Wahai sekelian manusia yang beriman! Dunia yang fana ini tidak lain hanyalah untuk tempat kita diuji. Kita tidak akan terlepas dari tribulasi kehidupan di dunia ini. Dalam masa yang sama kita disibukkan dengan tidak henti-henti mencari duit dan kemewahan. Amatlah rugi jika sekiranya kita tidak sematkan di hati kita bahawa semuanya untuk kehidupan dunia sahaja. Kita tidak akan pernah puas dengan apa yang di anugerahkan Allah kepada kita. Akhirnya kita pulang ke pangkuan Allah tidak membawa apa-apa. Sesungguhnya apa yang ada pada kita sudah ditetapkan Allah kita hanya setakat berusaha sedikit untuk mendapatkannya.
Oleh itu jika apa yang kita miliki Allah mengambil kembali, hendaklah kita mengucapkan, "Inalillahi wainna ilaihi rajiuun". Ucapan ini perlu segera disebut - sebaik-baiknya dalam 6 saat setelah menerima berita itu. Ini untuk mengelakkan diri kita ini dihasut oleh syaitan yang sentiasa menanti peluang untuk menggoyahkan aqidah kita.
Para Fuqahaq pernah menyebut bahawa, kita perlu hanya mempamerkan sifat kehambaan kepada Allah dan hendaklah kita mempunyai sifat khalifah kepada makhluk lain terutamanya manusia. Maksud di sini kita perlu bebas dari mempunyai sifat memikirkan apa yang orang lain tanggap kepada kita. Sifat seorang khalifah adalah sifat seorang pemimpin yang tidak akan tunduk atau ikut apa yang orang lain buat, terutama perkara-perkara yang tidak menambahkan nilai dalam kualiti kehidupan kita.
Secara benarnya kita merupakan panji-panji Allah (Soldier of Allah). Secara kita tidak sedar Allah pula akan meletakkan perasaan takut dalam hati pada orang-orang yang benci kepada Islam. Ini kerana Allah hanya akan menolong hamba-hambanya yang ikhlas ingin menolong agamanya. Jika kita tidak menolong agama Islam siapa lagi, jangan mengharap hanya pada orang-orang yang ditribulasi secara lansung seperti rakan-rakan kita di Syria. Orang-orang yang Allah beri kesenangan dalam hidupnya dan membela pula agamanya tentulah lebih besar imbuhan. Kemewahan dalam hidup juga merupakan tribulasi yang lebih hebat kerana kebanyakan manusia mudah lalai dan alpa. Marilah berjuang bersama membela agama Allah dalam apa jua cara yang kita ada. Satu-satunya agama yang Allah redhai di dunia ini. Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment