Wednesday, January 29, 2014

Hidup Perlu Berjuang

Sekembalinya ku semula ke alam pekerjaan, banyak mehnah yang ku lalui. Walaupun aku mula bekerja pada 25 bulan November, mehnah ujian ini ku rasa amat menguji keteguhan hatiku. Syukurku kepada Ilahi rakan-rakan sekerja banyak memberi sokongan. Pihak pengurusan syarikatku bekerja selepas mengambil pandangan FMM, memberitahu yang aku tidak layak diberi gaji untuk bulan ke dua mcku. Aku begitu terkilan dengan keputusan mereka. Sikap mereka yang tidak professional itu membuatkan aku berasa begitu sedih. Yang menjadikan aku bersemangat untuk mendapatkan hak aku semula iaitu sebulan gaji berbanding hanya 1 minggu ialah gesaan dan saranan rakan sekerja terutamanya Superiorku. Dia sepatutnya rasa susah semasa ketiadaanku kerana terpaksa membuat kerja-kerjaku, dia pula yang berusaha membelaku dengan memberi alasan-alasan yang sememangnya berperikemanusiaan. Dia juga berusaha mendapatkan bantuan adiknya yang memang bekerja di bahagian pentadbiran dan sumber manusia. Adiknya menyuruh aku menalipon pejabat buruh berdekatan. Biasalah pandangan kebanyakan pekerja akan berasa yang pegawai pejabat buruh akan menyebelahi pihak pengurusan seperti mana yang aku rasa. Sangkaanku meleset sekali, sebaik mendengar keteranganku pegawai berkenaan menggesa aku mendapatkan surat doktor yang mengatakan aku masih hospitalised dan bukan sebab mc biasa sahaja. Sekiranya pihak pengurusan masih tidak menerima surat doktor itu aku segera datang ke pejabat buruh berdekatan dan failkan lapuran untuk mereka bawa ke mahkamah.
Atas ketentuan Allah juga, hari selepas itu aku ada TCA dengan Pakar dan beliau dengan penuh rela hati mengarahkan HO menaip surat berkenaan dengan cop Pakar. Oleh kerana mereka mencabarku dengan menyatakan mereka beri 2 hari untuk aku membuat bantahan, aku rasa aku perlu sahut cabaran. Dengan izin Allah jualah aku pun tidak melengah lagi menulis email kepada mereka berdua yang aku rasa kepada lebih nak mengujiku. Bunyi suratku memang agak terancam mereka dibuatnya. Mereka juga silap tidak perasan aku agak yang aku ini masih layak di bawah akta jabatan buruh. Kalau mahkamah industri itu aku rasa prosiding mahkamahnya agak memakan masa. Walaupun aku berjaya mendapat hak cuti sakit 2 bulan tetapi cuti tahunku yang berbaki 6 hari dipotong. Aku pun redha dalam hatiku aku mengharapkan Allah balaslah kebaikan pada diriku sekiranya mereka nak menganiyaiku selagi aku masih bekerja di syarikat ini kerana Engkaulah Allah yang Maha Mengetahui.
Sehari sebelum cuti raya Tahun Baru Cina, aku diarah oleh Pengurus atasanku untuk menulis surat aduan kepada Jabatan Kastam meluahkan berkenaan beberapa panggilan talipon yang tidak berjawab. Atas alasan ini jabatan kastam dikatakan tidak efektif dalam mengendalikan tugas mereka.Surat itu perlu ditulis atas nama aku. Barangan yang sudah 6 bulan tersadai di pelabuhan, jabatan kastam pula dikatakan tidak efektif. Aku pun disaran cuba talipon pihak kastam dan dengan 2 kali dial sahaja, pegawai yang harus aku hubungi yang menjawab talian tersebut. Aku pun diberitahu oleh pegawai berkenaan akan permasaalahan yang terbabit.
Sungguh mengecewakan Pengurus tersebut bila aku menceritakan segalanya, lantas dia pun menarik balik arahan untukku menulis surat itu. Beliau kononnya akan mendapatkan pertolongan Datuk dalam hal ini.
Allah sahajalah dalam hatiku, bagiku kalau ya pun nak mengkambing hitam aku biarlah secara professional.
Inilah mehnah kehidupan, bukan setakat kerja yang sepatutnya aku buat tidak dapat ku siapkan, sakit kepala hingga hari berikutnya belum hilang.

