Saturday, May 31, 2014

40 Hadith Nawawi - Hadith ke 3

On the authority of Abdullah, the son of Umar ibn al-Khattab (may Allah be pleased with him), who said:
‘I heard the Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) say, “Islam has been built on five [pillars]: testifying that there is no deity worthy of worship except Allah and that Muhammad is the Messenger of Allah, establishing the salah (prayer), paying the zakat (obligatory charity), making the hajj (pilgrimage) to the House, and fasting in Ramadhan.”’ [Al-Bukhari] [Muslim]
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ: " بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ".
[رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ]
، [وَمُسْلِمٌ].
Reference : 40 Hadith Nawawi 3
English translation : Hadith 3
Dari Abdullah bin Umar r.a - dijelaskan mengenai rukun Islam yang lima yang memang sebagai orang beragama Islam sepatut sudah maklum.

Sunday, May 25, 2014

Soldier of Allah

Wahai sekelian manusia yang beriman! Dunia yang fana ini tidak lain hanyalah untuk tempat kita diuji. Kita tidak akan terlepas dari tribulasi kehidupan di dunia ini. Dalam masa yang sama kita disibukkan dengan tidak henti-henti mencari duit dan kemewahan. Amatlah rugi jika sekiranya kita tidak sematkan di hati kita bahawa semuanya untuk kehidupan dunia sahaja. Kita tidak akan pernah puas dengan apa yang di anugerahkan Allah kepada kita. Akhirnya kita pulang ke pangkuan Allah tidak membawa apa-apa. Sesungguhnya apa yang ada pada kita sudah ditetapkan Allah kita hanya setakat berusaha sedikit untuk mendapatkannya.
Oleh itu jika apa yang kita miliki Allah mengambil kembali, hendaklah kita mengucapkan, "Inalillahi wainna ilaihi rajiuun". Ucapan ini perlu segera disebut - sebaik-baiknya dalam 6 saat setelah menerima berita itu. Ini untuk mengelakkan diri kita ini dihasut oleh syaitan yang sentiasa menanti peluang untuk menggoyahkan aqidah kita.
Para Fuqahaq pernah menyebut bahawa, kita perlu hanya mempamerkan sifat kehambaan kepada Allah dan hendaklah kita mempunyai sifat khalifah kepada makhluk lain terutamanya manusia. Maksud di sini kita perlu bebas dari mempunyai sifat memikirkan apa yang orang lain tanggap kepada kita. Sifat seorang khalifah adalah sifat seorang pemimpin yang tidak akan tunduk atau ikut apa yang orang lain buat, terutama perkara-perkara yang tidak menambahkan nilai dalam kualiti kehidupan kita.
Secara benarnya kita merupakan panji-panji Allah (Soldier of Allah). Secara kita tidak sedar Allah pula akan meletakkan perasaan takut dalam hati pada orang-orang yang benci kepada Islam. Ini kerana Allah hanya akan menolong hamba-hambanya yang ikhlas ingin menolong agamanya. Jika kita tidak menolong agama Islam siapa lagi, jangan mengharap hanya pada orang-orang yang ditribulasi secara lansung seperti rakan-rakan kita di Syria. Orang-orang yang Allah beri kesenangan dalam hidupnya dan membela pula agamanya tentulah lebih besar imbuhan. Kemewahan dalam hidup juga merupakan tribulasi yang lebih hebat kerana kebanyakan manusia mudah lalai dan alpa. Marilah berjuang bersama membela agama Allah dalam apa jua cara yang kita ada. Satu-satunya agama yang Allah redhai di dunia ini. Allahu Akbar!

