Sunday, December 14, 2014

TCA 3-Verikos Vein

TCA 3 pada 20 Nov 2014 lalu, sungguh mengejutkan aku. Kali ini ku berjumpa MO perempuan berbangsa Cina. Tanpa aku banyak bercerita , beliau menyarankan untukku melakukan pembedahan untuk mengeluarkan verikos ven ku ini. Aku bingung bila di jawab tiada cara lain yang sesuai melainkan pembedahan. Dari 3 orang doktor bahagian surgeri ini , masing-masing memberi pendapat yang pelbagai. Aku terpaksa merujuk semula ke doktor Google ku untuk membuat keputusanku sendiri. Maklumlah setiap pembedahan elektif yang akan dilakukan perlu difikirkan semasak-masaknya. Bukan sahaja persediaan fizikal, mental lebih-lebih lagi demi untuk memberi kekuatan dalam diri ini. Oleh kerana aku memberitahu yang dengan memakai compression stocking ini meredakan sakit yang aku rasa, MO berkenaan menetapkan pula untuk TCA 4 ku pada 21 Mei 2015.
Aku pun beredar keluar dari klinik sambil memikirkan apakah kesudahan dengan aku semua cara berubat adalah melalui pembedahan. Yang aku bimbang juga ialah mengenai ubat bius yang perlu digunakan agak kerap walaupun tidak banyak. Aku perlu beristikharah untuk membuat keputusan-keputusan ini.



Tunggu pula TCA 7 pada 29 Dec 2014 untuk susulan Orthopedik, samada cantuman tulang-tulang metatarsal telah pulih sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment