Thursday, June 4, 2015

Verikos Vein - TCA 4

Terlupalah pula aku nak mencatitkan mengenai TCA 4 ku yang bertarikh 21 May 2015. Maklumlah walau sudah tidak bekerja aku kadang-kadang banyak terikat dengan wasap. Pertemuan ku dengan doktor kali ini ditetapkan pada pukul 8 pagi. Namaku dipanggil pada pukul 9.30 pagi, kiranya awal dari yang lepas-lepas.
Kali ini seorang doktor lelaki melayu. Dengan keadaan yang  seperti dalam stress, dia menanya keadaan kaki ku dan keputusan ku untuk dibuang urat. Sebelum itu, sementara menunggu di luar tadi, aku ber sms dengan kawan menanya pendapat dia yang juga seorang doktor. Aku pun memberi alasan kepada doktor yang merawatku bahwa aku perlu lebih masa untuk ku buat keputusan. Ini kerana aku baru 3 bulan berhenti kerja dan aku ingin melihat keadaan kaki ku sekiranya aku hanya berada di rumah pada kebanyakan masa dan tidak lagi bekerja.
Doktor itu pun menjelaskan masalah yang kemungkinan timbul sekiranya verikos vein tidak dibuang. Keterangan ini perlu bagiku kerana ia melibatkan kesihatan jangka masa panjang. Aku perlu pertimbangkan pergerakanku seharian dengan keadaan kaki yang tidak boleh berdiri lama, tentu menjejaskan kualiti hidupku. Jika dibiarkan dan bahagian urat terbonjol itu terkena cucuk dengan benda tajam pendarahan yang banyak akan berlaku. Ini sudah tentu melibatkan komplikasi yang lain. Selain dari itu, sekiranya terdapat ulser iaitu kesan calar/keradangan pada urat tersebut, kebangkalian untuk jangkitan kuman dalam darah adalah tinggi.
Alasanku untuk penangguhan operation itu boleh diterima, memandangkan vv bergantung kepada gaya hidup. Namun disebabkan vv ini aku mengalami sejak remaja bermakna faktur dalaman diri bukan hanya gaya hidup, aku rasa aku perlu juga lakukan pembedahan ini akhirnya. Cuma hati ini perlu banyak mendapat petunjuk dari Allah kerana Dialah pemilik hamba yang lemah ini. Tanpa memberi sebarang ubat, doktor menyarankan untukku terus memakai stokin compresion dan menetapkan untuk TCA 5, 6 bulan akan datang.

TCA 5 - 19/11/15.

No comments:

Post a Comment