Dah lama aku tidak bercoret di blog ini. Maklumlah sibuk dengan kerja di makmal yang tidak berkesudahan.
Alhamdulillah kesihatan diriku tidak banyak terganggu, aku seronok dengan kerjaku buat masa ini.Bulan April lansung tidak berkesempatan untuk mengambil cuti. Nanti tidak sempat nak dihabiskan pula bila sampai hujung tahun, hilang begitu sahaja. Bagaimanapun kita berlebih tidak apa, duit gaji diharap berkat. Allah mengetahui segalanya. Mungkin itu juga pendorong yang menyebabkan aku bertahan di syarikat ini. Pihak pengurusan pula sudah tidak banyak mengganggu apa yang kami buat.
Ada satu perkara yang selama ini ku kehilangan iaitu suasana kedamaian tanpa perlu dengar ngomelan bos junior. Dia bercuti selama seminggu ke Taiwan, berbulan madu dengan suaminya. Aman rasanya suasana kerja. Tiada masalah bancuhan dari pekerja pihak pengeluaran pula. Tekanan pekerjaan tidaklah terasa dan tumpuan kepada perkara yang memerlukan dokumentasi dapat ditingkatkan. Aku pula terasa sudah berminat menceburi bahagian lakaran pembuatan kotak dan penglabelan - penyediaan artwork.
Bidang pembungkusan ini memang banyak kegunaan jika diketahui secara mendalam. Terutama cara penghasilan kotak yang sememangnya banyak diguna untuk apa jua barang. Berkenaan dengan sistem yang sedang di dalam proses untuk mendapat pengikitirafan iaitu ISO13485 : 2003. Syarikat tempat aku kerja perlu mengadakan latihan kepada semua kakitangan di dalam kilang dan juga menjalani proses audit.
Bagiku hidup di dunia ini mesti melalui fasa. Setiap fasa yang dilalui penuh dengan hikmah. Hanya yang dapat menilai dapat merasai nikmatnya. Apa jua kerja yang kita lakukan bukan semata-mata untuk mencari atau menjana wang. Apalah guna wang yang banyak dapat dijana akhirnya hilang begitu sahaja. Kita bekerja niat untuk beribadah kerana Allah mudah-mudahan juga mendapat imbuhan di akhirat, tambahan pula untuk diriku yang dikeliling oleh mereka-mereka yang belum kembali(revert). Semuga suatu hari nanti mereka mendapat hidayah juga dan aku perlu istiqamah dengan perlakuanku yang aku percaya tidak terlepas dari menjadi perhatian mereka. Ameen!
No comments:
Post a Comment