Tuesday, September 22, 2015

Hari Pertama Menjejaki Bumi Jordan

Kami tiba di lapangan terbang Queen Alia, Amman Jordon pada jam 9.45pagi. Walaupun langit kelihatan sangat cerah tetapi di Amman ini keadaan cuacanya seperti di Genting Highland, agak sejuk. Waktu di Malaysia sebenarnya sudah hampir 3 petang. Oleh kerana perjalanan yang memakan masa hampir sehari ini dengan cuaca yang tidak menentu, suamiku sudah begitu letih sehingga dia diserang asma.
Nasib baik jarak antara kami turun dari kapalterbang ke balai ketibaan tidak jauh, jika tidak mungkin terpksa di usung dengan stretcher ke klinik kecemasan. Adik iparku yang sememang sudah menunggu ketibaan kami bersama beberapa orang rakannya, terus membawa suamiku ke klinik berkenaan.
Diberikan satu jab nebuliser barulah kurang sesak nafasnya. Dia memang sudah bawa ubat asma sedut dalam tiub namun tidak mencukupi. Bayaran dikenakan di klinik ini tidaklah mahal iaitu tidak sampai 2 jordan dinar(JD). 1 jordan dinar lebihkurang RM6.00. Kebetulan tidak ada pesakit, Alhamdulillah suamiku menerima rawatan dengan cepat.

Pintu depan klinik di Lapangan Terbang Queen Alia.

Keletihan kami terubat akhirnya, setelah menaiki kereta yang dibawa adik iparku ke rumahnya. Setelah selesai membersihkan badan kami pun disaji dengan makanan tengahari. Memanglah lazat disediakan masakan kambing dan buah-buahan dari mediaterranean seperti pic, fig, zaitun dan anggur.

Buah pic yang menjadi kegemaranku,

Delima dan buah epal  di bawah ini belum masak lagi, bukan rezeki kami.







Saturday, September 19, 2015

Transit di Dubai

Kami tiba di Dubai hampir ke pukul 10 malam, waktu Dubai. Dari tempat kami mendarat, kami menaiki bas panjang terus ke Terminal 3. Kami nampak ada beberapa bas yang menunggu sewaktu kami turun dari kapalterbang. Gambar ihsan di bawah menunjukkan bas-bas yang dimaksudkan. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dubai lebih 6 jam. (perbezaan masa 4 jam dengan Malaysia)

Image result for terminal 3 dubai

Semasa tiba di bahagian Imgresion, kami terserempak dengan pasukan pemain bolasapak UAE. Mereka membawa balik piala yang besar dan terus meletakkan piala yang besar di dalam bakul plastik untuk diperiksa juga di hadapan kami. Kami tahu piala itu diperolehi dengan mengalahkan pasukan Malaysia 10-0. Nasib baik petugas-petugas Imegresion itu semua bukan warga negara UAE atau Dubai, jadi mereka pun macam tidak ambil pot.
Setiba kawasan yang berhampiran dengan B8, dimana tempat kam check-in ke Amman, kami pun mengambil tempat untuk berehat sementara menunggu pukul 5.15 pagi. Oleh kerana banyak masa lagi, kami pun boleh membersihkan diri dan selepas itu mendirikan sembahyang jamak Maghrib dan Isyak. Kami juga diberi kopun oleh Emmirates Airline untuk membeli makanan yang dijual di Terminal 3. Kami memilih Burger King, cukup kenyang. Suami ku dapat melelapkan mata bila perut kenyang. Hari sudah larut malam.

Di surau, aku tertarik dengan kerusi yang disediakan untuk muslimat yang tidak dapat solat berdiri. Mungkin ini satu idea baru, aku tidak pasti tapi yang pasti aku tidak pernah jumpa sebelum ini.
Bila tiba waktu subuh, azan berkumandang dengan begitu merdu sekali di Terminal 3 ini, tidak terasa aku berada di sebuah kawasan lapangan terbang. Kami terus ke surau untuk mendirikan solat subuh. Masuk waktu subuh pada masa itu ialah pukul 4.40pagi,1 jam lagi untuk kami sebelum check-in.

Kami terus ke B8 apabila nombor penerbangan EK901 untuk ke Amman dipanggil. Penumpang-penumpang semua diminta duduk berehat di balai berlepas.




Wednesday, September 16, 2015

Permulaan Sebuah Kembara.

Hari itu, 4 Sept 2015 adalah hari Jumaat, pagi-pagi lagi kami sekeluarga sibuk melakukan persiapan terakhir. Sebelan sebelum tu suamiku lah orang yang paling sibuk. Dialah travel agent dan dia jugalah yang menyumbangkan dana untuk kami berenam melancung ke Jordan.
Kami menaiki teksi ke stesen KL sentral, di sana kami membuat check-in luggage sebelum menaiki ERL terus ke KLIA 1.

Antara foto yang dapat diambil sebelum menaiki pesawat ke Dubai.Basah sikit tudung kerana baru selesai basahkan badan. Sejak dari pukul 11 pagi, kami relaks-relaks di KL sentral . Lebih kurang 6 petang baru penerbangan berlepas. Pesawat yang kami naiki ini lebih canggih aku rasa berbanding dengan pesawat MAS.
Disamping kakitangannya yang terdiri dari 14 warganegara iaitu dari beberapa buah negara, kecantikan dan paras rupa mereka pun adalah unik berdasarkan etnik mereka. Di siling pesawat tersebut juga dihiasi dengan skylight iaitu seperti gemerlapan bintang di angkasa raya. Pesawat ini menggunakan enjin Boeing 777, sangat lancar ku rasakan sewaktu berlepas dan juga waktu mendarat. Makanan-makanan yang disajikan sewaktu penerbangan sesuai saja kurasakan dengan tekak ini. Alhamdulillah! Syukran, Ilalliqa'.

Thursday, August 27, 2015

Pengalaman Seorang Pesakit Denggi


Rekod Pemantauan Pesakit Denggi

Tarikh
Suhu©
BP(mmHg)
PR( per min)
HCT((%)
WBC(x1000/ul)
Platelet(x1000/ul)
19/8/15
37.7
131/83
94
34.7
2.9
134
20/8/15
37.1
105/68
81
36.7
2.8
116
21/8/15
37
123/71
73
34
3.1
87
22/8/15
37
100/68
71
35
4
56
23/8/15
37.2
105/70
69
38
6.9
45
24/8/15
36.2
103/64
63
35
5.7
51
25/8/15
36.6
97/63
61
34.3
4.2
85
26/8/15
36.5
117/70
58
33.3
4.4
137








Di Pertenghan usia sebegini, aku diuji dengan dugaan mengalami demam denggi. Untuk tidak terlepas dari lipatan sejarah hidupku, aku menyalin rekod pantauan darah dari pihak klinik berdekatan yang ku dapatkan rawatan. Walaupun tidaklah begitu difahami kesemua ujian yang dilakukan namun ianya akan sedikit sebanyak menjadi rujukan untuk sesiapa yang diuji dengan musibah ini. Aku tidak perlu dimasukkan ke wad, ini menurut doktor tidak begitu kritikal buat diriku. Tambahan pula setakat ini aku tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Alhammdulillah!

