Tuesday, September 22, 2015

Hari Pertama Menjejaki Bumi Jordan

Kami tiba di lapangan terbang Queen Alia, Amman Jordon pada jam 9.45pagi. Walaupun langit kelihatan sangat cerah tetapi di Amman ini keadaan cuacanya seperti di Genting Highland, agak sejuk. Waktu di Malaysia sebenarnya sudah hampir 3 petang. Oleh kerana perjalanan yang memakan masa hampir sehari ini dengan cuaca yang tidak menentu, suamiku sudah begitu letih sehingga dia diserang asma.
Nasib baik jarak antara kami turun dari kapalterbang ke balai ketibaan tidak jauh, jika tidak mungkin terpksa di usung dengan stretcher ke klinik kecemasan. Adik iparku yang sememang sudah menunggu ketibaan kami bersama beberapa orang rakannya, terus membawa suamiku ke klinik berkenaan.
Diberikan satu jab nebuliser barulah kurang sesak nafasnya. Dia memang sudah bawa ubat asma sedut dalam tiub namun tidak mencukupi. Bayaran dikenakan di klinik ini tidaklah mahal iaitu tidak sampai 2 jordan dinar(JD). 1 jordan dinar lebihkurang RM6.00. Kebetulan tidak ada pesakit, Alhamdulillah suamiku menerima rawatan dengan cepat.

Pintu depan klinik di Lapangan Terbang Queen Alia.

Keletihan kami terubat akhirnya, setelah menaiki kereta yang dibawa adik iparku ke rumahnya. Setelah selesai membersihkan badan kami pun disaji dengan makanan tengahari. Memanglah lazat disediakan masakan kambing dan buah-buahan dari mediaterranean seperti pic, fig, zaitun dan anggur.

Buah pic yang menjadi kegemaranku,

Delima dan buah epal  di bawah ini belum masak lagi, bukan rezeki kami.







No comments:

Post a Comment