Se sampai sahaja ke kawasan Hotel kami agak kelaparan, makanlah di Restoran Sakifah yang memang selalu kami makan roti canai di situ bila balik dari sembahyang subuh. Kami pun menalipon kawan sebilik yang ada di hotel mana tahu mereka tiada di hotel dan bawa kunci ke Masjid. Mereka pun gembira kerana kami dapat sampai. Rupa-rupanya ada 2 ke 3 bilik di tingkat kami itu yang berpenghuni mereka buka pintu jadi kita boleh tahulah, mereka merebahkan badan di katil, menghilangkan keletihan.
Aku sudah terasa macam nak demam, lantas meminta Panadol pada adikku. Sebelum makan aku pastikan yang pakaian dan tuala kotorku telah ku selesaikan urusannya. Bila dah telan ubat tu dengan kehendak Allah sambil aku rebah di atas katil dan membuat sedikit bacaan tertidurlah aku sehingga aku sedari hari sudah lepas asar. Adikku pun call dan bawakan shawarma dengan nasi arab.Shawarma itu aku tak dapat habiskan sudah terlalu kenyang lalu kami sedekahkan kepada tukang cuci jalan, Adikku beritahu yang dia sudah selesai tawaf dan saei tadi jadi dia dah sempurna Hajinya pada hari itu yang kebetulan pula ialah tarikh lahirnya, 8 November.
Allah telah suratkan dalam hidupnya iaitu tepat pada hari jadinya yang ke 37 tahun dia selesaikan melaksanakan Rukun Islam ke 5 ini. Ameen! Aku pun tumpang gembira.
Kami bertolak semula ke Mina setelah adikku selesai melaksanakan solat Magrib di Masjid. Cuaca pada waktu malam agak nyaman dan aku merasa begitu segar setelah tidur lebih 2 jam tadi. Cuma adikku kakinya melecet sedikit maklumlah berjalan hampir 20km. Diapun sudah beli plaster dekat kedai di Mekah tadi. Plasternya agak sempoi, jenis bulat sambil tunjuk kepadaku sebelum memakainya. Masa itu kami dah berhenti dekat tembuk di tepi jalan berhampiran jamrat. Kawasan itu ada polis berjaga tapi dia tahu kami kecemasan nak letak plaster di kaki, dia pun benarkan. Dalam masa yang sama ada seorang berbangsa Arab pun duduk juga dan memperkenalkan dirinya orang Palestin kepada kami. Rupa-rupanya kakinya pun melecet juga, dia pun meminta kami plaster untuk diletakkan pada kakinya, kami pun bertaaruf, lepas itu beredar untuk mengelakkan kami dari dimarahi oleh polis kerana duduk agak lama di situ.
Kebetulan masa itu juga satu rombongan jemaah haji Malaysia lalu di hadapan kami balik dari melontar, kami pun mengekori mereka. Rakanku Najibah sudah simpan bekalan makan malam untukku seperti yang aku smskannya. Aku pun makan bolehlah aku tidur nyenyak lagi setelah seharian makan angin di luar kawasan Mina. Pada kesokkan harinya aktiviti ku adalah mengikut apa yang orang lain buat seperti berzikir ikut buku yang diberi Tabung Haji. Kebetulan khemah kami dekat khemah orang Pakej TH Travel jadi banyaklah ceramah yang kami dapat tumpang dengar, walaupun kami Muassasah, inilah rezeki dari Allah, Allah berhak beri kepada sesiapa yang Dia suka. Bukan orang bagi betis hendak paha, tapi kebetulan untuk hari Kedua melontar kami tidak dapat keluar ikut jalan biasa sesak, kami pun ikut laluan orang Pakej pergi melontar dan tumpang berdoa bersama mereka.
No comments:
Post a Comment