Baru-baru ini timbul isu 9 jahanam iaitu seorang ibu tua(84 thn) telah dihantar ke rumah orang tua disebabkan kesemua anaknya yang 9 org itu tidak mahu menjaganya. Alasan mereka ibu mereka kuat makan, WallahuAlam! Duit pencin yg ibu itu dapat pun disapu abg mereka yg sulung. Ada sebab-sebab yang kebanyakan anaknya tidak dapat menjaganya. Kalau ibu tu sudah 84 thn, anak-anaknya pun dah tentu dalam umur pertengahan 50 ke 70 thn. Bagaimana anak tu nak jaga mereka sendiri pun sudah warga emas.. Ada yang terpaksa jaga cucu pula.
Friday, October 22, 2010
Tidak Susah Nak Buat Amal....
Sejak kebelakangan ni banyak sangat masalah tekanan perasaan yang dilalui oleh warga emas dan juga ibubapa yang sudah melewati 50 tahun. Rata-rata meluahkan rasa kecil hati pada anak-anak. Tidak dinafikan anak-anak telah didiidik dgn sifat kasar sejak dari kecil alih-alih bila dah dewasa terbawa-bawalah sikap kasar mereka itu. Bak kata pepatah meluntur buluh biar dari rebung. Yang siibu pula kalau dah kurang amalan agama di waktu-waktu lewat senja ini akan mudah terkecil hati sedangkan memang tabiat/sikap anaknya memang macam tu. Tidak adillah kalau anaknya disalahkan 100%. Semuanya atas ketentuan Allah nak menghukum seseorang itu. Tidak semestinya anaknya berlaku kasar anak itu dikatakan anak derhaka mana tahu tanpa disedari siibu itupun telah melakukan sesuatu yang tidak baik kepada emaknya sendiri. Jadilah dalam hal ini semuanya anak -anak derhaka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment