Tuesday, January 19, 2010

Tawaran Ke SBPI Gombak


Syukur saya ke atas kurniaan Ilahi kerana telah perkenankan permintaan anak untuk ke SBP. Walaupun tidak berjaya ke KISAS beliau berjaya menadapat tawaran SBP untuk belajar sains tulen dan agama. Sekurang-kurang ilmu bahasa Arab yang di pelajari masa Tingkatan 3 dapat ditingkatkan. Nawaitu adalah penting. Prospek masa depan itu Tuhan yang tentukan. Memandangkan beliau adalah satu-satunya anak saya, harapan semuga dia dapat mendapat mendalami ilmu akhirat lebih dari ilmu-ilmu lain itu adalah begitu besar sekali.Amin!

1 comment:

  1. tahniah zaim..dah makin dekat dgn UIA tu....suruh dia belajar rajin insyaalah akan tercapai apa yg dia cita2kan....

    ReplyDelete