Wednesday, January 13, 2010

Aktiviti Luar Semasa di kampus

Seingat saya semasa manjalani kursus Kepimpinan itu, banyak benda yang tidak sesuai dengan jiwa ini. Maklumlah kebanyakan peserta-pesertanya bergaul perempuan lelaki tidak mengikut syariat Islam.Antara Exco yang terlibat di dalam Kursus tu sekarang adalah Ketua Pengarah MACC yang baru, Datuk Abu Kassim..
Lagu yang sering dinyanyikan masa kursus itu antara liriknya adalah seperti berikut:
Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, akibat sengketa sesama lah kita, bumi dipijak milik orang. Indahnya bumi kita ini warisan berkurun lamanya, hasil mengalir ke tangan yang lain, pribumi merintih sendiri. Kita sudah tiada masa....dah lupa dah sampai sini.
Selama tujuh hari berkursus, disuruh saya menangis saya pun tak terasa nak nangis. Kena hentam pun buat tidak tahu. Agaknya pihak penyelaras kata sesia pergi kursus tidak ada perubahan lansung. Saya lebih suka pergi usrah yang dianjurkan oleh pihak PPIUSM.Hati pun rasa tenang, lebih sesuai dengan jiwa. Biasanya usrah ini dalam kumpulan kecil dan kami mengupas maksud surah-surah Al-Quran. Senior yang memimpin usrah tu berketerampilan dan sekarang mengajar di MRSM

2 comments:

  1. Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Airmata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa sesama kita
    Cita lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Pribumi merintih sendiri

    Masa depan sungguh kelam
    Kan lenyap peristiwa semalam
    Tertutup hati terkunci mati
    Maruah peribadi dah hilang

    Kini kita cuma tinggal kuasa
    Yang akan menentukan bangsa
    Bersatulah hati bersama berbakti
    Pulih kembali harga diri

    Kita sudah tiada masa
    Majulah dengan gagah perkasa
    Janganlah terlalai teruskan usaha
    Melayu kan gagah di Nusantara

    ReplyDelete
  2. http://zahiriladzim.blogspot.com/2008/07/anak-kecil-main-api.html

    ReplyDelete