Saturday, January 3, 2015

Melancung Ke Sarawak - 2 Jan Hingga 5 Jan 2015

Setelah seminggu berlalu musibah yang menimpa keatas kapalterbang AirAsia  dari Surabaya ke Singapura QZ 8501, tidak sampai 50% dari bilangan penumpangnya dapat ditemui. Aku juga bersimpati dengan nasib yang menimpa penumpang kapalterbang semenjak dua menjak ini. Tambahan lagi ia melibatkan penerbangan dari negaraku ini. Walaubagaimanapun aku berpegang kepada prinsip Allah tidak akan menguji seseorang atau sesuatu kaum itu jika ia tidak layak menghadapinya kerana Allah Maha Mengetahui.
Diwaktu keadaan ekonomi yang muram, kami ke Sarawak menaiki Business Class. Bak kata pepatah disebalik musibah ada terselit rahmatNya. Betapa layanan yang istimewa yang kami perolehi dari sebelum menaiki pesawat sehinggalah tiba ke destinasi. Memanglah berbaloi kalau ada lebih wang naik Business Class ni.
Kami tiba di Hotel Grand Mangherita kira-kira jam 4 petang. Oleh kerana kami sudah makan di Business lounge semasa di KLIA dan berbagai jenis makanan pula dihidangkan di dalam pesawat, perutku sudah tidak dapat menerima  makanan lagi sehinggalah ke pukul 9 malam. Pada malam itu kami bertiga menyusuri laluan di Water Front dan makan Nasi Goreng Sahora Sarawak, memang lain dari yang lain. Orang Sarawak memang mempunyai jati diri yang kuat, seperti mana orang Kelantan. Ini pandangan peribadiku.
Hari berikutnya, iaitu pada 3 Jan 2015, sepupu suamiku, Zura datang menjemput kami ke rumahnya di Matang Jaya, Petrajaya. Kami sungguh terharu kerana dia menyediakan lauk-pauk iaitu udang besar, pepahat(ambal), sayur seperti pucuk miden dan pemanis mulut(buah pear + asam) yang begitu istimewa .

No comments:

Post a Comment