Saturday, March 1, 2014

Catatan - Musharathah

Saidina Ali bin Abi Talib RA - Ilmu yang bermanafaat jika tidak dicatat adalah ibarat binatang liar yang dilepaskan iaitu tidak dikurung, lama-kelamaan ia akan membinasakan diri kita. Kepentingan catitan ini adalah sebagai rujukan terutama ketika kesibukan dengan mehnah dunia ini.
Surah Al Qalam Ayat 1 - Nun. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan. Surat cinta dari Allah - Al Quran -Dengan usaha catatan yang telah dikumpulkan oleh para sahabat Nabi haruslah menjadi satu kemestian untuk dibaca juga untuk membantu dan membimbing kita dalam kehidupan ini. Pembacaan Al Quran ini perlu dilakukan dengan 'tartil' seperti yang disebut di dalam Surah Al-Muzammil Ayat 4: Atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah al Quran itu dengan tartil. (Tartil - bacaan yang jelas dan terang serta betul menurut ilmu tajwid.
Ya Allah! Selagi usiaku masih kau lanjutkan, aku memohon kurniaan taman syurga dariMu. Maksud taman-taman syurga di sini ialah satu kelompok orang-orang yang berfikir. Berfikir hanya ke arah jalanMu yang lurus bukanlah jalan-jalan yang lara iaitu yang hanya mementingkan keduniaan semata-mata.
Aku memohon kepadaMu Ya Allah engkau akhirilah hidupku dengan husnul khatimah bukannya dengan suul khatimah. Hanya rahmatMu yang kuharapkan di dalam kehidupanku. Rahmat inilah juga yang memberi ketenangan dalam jiwa dan kesihatan dalam jasad. Amin Ya RabbalAlameen!
Sejak 2 minggu kebelakangan ini, aku dan suami sibuk memenuhi undangan walimatu urus rakan-rakan suami dan saudaraku di sekitar Lembah Klang ini. Ia itu pada kedua-dua hari Sabtu dan Ahad. Memnuhi undangan ini satu kewajipan untuk dipenuhi jika tidak ada hal yang menghalang.
Sesungguhnya hari-hari berlalu begitu pantas dua minggu bagai 2 hari, 2 jam bagai 2 saat dan semakin dekatlah matlamat kehidupan kita sebenarnya!

No comments:

Post a Comment