Sejak aku bersara anak bujang aku asyik sibuk mendesak ku untuk pergi ke Ampang. Dia memberi tahuku kononnya dia nak beli jeans di kedai bundle yang terletak di Taman Kosas. Aku kata, alang-alang ke Ampang kita terus ke Lembah Jaya, ziarah sepupuku yang telah lama tidak ku kunjungi. Maklumlah sepupuku ini yang menjadi penjamin untuk anakku melanjutkan pelajaran dan dia pula baru kematian ibu. Aku sudah lama teringat nak berkunjung ke rumahnya. Malangnya panggilan taliponku tidak dijawab. Mungkin dia tidak mahu diganggu, fikirku. Tidak mengapa, ada masa aku akan menjenguknya juga nanti.
Tiba-tiba aku teringat semasa aku ke pejabat pos baru-baru ini, aku perasan ada sebuah kedai bundle yang aku rasa baru dibuka sarat dengan jeans dan pakaian winter. Tergantung dengan tanda RM5 dan RM 10. Aku lantas mengajak dia untuk cuba menjengah ke kedai tersebut setelah dia mendesak untuk ke Ampang. Waktu sudah hampir 6 petang, walaupun hari mendung, aku pergi ke kedai di Batu Caves itu yang berhampiran Masjid Amaniah. Tiba di kedai itu anak aku menjadi gembira kerana apa yang dia hajati memang terdapat di kedai itu. Dia membeli seluar jeans, slack dan baju winter. Maklumlah sekurang-kurangnya dia dapat berjimat wang sewaktu dia di Jepun nanti. Dia gembira kerana saiz 32 yang sesuai untuknya banyak didapati di kedai itu.
Alhamdulillah aku bersyukur kerana apa yang diharapkannya telah tercapai. Dia membeli 6 helai semuanya. Sebenarnya kedai ini adalah salah satu cawangan kedai bundle yang berada di Ampang itu. Pakaian-pakaiannya adalah dibawa masuk dari Korea, Jepun, USA dan Kanada. Jeans dan slack adalah yang paling banyak pilihan diikuti oleh pakaian winter.
Bila hari semakin senja, semakin ramai pengunjung kedai itu, terutama bagi yang baru pulang dari kerja dan mereka-mereka dari golongan muda,
Sunday, March 8, 2015
Friday, February 6, 2015
Berakhirnya Sebuah Kehidupan Sebagai Seorang Pekerja.
Dari tajuk di atas sudah dapat menjangka yang tajuk coretanku kali ini. Hari Buruh pada tahun ini tidak ada kena mengena lagi denganku secara lansung. Cukuplah sudah bagiku menjadi pekerja walaupun pada peringkat Eksekutif. Hakikatnya aku pun pernah merangkap Pengurus tetapi tidak pada nama sahaja. Lagipun bagiku ianya tidak bermakna jika setakat di sebuah syarikat yang tidak mempunyai suasana pengurusan yang baik.
Aku mula melangkah masuk ke alam pekerjaan sejak 1988 sehingga 2015.Bukan jangkamasa yang pendek iaitu menghampiri 3 dekad. Sebagai seorang isteri dan bekerja di sektor swasta iaitu sektor perkilangan bukan mudah untuk bertahan. Patutlah Doktor Pakar yang membedah tulang kakiku menyarankan supaya aku berhenti kerja. Cumanya dia seorang doktor yang tidak suka bercakap banyak jadi aku tidak dapat penjelasan sepenuhnya darinya.
Secara tidak lansung sebab musabab aku berhenti ini juga dari suasana kilang yang tidak harmoni. Jika tidak aku boleh meneruskan lagi sehingga 55 tahun barulah genap 3 dekad aku di alam pekerjaan. Namun itu Allah yang menentukan, mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Kondisi kesihatan badan harus diutamakan, kerana ia adalah anugerah Allah yang aku tidak boleh ambil mudah.
Satu faktur lagi ialah penghijrahan beberapa rakan seperjuangan ke tempat lain. Keadaan bosan sudah tidak dapat ku bendung lagi walaupun aku telah cuba mengatasinya lebih 6 bulan. Aku memulakan episod baru dengan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa dengan menjaga suami yang sentiasa memerlukan seorang isteri yang dapat menjaga suasana rumahnya dengan sesempurna yang bolih.
Kadang-kadang dalam hidup ini kita perlu lebih banyak bermuhasabah diri. Setiap satu perkara yang berlaku itu ada sebab dan akibatnya.
Kunci utama kehidupan ini adalah tujuan dan matlamat utama kehidupan, barulah disusuli dengan matlamat sampingan seperti menjana lebih banyak kekayaan dan menolong orang lain dalam kesusahan.

Thursday, January 22, 2015
Hakikat Sebuah Kehidupan
Bukan niat untuk mengeluh tetapi sekadar meluahkan rasa luka di hati. Mungkin atas kesilapan diri ini yang naif dan lantang dalam mempamerkan perasaan hati. Memang selama ini ku amati tingkah laku mu sementahan lagi luahan rasa hati ibu tempoh hari membuatkan aku terpaksa coretkan di sini. Aku cuba membela dirimu dengan memberitahu ibu yang engkau tidak begitu cepat untuk menyediakan tempat tidur ibu lantaran anak-anakmu perlu diutamakan keselesaan. Beberapa keadaan lain yang aku rasa tidak perlu disebutkan.
Namun sikap yang engkau tunjukkan sejak kebelakangan ini membuat aku sudah sedar yang aku perlu berterus-terang sebelum engkau menyesal di kemudian hari.
Saturday, January 3, 2015
Melancung Ke Sarawak - 2 Jan Hingga 5 Jan 2015
Setelah seminggu berlalu musibah yang menimpa keatas kapalterbang AirAsia dari Surabaya ke Singapura QZ 8501, tidak sampai 50% dari bilangan penumpangnya dapat ditemui. Aku juga bersimpati dengan nasib yang menimpa penumpang kapalterbang semenjak dua menjak ini. Tambahan lagi ia melibatkan penerbangan dari negaraku ini. Walaubagaimanapun aku berpegang kepada prinsip Allah tidak akan menguji seseorang atau sesuatu kaum itu jika ia tidak layak menghadapinya kerana Allah Maha Mengetahui.
Diwaktu keadaan ekonomi yang muram, kami ke Sarawak menaiki Business Class. Bak kata pepatah disebalik musibah ada terselit rahmatNya. Betapa layanan yang istimewa yang kami perolehi dari sebelum menaiki pesawat sehinggalah tiba ke destinasi. Memanglah berbaloi kalau ada lebih wang naik Business Class ni.
Kami tiba di Hotel Grand Mangherita kira-kira jam 4 petang. Oleh kerana kami sudah makan di Business lounge semasa di KLIA dan berbagai jenis makanan pula dihidangkan di dalam pesawat, perutku sudah tidak dapat menerima makanan lagi sehinggalah ke pukul 9 malam. Pada malam itu kami bertiga menyusuri laluan di Water Front dan makan Nasi Goreng Sahora Sarawak, memang lain dari yang lain. Orang Sarawak memang mempunyai jati diri yang kuat, seperti mana orang Kelantan. Ini pandangan peribadiku.
Hari berikutnya, iaitu pada 3 Jan 2015, sepupu suamiku, Zura datang menjemput kami ke rumahnya di Matang Jaya, Petrajaya. Kami sungguh terharu kerana dia menyediakan lauk-pauk iaitu udang besar, pepahat(ambal), sayur seperti pucuk miden dan pemanis mulut(buah pear + asam) yang begitu istimewa .

