Thursday, March 20, 2014
MH 370 - Ya Allah hanya Engkau Yang Mengetahui nasibnya.
Lagu ini adalah bertepatan dengan masa dimana saat negaraku kehilangan sebuah pesawat jumbo777 bersama dengan anak kapal dan penumpang yang seramai 239 orang. Sejak 8 Mac tragedi berlaku sehingga kini masih tidak diketahui nasib pesawat dan kesemua orang yang berada di dalamnya. Adakah apa yang aku saksikan bersama beberapa orang di dalam mimpiku semasa aku cuti sakit pembedahanku beberapa bulan yang lalu adalah satu kenyataan? Ya Allah, di dalam mimpi itu aku berasa sangat takut kerana Engkau mempamerkan detik-detik dimana sebuah pesawat yang sangat besar menjunam ke suatu kawasan lapang dan gelap. Yang aku nampak warna putih kapalterbang yang besar itu menyembah ke bumi dari perspektif sisi badan kapalterbang tersebut. Kami menjerit bersama-sama mengatakan kapalterbang jatuh. Di sebabkan ketakutanku aku terjaga dari tidurku dan memberitahu suamiku yang pada waktu itu sudah bangun awal untuk ke tempat kerjanya. Peristiwa misteri kehilangan MH 370, 2 minggu lalu mengimbas kembali mimpiku itu walaupun berbagai andaian lain yang diberikan pihak berkuasa sebelum ini. Kini aku rasa mimpi yang aku alami itu adalah lebih kepada Allah memberi gambaran kepadaku peristiwa ngeri itu. Aku sedih kerana Allah memilih pesawat milik negaraku jika dibanding dengan pesawat negara-negara lain yang lebih kaya. Tambahan pula MAS jugalah adalah majikan suamiku. Namun Engkau Ya Allah yang menentukan segalanya. Aku redha. Subhanallah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment