Dari tajuk di atas sudah dapat menjangka yang tajuk coretanku kali ini. Hari Buruh pada tahun ini tidak ada kena mengena lagi denganku secara lansung. Cukuplah sudah bagiku menjadi pekerja walaupun pada peringkat Eksekutif. Hakikatnya aku pun pernah merangkap Pengurus tetapi tidak pada nama sahaja. Lagipun bagiku ianya tidak bermakna jika setakat di sebuah syarikat yang tidak mempunyai suasana pengurusan yang baik.
Aku mula melangkah masuk ke alam pekerjaan sejak 1988 sehingga 2015.Bukan jangkamasa yang pendek iaitu menghampiri 3 dekad. Sebagai seorang isteri dan bekerja di sektor swasta iaitu sektor perkilangan bukan mudah untuk bertahan. Patutlah Doktor Pakar yang membedah tulang kakiku menyarankan supaya aku berhenti kerja. Cumanya dia seorang doktor yang tidak suka bercakap banyak jadi aku tidak dapat penjelasan sepenuhnya darinya.
Secara tidak lansung sebab musabab aku berhenti ini juga dari suasana kilang yang tidak harmoni. Jika tidak aku boleh meneruskan lagi sehingga 55 tahun barulah genap 3 dekad aku di alam pekerjaan. Namun itu Allah yang menentukan, mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Kondisi kesihatan badan harus diutamakan, kerana ia adalah anugerah Allah yang aku tidak boleh ambil mudah.
Satu faktur lagi ialah penghijrahan beberapa rakan seperjuangan ke tempat lain. Keadaan bosan sudah tidak dapat ku bendung lagi walaupun aku telah cuba mengatasinya lebih 6 bulan. Aku memulakan episod baru dengan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa dengan menjaga suami yang sentiasa memerlukan seorang isteri yang dapat menjaga suasana rumahnya dengan sesempurna yang bolih.
Kadang-kadang dalam hidup ini kita perlu lebih banyak bermuhasabah diri. Setiap satu perkara yang berlaku itu ada sebab dan akibatnya.
Kunci utama kehidupan ini adalah tujuan dan matlamat utama kehidupan, barulah disusuli dengan matlamat sampingan seperti menjana lebih banyak kekayaan dan menolong orang lain dalam kesusahan.
No comments:
Post a Comment