Kami tiba di Dubai hampir ke pukul 10 malam, waktu Dubai. Dari tempat kami mendarat, kami menaiki bas panjang terus ke Terminal 3. Kami nampak ada beberapa bas yang menunggu sewaktu kami turun dari kapalterbang. Gambar ihsan di bawah menunjukkan bas-bas yang dimaksudkan. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dubai lebih 6 jam. (perbezaan masa 4 jam dengan Malaysia)
Semasa tiba di bahagian Imgresion, kami terserempak dengan pasukan pemain bolasapak UAE. Mereka membawa balik piala yang besar dan terus meletakkan piala yang besar di dalam bakul plastik untuk diperiksa juga di hadapan kami. Kami tahu piala itu diperolehi dengan mengalahkan pasukan Malaysia 10-0. Nasib baik petugas-petugas Imegresion itu semua bukan warga negara UAE atau Dubai, jadi mereka pun macam tidak ambil pot.
Setiba kawasan yang berhampiran dengan B8, dimana tempat kam check-in ke Amman, kami pun mengambil tempat untuk berehat sementara menunggu pukul 5.15 pagi. Oleh kerana banyak masa lagi, kami pun boleh membersihkan diri dan selepas itu mendirikan sembahyang jamak Maghrib dan Isyak. Kami juga diberi kopun oleh Emmirates Airline untuk membeli makanan yang dijual di Terminal 3. Kami memilih Burger King, cukup kenyang. Suami ku dapat melelapkan mata bila perut kenyang. Hari sudah larut malam.
Di surau, aku tertarik dengan kerusi yang disediakan untuk muslimat yang tidak dapat solat berdiri. Mungkin ini satu idea baru, aku tidak pasti tapi yang pasti aku tidak pernah jumpa sebelum ini.
Bila tiba waktu subuh, azan berkumandang dengan begitu merdu sekali di Terminal 3 ini, tidak terasa aku berada di sebuah kawasan lapangan terbang. Kami terus ke surau untuk mendirikan solat subuh. Masuk waktu subuh pada masa itu ialah pukul 4.40pagi,1 jam lagi untuk kami sebelum check-in.
Kami terus ke B8 apabila nombor penerbangan EK901 untuk ke Amman dipanggil. Penumpang-penumpang semua diminta duduk berehat di balai berlepas.
No comments:
Post a Comment