Friday, October 8, 2010

Orang Bijak Panjang Umur

Orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati akan terus membuat persiapan bukan sahaja untuk hidup sebelum mati bahkan untuk hidup setelah mati. Merekalah orang yang prihatin dengan penggunaan masa dan sentiasa memanafaatkan ruang untuk melaksanakn kebaikan dengan sebaik-baiknya.

Masih dapat hidup adalah nikmat yang liuar biasa, tapi kebanyakan manusia tidak mensyukurinya. Itu lah sebabnya kita disunatkan berzikir yang mana ada antara zikir itu kita meminta keampunan kepada Allah kerana kezaliman diri kita sendiri samada sedar atau tidak kita tidak bersyukur ke atas nikmat hidup, asyik merungut akan kekurangan harta dan melihat keaiban orang lain.

Ketenangan dan kebahagian hidup di dunia adalah manifestasi kepada kehidupan seseorang Muslim di akhirat. Bagaimana mungkin seseorang yang hidupnya di dunia yang penuh dengan sengketa dan menghasad dengki boleh mendapat nikmat Allah di akhirat. Benarlah apa yang dicatitkan di blognya oleh Allahyarham Asri Vokalis Rabbani bahawa jadikanlah hidup di dunia sebagai syurga yang mana tidak ada perasaan buruk terhadap orang lain, segalanya di pandang indah belaka.

No comments:

Post a Comment