Sunday, March 8, 2015

Family Group Bundle Batu Caves

Sejak aku bersara anak bujang aku asyik sibuk mendesak ku untuk pergi ke Ampang. Dia memberi tahuku kononnya dia nak beli jeans di kedai bundle yang terletak di Taman Kosas. Aku kata, alang-alang ke Ampang kita terus ke Lembah Jaya, ziarah sepupuku yang telah lama tidak ku kunjungi. Maklumlah sepupuku ini yang menjadi penjamin untuk anakku melanjutkan pelajaran dan dia pula baru kematian ibu. Aku sudah lama teringat nak berkunjung ke rumahnya. Malangnya panggilan taliponku tidak dijawab. Mungkin dia tidak mahu diganggu, fikirku. Tidak mengapa, ada masa aku akan menjenguknya juga nanti.
Tiba-tiba aku teringat semasa aku ke pejabat pos baru-baru ini, aku perasan ada sebuah kedai bundle yang aku rasa baru dibuka sarat dengan jeans dan pakaian winter. Tergantung dengan tanda RM5 dan RM 10. Aku lantas mengajak dia untuk cuba menjengah ke kedai tersebut setelah dia mendesak untuk ke Ampang. Waktu sudah hampir 6 petang, walaupun hari mendung, aku pergi ke kedai di Batu Caves itu yang berhampiran Masjid Amaniah. Tiba di kedai itu anak aku menjadi gembira kerana apa yang dia hajati memang terdapat di kedai itu. Dia membeli seluar jeans, slack dan baju winter. Maklumlah sekurang-kurangnya dia dapat berjimat wang sewaktu dia di Jepun nanti. Dia gembira kerana  saiz 32 yang sesuai untuknya banyak didapati di kedai itu.
Alhamdulillah aku bersyukur kerana apa yang diharapkannya telah tercapai. Dia membeli 6 helai semuanya. Sebenarnya kedai ini adalah salah satu cawangan kedai bundle yang berada di Ampang itu. Pakaian-pakaiannya adalah dibawa masuk dari Korea, Jepun, USA dan Kanada. Jeans dan slack adalah yang paling banyak pilihan diikuti oleh pakaian winter.
Bila hari semakin senja, semakin ramai pengunjung kedai itu, terutama bagi yang baru pulang dari kerja dan mereka-mereka dari golongan muda,

No comments:

Post a Comment