Friday, May 9, 2014

Seminggu Kerja Penuh Rahmah

Dah lama aku tidak bercoret di blog ini. Maklumlah sibuk dengan kerja di makmal yang tidak berkesudahan.
Alhamdulillah kesihatan diriku tidak banyak terganggu, aku seronok dengan kerjaku buat masa ini.Bulan April lansung tidak berkesempatan untuk mengambil cuti. Nanti tidak sempat nak dihabiskan pula bila sampai hujung tahun, hilang begitu sahaja. Bagaimanapun kita berlebih tidak apa, duit gaji diharap berkat. Allah mengetahui segalanya. Mungkin itu juga pendorong yang menyebabkan aku bertahan di syarikat ini. Pihak pengurusan pula sudah tidak banyak mengganggu apa yang kami buat.
Ada satu perkara yang selama ini ku kehilangan iaitu suasana kedamaian tanpa perlu dengar ngomelan bos junior.  Dia bercuti selama seminggu ke Taiwan, berbulan madu dengan suaminya. Aman rasanya suasana kerja. Tiada masalah bancuhan dari pekerja pihak pengeluaran pula. Tekanan pekerjaan tidaklah terasa dan tumpuan kepada perkara yang memerlukan dokumentasi dapat ditingkatkan. Aku pula terasa sudah berminat menceburi bahagian lakaran pembuatan kotak dan penglabelan - penyediaan artwork.
Bidang pembungkusan ini memang banyak kegunaan jika diketahui secara mendalam. Terutama cara penghasilan kotak yang sememangnya banyak diguna untuk apa jua barang. Berkenaan dengan sistem yang sedang di dalam proses untuk mendapat pengikitirafan iaitu ISO13485 : 2003. Syarikat tempat aku kerja perlu mengadakan latihan kepada semua kakitangan di dalam kilang dan juga menjalani proses audit.
Bagiku hidup di dunia ini mesti melalui fasa. Setiap fasa yang dilalui penuh dengan hikmah. Hanya yang dapat menilai dapat merasai nikmatnya. Apa jua kerja yang kita lakukan bukan semata-mata untuk mencari atau menjana wang. Apalah guna wang yang banyak dapat dijana akhirnya hilang begitu sahaja. Kita bekerja niat untuk beribadah kerana Allah mudah-mudahan juga mendapat imbuhan di akhirat, tambahan pula untuk diriku yang dikeliling oleh mereka-mereka yang belum kembali(revert). Semuga suatu hari nanti mereka mendapat hidayah juga dan aku perlu istiqamah dengan perlakuanku yang aku percaya tidak terlepas dari menjadi perhatian mereka. Ameen!

Friday, April 4, 2014

TCA ke 6....Ada Lagi

TCA ke 5 sudah tiba. Kebetulan tarikh tersebut adalah waktu dimana anakku masih bercuti semesta. Setelah berjanji denganku untuk menemaniku ke temujanji tersebut, dia pun bersiap bangun awal pagi.Walauppun temujnji tersebut jam 11.00 pagi, kami bersarapan pagi di kantin hospital. Sebaik tiba di kawasan hospital aku terasa yang orang tidak berapa ramai seperti selalunya. Kebetulan minggu percutian sekolah, mungkin itu adalah salah satu fakturnya. Seperti biasa aku dan anakku pergi ke kaunter untuk berdaftar dan membuat bayaran temujanji dan seperti arahan di dalam kad terus ke bilik X-Ray.
Semasa mendaftar untuk mendapat nombor untuk berjumpa doktor, jururawat bertugas bercakap sendiri mengatakan yang Mr Azam tiada lagi sambil memerhati kadku yang tertera nama Mr Azam. Aku memberitahu anakku apa yang aku dengar tadi. Anakku menjadi tidak puas hati sebab hasratnya untuk bertemu dengannya sebelum ini tidak tercapai.
Setelah nombor giliranku dipanggil, akupun diberitahu MO bertugas yang Mr Azam bercuti 3 minggu kerana menghantar isterinya sambung belajar ke luar negara. MO itu pun membuat pemantauan pada kakiku mengikut apa yang diarahkan seperti tercatit dalam komputer. Sebenarnya perasaan ku terusik kerana yang pertama - hasrat anakku tidak kesampaian untuk bertemu muka dengannya tidak tercapai dan kedua walaupun jururawat tadi hanya bercakap sendiri tetapi dalam fikiranku memikirkan yang Mr Azam sudah tidak bekerja di hospital itu lagi sedangkan sebelum ini ada soalan ku ajukan kepadanya adakah dia ingin meninggalkan hospital ini dalam masa terdekat tetapi dia mengelak dari menjawabnya.
MO tadi telah menjawab soalan yang terbuku di fikiranku. Aku menjadi lega sedikit, apalah aku ini kenapa begitu mementingkan diri sendiri, fikir dalam hatiku. Orang pun perlu kehidupan dia sendiri. Semasa MO menanyakan untuk TCA berikutnya dan dia mencadangkan bulan Mei, aku cepat-cepat mengelak dengan alasan rakan sekerja telah lama memohon cuti pada hari-hari tersebut. Kebetulan hari-hari pada bulan Mei ada beberapa hari cuti kelepasan am dan minggu cuti sekolah, aku tidak mahu pisang berbuah 2 kali.
Kalau boleh aku ingin anakku menemaniku juga kali ini, aku rasa pada bulan Jun juga dia akan bercuti semula dan aku mencadangkan pada bulan Jun. Kebetulan tarikh yang masih ada pada bulan Jun hanya 30hb iaitu jatuh pada bulan puasa. Alhamdulillah! bulan barakah dan aku dapat beramal ibadat disamping bercuti pada hari tersebut.
Mudah-mudahan pada waktu itu juga, keadaan kakiku telah pulih sepenuhnya, seperti mana juga yang diharapkan suamiku. Ameen!

