Saturday, October 30, 2010

Perkara-Perkara Yang Perlu Dalam Hidup

Kita hidup di dunia yang fana ini perlu akan perkara-perkara berikut:

1.Hubungan dengan Allah Maha Pencipta - Menunaikan sembahyang fardu 5 kali sehari.
Jjika kita hendak Allah bercakap dengan kita, banyaklah membaca Al-Quran. Sebaliknya jika kita hendak bercakap dengan Allah, hendaklah kita menunaikan sembahyang.

2.Hubungan dengan Nabi Muhammad s.a.w - Hendaklah mengamalkan sebanyak-sebanyaknya Sunnah Nabi. Sedaya upaya kita ikutlah sunnah Nabi. Namun rata-rata umat Islam tidak begitu ambil tahu apakah sunnah Nabi yang selain dari berkahwin, sedangkan Imam Nawawi seorang ulamak tersohor pun tidak kahwin sehingga ajalnya pada usia 45 tahun.

3. Hubungan sesama manusia - baik tutur kata semasa berbicara. Lebih baik kita berdiam jika tidak sefahaman dengan apa yang dibicarakan. Itu yang lebih baik untuk mengelakkan pertengkaran kerana pertengkaran akan mencambahkan lagi bisikan syaitan pada kita. Beristigfarlah sahaja dalam hati.

4.Hubungan dengan ibu bapa - berbuat bakti kepada kedua-duanya muga hidup kita diberkati.

Friday, October 22, 2010

Tidak Susah Nak Buat Amal....

Sejak kebelakangan ni banyak sangat masalah tekanan perasaan yang dilalui oleh warga emas dan juga ibubapa yang sudah melewati 50 tahun. Rata-rata meluahkan rasa kecil hati pada anak-anak. Tidak dinafikan anak-anak telah didiidik dgn sifat kasar sejak dari kecil alih-alih bila dah dewasa terbawa-bawalah sikap kasar mereka itu. Bak kata pepatah meluntur buluh biar dari rebung. Yang siibu pula kalau dah kurang amalan agama di waktu-waktu lewat senja ini akan mudah terkecil hati sedangkan memang tabiat/sikap anaknya memang macam tu. Tidak adillah kalau anaknya disalahkan 100%. Semuanya atas ketentuan Allah nak menghukum seseorang itu. Tidak semestinya anaknya berlaku kasar anak itu dikatakan anak derhaka mana tahu tanpa disedari siibu itupun telah melakukan sesuatu yang tidak baik kepada emaknya sendiri. Jadilah dalam hal ini semuanya anak -anak derhaka.
Baru-baru ini timbul isu 9 jahanam iaitu seorang ibu tua(84 thn) telah dihantar ke rumah orang tua disebabkan kesemua anaknya yang 9 org itu tidak mahu menjaganya. Alasan mereka ibu mereka kuat makan, WallahuAlam! Duit pencin yg ibu itu dapat pun disapu abg mereka yg sulung. Ada sebab-sebab yang kebanyakan anaknya tidak dapat menjaganya. Kalau ibu tu sudah 84 thn, anak-anaknya pun dah tentu dalam umur pertengahan 50 ke 70 thn. Bagaimana anak tu nak jaga mereka sendiri pun sudah warga emas.. Ada yang terpaksa jaga cucu pula.

Jalan Ke Syurga memang Mudah Tapi.......

Jalan Mujahadah

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Carilah hatimu sewaktu membawa Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah tika kau mengerjakan solat. Jika tidak kau temui carilah ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga berdoalah pada Allah pinta hati yang baru.

Manusia terjerumus ke lembah dosa dan maksiat secara berperingkat:
Peringkat 1 - Rasa bersalah dengan dosaa
Peringkat 2 - Rasa biasa dengan dosa
Peringkat 3 - Rasa seronok dengan dosa
Peringkat 4 - Jadi pembela kepada dosa ----> Lembah Dosa- Nauuzubillahimin zaliq!

Friday, October 15, 2010

A sick Woman

Featured Artist Image Not feeling well, poor mother even you tell you are not well you have to bear tantrum thrown from grandma. Hopefully mother, your blood pressure not so high up. That's enough 140/110. You still needed by your son who still studying and need your guidance.

Saturday, October 9, 2010

Umpama duduk di Dewan Peperiksaan

Sebagai perbandingan, Al-Quran ada menyatakan bahawa 1 hari di akhirat adalah sama dengan 1000 tahun di dunia. Ini bermakna jika usia kita 63 tahun, maka itu sama dengan 1 1/2 jam sahaja hidup di akhirat. Sangat singkatnya. Surah Yunus:10:45-Dan ingatlah masa Tuhan himpunkan mereka pada hari kiamat kelak dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar sesaat sahaja daripada siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang yang mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk.
Oleh itu adalah sangat kritikal tidak kira berapa usia kita untuk menentukan bahagia atau celakanya hidup kita di akhirat.
Alangkah dungunya manusia yang mensia-siakan umurnya!
Sangat aneh melihat masa yang berlalu terlalu laju tetapi lebih aneh lagi melihat manusia yang melalaikannya.

Friday, October 8, 2010

Orang Bijak Panjang Umur

Orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati akan terus membuat persiapan bukan sahaja untuk hidup sebelum mati bahkan untuk hidup setelah mati. Merekalah orang yang prihatin dengan penggunaan masa dan sentiasa memanafaatkan ruang untuk melaksanakn kebaikan dengan sebaik-baiknya.

Masih dapat hidup adalah nikmat yang liuar biasa, tapi kebanyakan manusia tidak mensyukurinya. Itu lah sebabnya kita disunatkan berzikir yang mana ada antara zikir itu kita meminta keampunan kepada Allah kerana kezaliman diri kita sendiri samada sedar atau tidak kita tidak bersyukur ke atas nikmat hidup, asyik merungut akan kekurangan harta dan melihat keaiban orang lain.

Ketenangan dan kebahagian hidup di dunia adalah manifestasi kepada kehidupan seseorang Muslim di akhirat. Bagaimana mungkin seseorang yang hidupnya di dunia yang penuh dengan sengketa dan menghasad dengki boleh mendapat nikmat Allah di akhirat. Benarlah apa yang dicatitkan di blognya oleh Allahyarham Asri Vokalis Rabbani bahawa jadikanlah hidup di dunia sebagai syurga yang mana tidak ada perasaan buruk terhadap orang lain, segalanya di pandang indah belaka.

Umur itu Modal