Saturday, March 28, 2015

Minggu Pertama Hidup Anakku di Perantauan - Negara Matahari Terbit

Seperti yang diberitahu sebelum ini, dia mengikuti kursus induksi sebaik tibanya di Tokyo. Di sana dia bersama rakan-rakan sekumpulannya dibawa melawat sekitar bandar Tokyo. Ini adalah untuk membiasakan mereka mengenali lebih dekat lagi ibu negara Jepun itu(Nihon).
Setelah hampir seminggu berada di Tokyo, anakku bersama 2 orang lagi rakannya menaiki pesawat anak syarikat ANA(Japan Airline) menuju ke Pulau Kyushu. Perjalanan menggunakan kapalterbang ini hanya memakan masa sekitar 2 jam sahaja. Namun begitu tambangnya tidaklah murah jika dibanding dengan masa perjalanan iaitu 40000 yen (lebihkurang RM1200).
Menurutnya boleh juga naik keretapi laju, shinkansen (bullet train) tetapi agak memakan masa kerana banyak kali berhenti dan semestnyai masa perjalanan menjadi terlalu lama.
Walaubagaimanapun aku amat bersyukur kerana mereka selamat sampai di lapangan terbang Pulau Kyushu, di sambut oleh sepasang suami isteri rakyat Malaysia. Pasangan memandu kereta membawa anakku dan 2 orang rakannya menuju ke Kumamoto. Begitulah kelebihan belajar dan berada di luar negara, saling bantu membantu di antara rakyat Malaysia sudah menjadi lumrah. Kebetulan pasangan ini adalah Pensyarah UTHO yang sedang mengambil Ijazah Doktor Falsafah.
Buat masa ini anakku dan rakannya menetap sementara di bilik tetamu di Kumamoto Islamic Centre.
Menurutnya makanan yang dijual di kantin universiti tidak mahal dan adalah halal walaupun orang Jepun yang menjualnya. Dia memberitahu yang orang-orang Jepun di sini kebanyakannya beragama Islam. Pengaruh Islam di sini dibawa masuk oleh pelajar-pelajar Indonesia yang mana mereka juga yang mewujudkan Kumamoto Islamic Cntre.
Walaupun aku pada luaran tidak menunjukkan reaksi kesedihan, maklumlah anak tunggal dan inilah kali pertama dia berada jauh di luar negara, tetapi dengan adanya alat telekomunikasi yang canggih sekarang ini aku pastikan dia menghubungiku sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Tambahan pula di Islamic Cnter itu ada kemudahan WIFI percuma, senanglah dia menggunakan Line.
Jarak waktu di Kumamoto hanya berbeza 1 jam lebih awal dari Malaysia, jadi tidaklah bnyak masalah untuk berkomunikasi siap boleh nampak wajah dan bibirnya yang kemerah-merahan akibat keadaan cuaca yang begitu sejuk. Suhu berada di bawah 10C.
Zaim melahirakan rasa gembira semasa berhubung denganku menggunakan Line semalam. Ini kerana katanya suasana di Kumamoto ini amat nyaman, di kelilingi tanaman sayuran dan rumah-rumah yang agak berjarak jika dibandingkan dengan Tokyo. Dia teringat kepada suasana di BKE iaitu dalam perjalanan ke rumah Mak Tok dan Mak Ngahnya di Penang.

No comments:

Post a Comment