Tuesday, December 30, 2014
TCA 7 - Orthopedik - Hallux Valgus
Hari itu 29 Dec 2014, Isnin adalah hari temujanji untuk ke Klinik Pakar Ortho, TCA 7. Melihatkan angka 7, sudah dapat tahu berapa kali aku telah berulang ke klinik Ortho sejak selepas pembedahan. Aku tidak kisah asal apa yang aku ingin dapat telah berhasil dan aku sangat bersyukur kepada Allah kerana usaha untukku berubat sudah berjaya. Sekurang-kurangnya aku tidak mengabaikan anggota kaki yang dikurnia Allah begitu sahaja dan aku dapat berjalan dengan sempurnanya (tidak rasa sakit).
Kali ini aku terpaksa menunggu giliranku sehingga menghampiri jam 4 ptg. Aku redha begitu keadaannya kalau ke mana-mana hospital kerajaan di Malaysia ini. Ramai juga di kalangan pesakit adalah warga asing.
Apa yang ku rasa semasa aku menunggu X-Ray tadi , sudah ternyata bila mana petugas yang memberi nombor kepadaku memberitahu yang Mr Azam sudah tidak ada di hospital ini. Aku pasrah dan dengan bilangan pesakit yang masih menuggu begitu ramai aku bersama anak terus ke kantin untuk makan tengahari iaitu sekitar jam 11.30pagi, Selepas makan tenghari, kami kembali ke Klinik dan terjumpa jiranku yang kebetulan baru habis temu janji. Kami berbual panjang maklumlah masing-masing punya pengalaman menjalani pembedahan dan pernah duduk di wad yang sama. Mujur kami sempat bersolat zohor kalau tidak terpaksa tanggung dosa tinggal sembahyang walaupun ada kemudahan tempat sembahyang.
Selepas sembahyang zohor, kami menunggu kira-kira setengah jam no giliranku dipanggil. Dr Hafiz seorang MO menunggu kami di dalam bilik berseorangan. beliau pun menjelaskan yang Mr Azam ke Jerman untuk melanjutkan pelajaran selama 3 tahun. Dari X-ray yang telah ku dapat, keadaan tulang kakiku sudah pulih sepenuhnya, kelihatan 3 skru masih melekat di dalam tulang. Patutlah aku tidak rasa sakit-sakit seperti dulu bila di tekan di bahagian berkenaan.
Bolehkah Doktor keluarkan surat discas sekarang? Aku bertanya Dr Hafiz dengan niat untuk tidak perlu datang ke Klinik Ortho lagi, lagipun menurut Dr Hafiz tiada pakar lain yang mahir dalam bidang Foot and Ankle seperti Mr Azam. Dia memberi alasan yang kaki kanan yang ada Hallux valguz perlu dipantau untuk satu jangkamasa lagi. Dia juga menyarankan untuk membuat pembedahan verikos vein dulu. Aku akan pertimbangkan hal itu kemudian . Aku pun memberitahunya sebenarnya kaki kananku tidak dibedah pun tidak memudaratkan kehidupan harianku. Ianya tidak seperti kaki kiri ku yang sampai aku tidak dapat berpijak dan perlu menjalani beberapa beberapa sesi fisioterapi. Selepas itu pun aku terpaksa berjalan dengan mengheret kaki kiriku ini untuk mengelak rasa sakit. Alhamdulillah itu semua telah berlalu.
Walaubagaimanapun sebagai seorang Insan yang lemah aku tidak berpeluang memohon maaf kepada Mr Azam di atas segala rasa sakit hatinya selama berurusan denganku disebabkan diri ini yang selalu menanyakan soalan-soalan yang agak sensitif untuk dia jawab dan kadang-kadang untuk orang lain mesti akan marah padaku tetapi beliau pandai menukar cara jawapannya dan inilah kemahiran berkomunikasi yang perlu ada pada doktor-doktor lain. TCA 8 - 26 Ogos 2015, jam 8 pagi.

Sunday, December 14, 2014
TCA 3-Verikos Vein
TCA 3 pada 20 Nov 2014 lalu, sungguh mengejutkan aku. Kali ini ku berjumpa MO perempuan berbangsa Cina. Tanpa aku banyak bercerita , beliau menyarankan untukku melakukan pembedahan untuk mengeluarkan verikos ven ku ini. Aku bingung bila di jawab tiada cara lain yang sesuai melainkan pembedahan. Dari 3 orang doktor bahagian surgeri ini , masing-masing memberi pendapat yang pelbagai. Aku terpaksa merujuk semula ke doktor Google ku untuk membuat keputusanku sendiri. Maklumlah setiap pembedahan elektif yang akan dilakukan perlu difikirkan semasak-masaknya. Bukan sahaja persediaan fizikal, mental lebih-lebih lagi demi untuk memberi kekuatan dalam diri ini. Oleh kerana aku memberitahu yang dengan memakai compression stocking ini meredakan sakit yang aku rasa, MO berkenaan menetapkan pula untuk TCA 4 ku pada 21 Mei 2015.
Aku pun beredar keluar dari klinik sambil memikirkan apakah kesudahan dengan aku semua cara berubat adalah melalui pembedahan. Yang aku bimbang juga ialah mengenai ubat bius yang perlu digunakan agak kerap walaupun tidak banyak. Aku perlu beristikharah untuk membuat keputusan-keputusan ini.

Tunggu pula TCA 7 pada 29 Dec 2014 untuk susulan Orthopedik, samada cantuman tulang-tulang metatarsal telah pulih sepenuhnya.

Saturday, November 8, 2014
Verikos Vein - TCA 2
Sudah lebih sebulan aku tidak menulis di blog ini. Maklumlah beberapa hal yang di luar jangkaan telah berlaku. Aku pulang ke Penang pun 2 minggu berturut-turut dalam bulan Oktober. Aku perlu coretkan di sini maklumat dari Ultra sound dan TCA 2 ku. Kali ini aku bersendirian juga pergi ke klinik Pakar bhg surgeri. Ku dihantar suami dan pulang menaiki teksi. Aku sudah biasa dengan masa menunggu yang lama, apa lagi bahgian surgeri lagi ramai pesakitnya. Waktu ku penuhi dengan mambaca wasap yang belum sempat ku baca sepenuhnya memandangkan kandngan info yang sangat panjang.
Aku pun menuju ke bilik dimana nombor ku dipanggil. Ku lihat itu rupanya bilik prosedur dan aku diarah duduk di atas katil untuk doktor melihat keadaan kakiku. Menurut lapuran ultrasound yang ku buat 2 minggu sebelum itu tidak terdapat blood clot di verikos vein. Memandangkan urat timbul ku ini agak besar, doktor India berkenaan agak bimbang dan memanggil rakan sekerjanya yang berada di bilik hadapan untuk dilihat. Doktor lelaki Cina itu melihat dengan mengeluarkan perkataan agak besar juga, dia pun menyarankan untuk dibuang urat tersebut. Sebelum itu aku memberitahu doktor yang compression stocking yang kubeli ku pakai pada masa tidur berdasarkan apa yang ditulis pada kotaknya. Rupa-rupanya aku harus pakai semasa siang iaitu masa aku sedang aktif barulah berkesan. Lagipun aku baru beli stocking tu baru 2 minggu sebelum itu, cuma aku tidak beritahu doktor.
Doktor India itu menerangkan kepada ku pihak hospital hanya boleh keluarkan vein tersebut melalui pembedahan. Ada satu lagi cara ialah dengan dengan memasukkan ubat secara suntikan terus pada vein tersebut tetapi harga ubat tersebut tersangat mahal, hanya terdapat di hospital swasta. Aku menjadi buntu untuk buat keputusan. Memandangkan keadaan demikian aku diberi masa lagi 1 bulan lagi iaitu TCA 3 untuk buat keputusan.
TCA 3 - 20 Nov 2014

Subscribe to:
Posts (Atom)