Khemah dimana kami tinggal ini sangat dekat dengan terowong Muasseim. Kiranya khemah kamilah yang pertama selepas dari terowong itu. Inilah satu kelebihan yang Allah berikan yang aku mulanya tidak perasan. Selepas melontar jamrah Kubra kiranya adikku dan rakan sebiliknya merancang untuk balik ke hotel. Mungkin dia orang cultural shock dengan keadaan di Mina. Memanglah aku sendiri pun sebenarnya tiada tempat untuk tidur sebab sampai lambat, tidur dekat hujung kaki kawanlah nampaknya.Lepas itu adikku tak jadi nak balik ke hotel kawannya kata angin kuat lagipun jalan balik pun belum tahu. Bila dah tengah malam kulihat rakan sebilik si Shida ni tak ade. Tahulah aku yang dia dan suami rupa-rupanya jadi balik tidur di hotel. Dia orng pun talipon dan bagi tahu yang dia orang ikut orang Felda Global yang tahu jalan balik ke Marwah.
Aku tak kisah aku dapatlah ruang tidur sekurang-kurangnya. Bukan apa niat nak balik ke hotel tu juga ialah untuk cuci pakaianku yang dah terkena darah haid dan tuala kotor yang mana aku rasa tidak sampai hati untuk dibuang menambahkan timbunan sampah yang tidak sempat dikutip pihak Mentanance.
Aku harap Allah meredai niatku ini. Aku pun besepakat dengan adikku untuk balik juga ke hotel pada pagi esoknya. Kami tidak lagi ikut pihak Tabung Haji untuk pergi melontar Hari Tasyrik Pertama itu. Lebih kurang jam 8pagi aku pun keluar dengan adikku dari khemah menuju ke Jamrat untuk melontar ketiga-tiga jamrah. Aku dapati tiada kesesakan lansung walaupun kami keluar pada waktu pagi tapi waktu ini sebenarnya bukanlah waktu afdal mungkin salah satu sebab orang tidak ramai. Yang penting kami dah tahu kali pertama Tabung Haji dah tunjuk, Selepas melontar kami berjalanlah menuju ke Mekah dengan sinaran matahari yang belum begitu panas. Kami mengambil masa dalam 1 jam setengah, itupun dah termasuk masa kami tersasar dari jalan sebenar. Nasib baik ada 2 orang Tabung Haji berdiri sambil memegang bendera Malaysia. Mereka menanya kami nak ke mana dan beritahu laluan sebenar. Hati masa itupun memang agak risau, Menara jam Mekah belum nampak kami berjalan dah hampir setengah jam. Dalam masa kami berjalan melalui jalan bawah Highway tu, ada sepasang Jemaah Haji Malaysia menegur kami berjalan dengan begitu cepat sekali sambil mengheret beg luggage berada. Mereka kata mereka tak tahan nak tidur di Mina sangat sempit tidak menyangka kerana mereka ikut Pakej sepatut ada ruang sikit jadi nak balik rehat ke hotel rasanya. Kebetulan hotel mereka pun tidak jauh dari hotel kami arah samalah.Selepas itu mereka meniggalkan kami sebab kami take our own sweet time sebenarnya mukaku juga sudah kekeringan dek hembusan angin kering dan cuaca mulai panas setiap 10 minit kami berhenti minum air mineral yang diberi Muassasah.
Bila kami dah agak hampir dengan kawasan Masjid Haram kami pun duduk berehat lagi di tepi jalan sambil minum air. Terlintas di fikiran, dan berkata pada adikku pasangan tadi dah sampai agaknya, tiba-tiba saja kedua-dua merekapun lalu di hadapan kami berjalan dengan lajunya aku pun tersenyum dengan adikku.
No comments:
Post a Comment