Sebagai perbandingan, Al-Quran ada menyatakan bahawa 1 hari di akhirat adalah sama dengan 1000 tahun di dunia. Ini bermakna jika usia kita 63 tahun, maka itu sama dengan 1 1/2 jam sahaja hidup di akhirat. Sangat singkatnya. Surah Yunus:10:45-Dan ingatlah masa Tuhan himpunkan mereka pada hari kiamat kelak dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar sesaat sahaja daripada siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang yang mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk.
Oleh itu adalah sangat kritikal tidak kira berapa usia kita untuk menentukan bahagia atau celakanya hidup kita di akhirat.
Alangkah dungunya manusia yang mensia-siakan umurnya!
Sangat aneh melihat masa yang berlalu terlalu laju tetapi lebih aneh lagi melihat manusia yang melalaikannya.
No comments:
Post a Comment