Semalam 2hb Jan 2010 adalah hari yang perlu mendapat perhatian. Pertama ianya adalah hari Kelahiran ibu yang ke 65 tahun.Ibu yang berada di Pulau Pinang, tidak dapat dihubungi, mungkin terlalu sibuk untuk menyiapkan pesanan jahitan cenderahati ibu saudara.Waktu yang dihubungipun sudah hampir tengahari. Ibu memerlukan adik untuk melengkapkan cenderahati itu kerana menggunakan mesin jahit berlainan. Ke rumah adiklah agaknya. SMS sahaja yang dapat dihantar.Itupun tidak berbalas.
Kedua, ianya adalah hari dimana anak saya mendaftar diri ke Asrama. Hampir terlupa yang pendaftarannya perlu dibuat di Dewan Sekolahnya. Memerlukan masa yang panjanglah jawabnya. Sedangkan nasi untuk makan tengahari sudah disediakan tidak saya makan.Bapanya pula langsung tidak mengetahui yang pendaftaraan anaknya ialah pada 2hb Jan. Itupun kebetulan bapanya menalipon untuk beritahu yang dia balik lewat sedikit, tidak disangka dia yang saya berada di Dewan Sekolah.
Saya bersyukur walaupun kesibukan bapa, anak tidak terabai terutama dalam pelajarannya. Anak saya berjaya meraih 9A di dalam PMRnya. Semuga dia dapat meneruskan pelajaran ke SBP dan di dalam bidang yang diingininya.Amin!
tahniah zaim..you deserve to achive this success..
ReplyDelete