1.Hubungan dengan Allah Maha Pencipta - Menunaikan sembahyang fardu 5 kali sehari.
Jjika kita hendak Allah bercakap dengan kita, banyaklah membaca Al-Quran. Sebaliknya jika kita hendak bercakap dengan Allah, hendaklah kita menunaikan sembahyang.
2.Hubungan dengan Nabi Muhammad s.a.w - Hendaklah mengamalkan sebanyak-sebanyaknya Sunnah Nabi. Sedaya upaya kita ikutlah sunnah Nabi. Namun rata-rata umat Islam tidak begitu ambil tahu apakah sunnah Nabi yang selain dari berkahwin, sedangkan Imam Nawawi seorang ulamak tersohor pun tidak kahwin sehingga ajalnya pada usia 45 tahun.
3. Hubungan sesama manusia - baik tutur kata semasa berbicara. Lebih baik kita berdiam jika tidak sefahaman dengan apa yang dibicarakan. Itu yang lebih baik untuk mengelakkan pertengkaran kerana pertengkaran akan mencambahkan lagi bisikan syaitan pada kita. Beristigfarlah sahaja dalam hati.
4.Hubungan dengan ibu bapa - berbuat bakti kepada kedua-duanya muga hidup kita diberkati.
No comments:
Post a Comment