian sebelum itu kami berempat buatlah cerita tingkap sebab masing-masing tidak boleh bergerak sudah dipasang drip oleh Hospital Officer(HO). Si Selve lagaknya suka ketawa walaupun dia tidak dilayan dengan baik oleh HO maklumlah budak-budak muda. Mungkin sebab itu juga nampak lebih muda dari usianya.Chan pula tidak fasih berbahasa malaysia, nasiblah ada Wong untuk terjemahkannya. Suami Chan sentiasa di sisinya. Dia bekerja menoreh getah mengambil cuti seminggu menemani isterinya di wad dan selaku penterjemah untuk isterinya sekiranya doktor ingin memberitahu sesuatu.Ada lagi rakyat Malaysia yang masih tidak tahu cakap Bahasa Malaysia walaupun di usia 40an. Kalau warga emas itu lain ceritalah.
Chan yang mula-mula masuk ke dewan bedah, sebelah tengahari adalah aku dan Selvi pula masuk pada pukul 5 petang. Bagiku aku banyakkan beristigfar kepada Allah muga dipermudahkan, Ameen!

Saturday, November 16, 2013
Tarikh Masuk Wad 30 Sept 2013
Hari Isnin, tanggal 30 September 2013, merupakan tarik keramat dimana aku ditemani suamin tersayang menuju ke hotel 3 bintang (foto di atas)yang kira-kira 10 minit dari rumahku. Pagi itu hujan baru sahaja berlalu, cuaca menjadi lebih sejuk dari biasa. Dengan keadaan tenang, jam masig belum pukul 8 pagi, suami mengajak ke Kafeteria Hospital. Aku makan mee goreng bersama teh tarik. Kebetulan jiran sebelah rumah yang selalu membuat fisioterapi juga ada di Kafeteria tersebut.Suami memberitahunya mengenai pembedahanku esok.
Jam sudah melewati 8.15pagi, kami menuju ke bahagian pendaftaran untuk kemasukan wad. Agak lama juga kami di situ, menunggu arahan dari wad sebab ingatkan dapat masuk wad kelas satu. GL suamiku memang layak untuk kelas satu tetapi untuk disiplin ortho, aku perlu duduk wad 6C (kelas 2dan 3di tingkat 6). Ini memandangkan kelas 1 di tingkat 9, sukar untuk doktor melawat aku di sana bagi disiplin yang paling banyak bilangan pesakit dalam wad berbanding dengan disiplin lain.Kekangan masa menjadi masalah utama.
Aku dan suami menuju ke wad 6C, katil no 8, berhampiran dengan pintu masuk sahaja. Jururawat bertugas berkenaan pun segera menyuruh aku menukar pakaian seragam pesakit dalam wad dan memberi penerangan mengenai wad berkenaan. Kami pun diberitahu yang kebiasaanya setiap pagi ada sekumpulan pegawai perubatan akan membuat rondaan. Seorang pakar yang senior akan meninjau setiap pesakit sambil memberi penjelasan terutama kepada pegawa-pegawai perubatan yang kurang pengalaman dan pendedahan mengenai setiap pesakit. Jadi akupun kena segera tukar pakaianku dan suami pun pulang.
Bermulalah aku tinggal di wad bersama 3 orang rakan sebilik, seorang berbangsa India dan 2 orang berbangsa Cina. Thamil Selvi 50 tahun dan Ms Wong Ling Ling 59 tahun masing dari Jinjang dan Taman Maluri, Kepong. Ms Chan Kim Hong 46 tahun dari Rasa. Akan ku ceritakan pengalamanku bersama dalam entri berikutnya.
Thursday, November 14, 2013
Detik-Detik Hampirnya Dengan Tarikh Procedur
Semasa menjalani ibadah berpuasa Ramadhan 2013, aku kerapkali juga membuat sembahyang istikharah.
Memohon petunjuk dari Allah samada tindakan aku ini adalah pilihan terbaik. Seandainya yang terbaik permudahkanlah segala proses yang terlibat. Ini kerana tindakan ku ini juga banyak melibatkan orang sekelilingku baik suami, anak, rakan di tempat kerja dan sanak-saudara terdekat.
Aidil Fitri tahun ini juga aku tidak banyak pergi berziarah walaupun kami balik kampung. Banyak masa kami habiskan dengan berehat di rumah ibuku. Mungkin banyak kesan dari kesakitan kakiku juga. Tarikh untukku masuk wad ialah hari yang ke 20 Syawal, bermaksud selepas kembali dalam 2 minggu sahaja. Namun selepas seminggu bekerja, aku menerima panggilan doktor dari Hospital Selayang memberitahu yang tarikhku terpaksa ditunda ke 19 Sept.atas alasan terlalu banyak kes pembedahan kecemasan. Perasaan takutku menjadi kurang sedikit memandangkan kerjaku yang banyak dapatku siapkan dulu.
Dalam pada itu aku juga dapat melibatkan diriku dengan walimatul urus anak-anak buahku yang akan berlansung pada 14 Sept. Dengan keadaan kerja yang banyak aku menjadi tertekan terpaksa pergi lewat untuk menolong sedikit sebanyak persediaan majlis kendurinya.Selesai majlis perkahwinan adik aku ula demam selsema mungkin berpunca dari cuaca tidak menentu dan tidur pun selalu lewat. Aku ambil cuti sakit pada 17 Sept. dalam fikiranku mungkin kali ini terpaksa ditunda lagi dengan keadaan aku yang tidak sihat. Semasa aku berbaring di bilik tidurku, talipon berdering lantas aku menjawab antara sedar dengan tidak, rupa-rupanya dari Hospital Selayang lagi.
Seorang doktor wanita memberitahu bahawa tarikh terpaksa ditunda lagi ke 30 Sept. kali ini tarikh 19 Sept tu Mr Azam terpaksa menghadiri mesyuarat di HKL. Walaubagaimanapun beliau inginku datang ke Hospital Selayang pada 18 Sept. Aku rasa bersyukur kerana aku memang tidak sihat dan kesihatanku pun pulih sedikit pada hari berikutnya tambahan pula suamiku memang sudah mengambil cuti untuk menghantarku ke hospital. Rupa-rupanya beliau ingin memberitahu yang selepas berbincang dengan Mr Idham, didapati skrew yang lebih kecil dan kuat iaitu skrew titanium perlu digunakan untuk saiz tulangku yang kecil itu. Skrew titanium ini perlu sendiri dibeli oleh pesakit dan hospital tidak membekalkan memandangkan kosnya yang sangat mahal. Aku perlukan 3skrew yang bersaiz 3 ke 5mm untuk procedur ini. Aku bayangkan yang aku membeli barang kemas yang aku bukan pakai untuk berhias tetapi untuk kesihatan. Kos 3 skrew itu ialah RM2100, berbaloi ke tidak...Allah lebih mengetahui kerana semua ini dariNya yang Maha Esa.

Wednesday, November 13, 2013
Sedikit Info Berkaitan Prosedur Scarf Osteotomy With Release Digitirium of 2nd Left Toe
Antara foto-foto dan grafik yang dapat digambarkan mengenai prosedur berkenaan.
Nampak senang tetapi perlu ketelitian memandangkan ada beratus-ratus prosedur yang boleh digunakan.
Pakar berkenaan mesti kaji prosedur yang paling berkesan untuk mengelakkan keadaan jari bengkok dan bonion dari berulang lagi. Bagiku yang terpenting ialah supaya kesakitan tidak ada lagi kualiti hidup tidak terjejas. Kita perlu berusaha bertanggung-jawab atas kurniaan anggota badan yang sempurna yang Allah berikan kepada kita. WallahuAlam!
Tuesday, November 12, 2013
Temujanji Seterusnya Dan Perbincangan Mengenai Pembedahan Mini Invasif
Pada temujanj 15 May itu juga, Mr Sidek memperkenalkan aku dengan rakan sejawatnya, Mr Azamuddin.
Beliau memberitahu yang pembedahan ini akan diserahkan kepada Mr Azam. Ini kerana Mr Azam lebih pakar bahagian kaki(Foot and Ankle/Orthopaedic Surgeon) manakala beliau adalah bahagian paha, lutut dan
betis. Di atas adalah gambaran sedikit sebanyak kaki kiriku. Setakat bengkok pada ibu jari dan ada hammer toe tidak ku ambil kisah, pergerakan ku juga agak terbatas, aku hanya boleh berjalan selama 10 minit, jika lebih dari itu sakitnya menjadi tidak tertahan. Menurut Mr Azam, keadaan itu berlaku disebabkan urat saraf berdekatan tulang kaki yang bengkok berada dalam tekanan(stress). Beliau mencari kaedah pembedahan terbaik dan berkesan lalu mengambil foto kaki ku yang cantik itu. Katanya dia akan bebrincang dengan rakan sejawatnya di Hospital Putrajaya, iaitu Mr Idham.