Aku mula mengalami keadaan tidak selesa dalam badan pada hari Isnin, 17/8/15. Pada pagi itu, aku berniat untuk memasak yang makanan yang sedap untuk anakku yang baru pulang bercuti dari Jepun sehari sebelum itu. Aku menggoreng cucur udang iaitu sarapan yang paling digemarinya. Diikuti untuk masakan tengahari pula aku memasak sup ikan merah dan ikan goreng. Aku siap memasak hidangan tengahari sebelum pukul 1 tengahari, suatu masa yang sedang elok untukku berehat sebelum aku menghdiri kelas agama pada pukul 3 petang pula. Aku sempat juga makan semangkuk kecil sup ikan itu bersama sedikit nasi walaupun aku rasa masih kenyang.
Dijadikan takdir, aku terpaksa berjalan kaki pulang dari kelas agama menuju ke tempat untuk dapatkan teksi, memandangkan kenderaan yang dipandu suami untuk mengambilku mengalami kerosakan. Semasa menghadiri kuliah agama itupun aku sudah rasa panas badan, sebaik tiba di rumah dengan menaiki teksi, aku ke dapor untuk menikmati sup ikan merah tadi lagi, rupanya seleraku sudah hilang dengan tiba-tiba. Aku menjadi begitu kecewa tambahan pula badan sudah tidak sihat dan kesabaran sahaja yang aku simpan dalam hati. Malam itu bermula denggi memainkan peranan, dalam diri .
Aku teringat simpton yang diceritakan suami sebab dia sudah dijangkiti kira-kira 6 bulan yang lalu. Sakit-sakit sendi satu badan sudah tidak terbendung, aku pula memikirkan sudahlah kenderaan pun rosak. Walaubagaimanapun, demam perlu ambil masa 3 hari sebelum doktor rawat. Aku demam belum pun masok hari kedua. Demam denggi menyerang diriku tidak perlu tunggu lama, semalaman aku rasa diriku sudah separuh tiada di dunia, dia mengawal fungsi otakku kurasakan. Hanya pada Allah aku berserah. Pada hari ketiga ku dibawa suami dan anak dalam keadaan yang terhoyong-hayang. Setelah ujian darah dilakukan sahlah aku dijangkiti denggi. Doktor di klinik kesihatan tu agaknya sudah sering terima kes denggi di daerah Gombak. Dengan menasihati ku minum banyak air dan minum jus betik, beliau menasihatku untuk setiap hari datang ke klinik untuk mereka buat pemantauan walaupun pada dasarnya denggi memang tiada ubat.
Dari rekod yg dicatit doktor, ku abadikan data-data di dalam simpanan ku seperti di atas. Berdasarkan bacaan platelet tu, doktor memberitahu yang bermula dari hari ke 6 terdapat peningkatan dalam bacaan platelet iaitu 3 hari berturut-turut, maka aku di discas iaitu tidak perlu lagi datang ke klinik.

Friday, July 31, 2015

Wasiat Ramadhan

Sudah 2 minggu Ramadhan berlalu meninggalkan kita umat Islam. Terasa sayu hati bagai hilang satu permata gemerlapan di panadangan mata. Keberkatan bulan Ramadhan tidak ku nafikan, ketenangan dan kesronokan beramal amatlah terasa. Tidak ku tahu samada ku dapat temui Ramadha tahun hadapan hanya Allah yang menentukan.
Di radio Ikim, di dalam rancangan Usrah Nurani ada menyimpulkan bahawa berlalunya Ramadhan dengan meninggalkan wasiat yang dapat dibahagikan kepada 3 perkara iaiatu:

1. Apabila seseorang itu terdetik di hati ingin melakukan suatu kebaikan, maka hendaklah ia segera melakukan kerana sudah pasti itu adalah sesuatu yang mendatangkan pahala baginya.

2. Hendaklah seseorang itu sentiasa berdamping dengan orang-orang yang soleh, kerana orang-orang inilah InsyaAllah akan membimbing dan menunjuk ke arah jalan yang benar.

3. Sentiasa tekadkan azam, kemudian lakukanlah dengan cara yang terbaik, Itqan.

Dalam masa 2 minggu ini juga kita dikejutkan  dengan perubahan besar dalam menteri kabinet Malaysia. Apakah ini dalam usaha untuk melakukan sesuatu dengan terbaik?
Aku sedih sebuah negara yang mengaku negara Islam, dirombak kabinet dengan alasan yang agak remeh. Caranya menjurus ke arah diktator, guna kuasa autonomi tapi nun bertitik tolak dari hati seorang yang pengecut!
Sebuah negara Islam yang mempamirkan seorang pemimpin yang rakus amatlah memalukan rakyat.
Sedarlah sikit, berapa banyak duit pun tidak cukup dan tidak akan puas. Hidup di dunia tidak lama.
Bumi pun dah tidak sanggup hendak memikul berat dosa manusia, ada saja gempa bumi di sana sini.
Hiduplah kita seadanya. Maaf zahir batin !

Tuesday, July 14, 2015

Kuih-Muih Yang dibuat Menjelang Aidil Fitri 2015

Biskut Intan Terpilih
Resepi Diberi Kak Rohani

1 cawan tepung gandum
2 per 3 cawan tepung jagung
2 sudu tepung kastad
1 cawan majerin planta
1 cawan gula yang telah dikisar/gula halus
1 per 2 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur kuning sahaja
1 paket beberas berwarna

Cara membuatnya:
1.Majerin, gula, telur bersama esen vanila dipukul sehingga sebati menggunakan alat pemutar.
2.Pindahkan ke dalam bekas untuk digaul dengan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastad.
3.Setelah cukup sempurna dalam bentuk doh, gunakan penggelek untuk menggelek doh menjadi leper.
4. Tekap menggunakan acuan berbetuk love, sapukan sedikit telur yang telah dipukul sebelum menabur beberas berwarna-warni seperti di gambar di atas.


Biskut Kelapa
Resepi sama sepeti biskut Intan Terpilih cuma ada ditambahkan kelapa parut,
digantikan beberas berwarni-warni dengan ceri merah.



Biskut Cokelat Rice
Resepi sama juga seperti biskut kelapa di atas kecuali tidak ditambah kelapa parut tetapi dicampurkan 2 sudu serbuk koko dan ditabur cokelat rice. Biskut di atas ada yang diletak beberas berwarna-warni memandangkan cokelat rice sudah habis. Untuk peringatan, sepatutnya biskut ini menggunakan gula merah untuk menampakkan warna asal cokelat, tetapi disebabkan tiada gula merah, digunakan juga gula pasir, sebab itulah biskut itu nampak sedikit kelabu. Walaubagaimanapun rasanya tiada beza, dan memang sedap.
SELAMAT MENCUBA! MAAF ZAHIR BATIN!

Thursday, June 4, 2015

Verikos Vein - TCA 4

Terlupalah pula aku nak mencatitkan mengenai TCA 4 ku yang bertarikh 21 May 2015. Maklumlah walau sudah tidak bekerja aku kadang-kadang banyak terikat dengan wasap. Pertemuan ku dengan doktor kali ini ditetapkan pada pukul 8 pagi. Namaku dipanggil pada pukul 9.30 pagi, kiranya awal dari yang lepas-lepas.
Kali ini seorang doktor lelaki melayu. Dengan keadaan yang  seperti dalam stress, dia menanya keadaan kaki ku dan keputusan ku untuk dibuang urat. Sebelum itu, sementara menunggu di luar tadi, aku ber sms dengan kawan menanya pendapat dia yang juga seorang doktor. Aku pun memberi alasan kepada doktor yang merawatku bahwa aku perlu lebih masa untuk ku buat keputusan. Ini kerana aku baru 3 bulan berhenti kerja dan aku ingin melihat keadaan kaki ku sekiranya aku hanya berada di rumah pada kebanyakan masa dan tidak lagi bekerja.
Doktor itu pun menjelaskan masalah yang kemungkinan timbul sekiranya verikos vein tidak dibuang. Keterangan ini perlu bagiku kerana ia melibatkan kesihatan jangka masa panjang. Aku perlu pertimbangkan pergerakanku seharian dengan keadaan kaki yang tidak boleh berdiri lama, tentu menjejaskan kualiti hidupku. Jika dibiarkan dan bahagian urat terbonjol itu terkena cucuk dengan benda tajam pendarahan yang banyak akan berlaku. Ini sudah tentu melibatkan komplikasi yang lain. Selain dari itu, sekiranya terdapat ulser iaitu kesan calar/keradangan pada urat tersebut, kebangkalian untuk jangkitan kuman dalam darah adalah tinggi.
Alasanku untuk penangguhan operation itu boleh diterima, memandangkan vv bergantung kepada gaya hidup. Namun disebabkan vv ini aku mengalami sejak remaja bermakna faktur dalaman diri bukan hanya gaya hidup, aku rasa aku perlu juga lakukan pembedahan ini akhirnya. Cuma hati ini perlu banyak mendapat petunjuk dari Allah kerana Dialah pemilik hamba yang lemah ini. Tanpa memberi sebarang ubat, doktor menyarankan untukku terus memakai stokin compresion dan menetapkan untuk TCA 5, 6 bulan akan datang.

TCA 5 - 19/11/15.