Thursday, March 20, 2014

MH 370 - Ya Allah hanya Engkau Yang Mengetahui nasibnya.

Lagu ini adalah bertepatan dengan masa dimana saat negaraku kehilangan sebuah pesawat jumbo777 bersama dengan anak kapal dan penumpang yang seramai 239 orang. Sejak 8 Mac tragedi berlaku sehingga kini masih tidak diketahui nasib pesawat dan kesemua orang yang berada di dalamnya. Adakah apa yang aku saksikan bersama beberapa orang di dalam mimpiku semasa aku cuti sakit pembedahanku beberapa bulan yang lalu adalah satu kenyataan? Ya Allah, di dalam mimpi itu aku berasa sangat takut kerana Engkau mempamerkan detik-detik dimana sebuah pesawat yang sangat besar menjunam ke suatu kawasan lapang dan gelap. Yang aku nampak warna putih kapalterbang yang besar itu menyembah ke bumi dari perspektif sisi badan kapalterbang tersebut. Kami menjerit bersama-sama mengatakan kapalterbang jatuh. Di sebabkan ketakutanku aku terjaga dari tidurku dan memberitahu suamiku yang pada waktu itu sudah bangun awal untuk ke tempat kerjanya. Peristiwa misteri kehilangan MH 370, 2 minggu lalu mengimbas kembali mimpiku itu walaupun berbagai andaian lain yang diberikan pihak berkuasa sebelum ini. Kini aku rasa mimpi yang aku alami itu adalah lebih kepada Allah memberi gambaran kepadaku peristiwa ngeri itu. Aku sedih kerana Allah memilih pesawat milik negaraku jika dibanding dengan pesawat negara-negara lain yang lebih kaya. Tambahan pula MAS jugalah adalah majikan suamiku. Namun Engkau Ya Allah yang menentukan segalanya. Aku redha. Subhanallah!

Friday, March 7, 2014

Difference of House and Home

Inside a Home, there are peace, patience, harmony and
other feelings that make us feel like always to be at home.
Its a place for us to rest and relax regardless of the size.
Inside a House, normally there are chairs, bed, table and other facilities.
A house can be a hell if people inside like to quarrel due to misunderstanding.
Most of the time feeling sad and frustrated with ownself.


IF I WERE TO BUY ONLY ONE, I WILL PREFER A HOME RATHER THAN A HOUSE.
A HOME WILL LEAD US TO JANNAH!

Saturday, March 1, 2014

Catatan - Musharathah

Saidina Ali bin Abi Talib RA - Ilmu yang bermanafaat jika tidak dicatat adalah ibarat binatang liar yang dilepaskan iaitu tidak dikurung, lama-kelamaan ia akan membinasakan diri kita. Kepentingan catitan ini adalah sebagai rujukan terutama ketika kesibukan dengan mehnah dunia ini.
Surah Al Qalam Ayat 1 - Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan. Surat cinta dari Allah - Al Quran -Dengan usaha catatan yang telah dikumpulkan oleh para sahabat Nabi haruslah menjadi satu kemestian untuk dibaca juga untuk membantu dan membimbing kita dalam kehidupan ini. Pembacaan Al Quran ini perlu dilakukan dengan 'tartil' seperti yang disebut di dalam Surah Al-Muzammil Ayat 4: Atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah al Quran itu dengan tartil. (Tartil - bacaan yang jelas dan terang serta betul menurut ilmu tajwid.
Ya Allah! Selagi usiaku masih kau lanjutkan, aku memohon kurniaan taman syurga dariMu. Maksud taman-taman syurga di sini ialah satu kelompok orang-orang yang berfikir. Berfikir hanya ke arah jalanMu yang lurus bukanlah jalan-jalan yang lara iaitu yang hanya mementingkan keduniaan semata-mata.
Aku memohon kepadaMu Ya Allah engkau akhirilah hidupku dengan husnul khatimah bukannya dengan suul khatimah. Hanya rahmatMu yang kuharapkan di dalam kehidupanku. Rahmat inilah juga yang memberi ketenangan dalam jiwa dan kesihatan dalam jasad. Amin Ya RabbalAlameen!
Sejak 2 minggu kebelakangan ini, aku dan suami sibuk memenuhi undangan walimatu urus rakan-rakan suami dan saudaraku di sekitar Lembah Klang ini. Ia itu pada kedua-dua hari Sabtu dan Ahad. Memnuhi undangan ini satu kewajipan untuk dipenuhi jika tidak ada hal yang menghalang.
Sesungguhnya hari-hari berlalu begitu pantas dua minggu bagai 2 hari, 2 jam bagai 2 saat dan semakin dekatlah matlamat kehidupan kita sebenarnya!