Temujanji baru dibuat sebelum tarikh pembedahan iaitu pada 17 Julai 2013, minggu pertama bulan Ramadhan. Aku menjadi semakin risau dan takut. Ku luahkan pada Mr Sidek, beliau memujuk dan memberitahu ku bahawa pembedahan ini adalah Mini Invasif (Tidak besar bukaannya - 4 ke 5cm shj).
Sangat rendah risikonya kecuali bagi orang yang ada kencing manis.
Mr Azam pun muncul lalu memberitahu mengenai jenis pembedahan yang akan dilakukan. Namanya ialah
Scarf Osteotomy with Release of PIP at 2nd Toe. Maknanya walaupun mini invasif tetapi ada 3 potongan dibuat. K-wire juga akan dimasukkan ke anak jari yang ada Hammer toe untuk meluruskan anak jari yang sudah bengkok( pada foto di atas anak jari kedua masih ok lagi). Kemungkinan 3 ke 4 skrew akan digunakan untuk membetulkan ibu jari ku disamping membuang sedikit tulang yang terbonjol(bonion).

Kehidupanku Selepas kembali Dari menunaikan Fardhu Haji
Alhamdulillah! Alah telah memberi peluang kepadaku untuk menunaikan rukun Islam yang ke 5 dengan begitu lancar sekali. Namun itu tidak bermakna aku tidak diuji. Mungkin ujian yang ku terima di sana tidak ku rasai sangat dengan istiqamah dan reda atas segalanya walaupun sebelum kami berlepas pulang ke Malaysia, pesawat yang kami naiki mengalami kegagalan enjin dan kami terpaksa bermalam di hotl 5 bintang di Jeddah. Redhaku sematkan dengan menikmati sepenuhnya di hotel secanggih itu dan merasakan Allah mahukan aku tinggal sehari lagi. Segala bebanan sepanjang perjalanan kami dibawa ke hotel kerana memakan masa 1 jam juga tidak kami rasai. Redha tubillahi Rabba!
Setahun kemudian iaitu selepas Aidul Adha 2012, selepas menyediakan sarapan pagi dan mandi, aku berbaring sekejap di atas katil. Tidak semena-mena kaki kiri tidak dapat berpijak dan aku terkejut lalu memanggil anakku yang kebetulan berada di ruang tamu. Aku tidak dapat berdiri. Anakku ada sedikit ilmu melalui Persatuan Bulan Sabit Merah lalu menyediakan sebaldi air panas. Lebih kurang 2jam juga ku rendamkan kaki ke dalam air suam, barulah aku dapat berpijak. Namun begitu cara berjalanku sudah tidak betul. Aku terasa lututku sangat sakit dan terus juga ke tempat kerja walaupun setengah hari sahaja.
Hatiku mula bimbang, doktor klinik panel, setelah mendengar insiden yang berlaku terus beri surat rujukan untukku ajukan ke Hospital. Dengan pertolongan birasku yang bekerja Sister di Hospital Selayang, Mr Sidek (Pakar Ortopedik) memberitahukan untuk berjumpanya di Kilink Pakar pada 26 dec 2012. Temujanji dibuat jam 11 pagi iaitu selepas urusan pesakit ulangan selesai. Setelah mendengar ceritaku beliau mengarahkan untuk di Xray kakiku dan membuat Xray lagi sekali sebelum berjumpanya semula pada 6 Feb 2013. Aku juga diberi ubat tahan sakit, diarah menjalani fisioterapi dan disaran untuk makan Glusomin iaitu vitamin tulang. Sejak kaki kiriku sakit aku tidak dapat solat berdiri. Setelah menjalani 2 sesi fisioterapi dan memakan vitamin tulang, aku sudah boleh solat berdiri tetapi tahiyatku kaki kiri arah berlainan.
Temujanji seterusnya ialah 15May 2013. Akupun tidak mengamati sangat keadaan kakiku yang aku tahu sakitku masih terasa. Tidak sama dengan seorang pakar Ortopedik seperti Mr Sidek, beliau amat terkejut melihat keadaan kaki kiriku yang ibujarinya yang semakin membengkok. Sebelum itu aku dengar beliau memberitahu 3 orang pelajar perubatan UITM yang seedang berdiri di dalam kliniknya yang keadaan kaki kiriku ini telah ada istilah perubatan yang dinamakan Hallux Valgus. Aku akan paparkan imejnya melalui entri yang akan datang.
Yang menakutkan aku ialah Mr Sidek terus membuat booking tarikh supaya pembedahan dapat dilakukan secepat mungkin. Itupun tarikh yang dapat dibuat ialah 27 Ogos 2013.

Subscribe to:
Posts (Atom)