Saturday, December 19, 2009

Kehidupan Di kampus USM

Tidak banyaklah kenangan manis yang dapat saya ceritakan semasa hidup di kampus. Pada tahun pertama, saya tinggal sebilik dengan pelajar tahun satu dari kursus sastera. Gadis comel itu berbangsa Cina, Mek kelatela katakan, sangat lembut orangnya. Selalu juga dia kena buli dengan saya. Saya ni tak tahan sangat dengan orang yang lembut sangat. Saya mnyertai konvensyen siswa selama 3 hari di Guar perahu,atas ajakan rakan sekampus.Di sana kami bermalam di rumah salah seorang penduduk.Banyak juga kenangan manis semasa berlansungnya konvensyen tu. Saya teringat dalam satu sesi dialog, saya bingkas bangun menanyakan soalan yang saya rasa agak mengejutkan pihak penyelaras rancangan.
Selepas itu saya dijemput menyertai kursus kepimpinan anjuran BTN di Kuala Lumpur selama 1 minggu. Sebenarnya saya pun samar-samar apakah tujuannya.Saya pergi ke Kuala Lumpur bersama seorang rakan kerana saya tidak pasti tempat yang hendak dituju. Rakan saya pun dijemput oleh Pakchiknya yang kebetulan bekerja dengan keluarga Najib Tun Razak, kalau tak salah pemandu kereta mereka.Kami punpergilah ke rumah keluarga Najib di Jalan Eaton. Rupa-rupanya tempat kursus kami pun tidak jauh dari situ.

No comments:

Post a Comment