Friday, January 10, 2014

Ahlan Was Sahlan Ya 2014

Sudah 10 hari 2014 berlalu, aku baru nak ber azam tetapi tidak mengapa asal aku ada azam dan aku sematkan di blog ini azamku. Sekurang-kurangnya menjadi catatan seumur hidupku. Selama ini aku tidak mencatit di mana-mana. Azamku pun tidak kepada diriku. Yang aku ingat sebelum ini aku hendak bercucuk tanam pokok cili di belakang rumah. Memang berjaya dan dapat makan hasilnya sehingga terasa jemu asyik makan cili hijau.
InsyaAllah! Azam aku ialah hendak mengurangkan berat badanku sebanyak 10% daripada beratku sekarang .Pantauan pertama ialah pada akhir bulan Mac- TCA ke 5. Menurut infomasi yang aku baca pengurangan berat badan sebanyak 10% dapat mengurangkan paras kolestral kita yang sememangnya tinggi.Walaupun aku rasa agak sukar namun aku percaya jika caranya betul semuanya tidak mustahil. 
Syukur kehadrat Ilahi di atas kesihatan yang memuaskan yang selama ini aku kecapi. Seharusnya aku panjatkan rasa syukur ini dengan menjaga kesihatanku dengan sebaik mungkin. Kau telah memudahkan perjalanan pembedahan pada kakiku ini, begitu juga yang diberitahu pakar, mereka sekadar berusaha . Aku begitu mengkagumi sikap para doktor-doktor ini yang aku rasa belum pasti aku boleh temui sebaik mereka jika aku menerima rawatan di hospital swasta. Kaulah juga Ya Allah yang menentukan segalanya.
Walaubagaimanapun tidak banyak bahan yang dapat aku coretkan untuk permulaan 2014 ini, maklumlah kerjaya yang mengekang masaku disamping aku harus merealisasikan azamku aku harus banyak bersenam. Hem...nampaknya aku perlu 5Skan  suasana di dalam rumahku ini, sudah jadi semacam gudang simpanan barangan terbuang. Cik siTi pun sudah berani masuk melalui lubang air buangan mesin basuhku. Walaupun begitu banyak sang kucing berkeliaran di luar rumahku, cik siTi itu langsung tidak takut. Itu yang menjadi kehairananku apa jenis tikus ini.
Mungkin aku sudah berehat hampir 3 bulan inilah yang aku harus lakukan untuk turunkan berat badanku. Yang penting aku akan pastikan rumahku bersih dari bahan yang tidak perlu tidak peduli samada ianya penting di masa akan datang. Keutamaan adalah pada kesihatan. Kalau cik siTi sudah ada ... tahinya aduh sudah pasti kencingnya...lagi bahaya kencingnya. Tidak boleh pandang remeh ni!

Saturday, December 28, 2013

Foto-Foto Menggambarkan Keadaan Kaki Yang Terlepas Pandang


 Menjaga kesihatan kaki adalah salah satu sunnah Rasulullah saw - Elakkan dari keadaan kaki seperti di atas disamping kita mengamalkan sunnah Nabi, ganjarannya pahala di sisi Allah swt. Wallahualam!

Friday, December 27, 2013

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Syukur..ALhamdulillah! Lega rasanya. Setelah menjalani X-Ray bagi TCA ke4. Giliranku bernombor 6007 itu pun dipanggil. Aku berjalan perlahan-lahan menggunakan satu tongkat ditinggalkan suami jauh di hadapan. Bilik 64 seperti tertera di skrin di depan klinik,kelihatan Mr Azam sedang duduk di kerusi berkata-kata sesuatu dengan HOnya. Melihatkan kehadiran kami, beliau bingkas bangun dan menjemput kami duduk. Hati rasa sedikit berdebar maklumlah selama ini aku bertahan dan berpantang tidak dapat bergerak sendiri, hari itu keputusannya dari X-Ray yang menentukan keadaan tahap cantuman tulangku.
Setelah didapati cantuman tulang memuaskan dan kedudukan skrew utuh, Mr Azam menyuruh aku menanggalkan kasut Vacopade. Kemudian dia menekan dengan kuat jarinya pada bahagian tulang yang dipotong. Aku terasa sakit sedikit, ini menandakan cantuman tulang belum cukup baik. Dia mencadangkan untuk keluarkan slip supaya aku diberi kerja ringan sahaja, aku enggan bersetuju .Mungkin usia dan pemakanan aku juga menyumbang kepada faktur ini. Beliau lalu mengarahkan aku berjalan tanpa berkasut di atas simen. Dengan penuh yakin aku berjalan berkaki ayam ke kiri dan ke kanan menggambarkan tiada masalah pada kaki ku . Lagipun dua hari sebelum ini aku sudah buang tongkat dan berjalan dengan berslipar sahaja di rumah ke hulu ke hilir, jadi tidaklah rasa takut lagi.
Dia pun nampak lega sambil menceritakan mengenai seorang pesakit muda(17 tahun) datang berjumpanya untuk dibedah kerana tidak tahan sakit tetapi dia menolak kerana usianya yang terlalu muda. Katanya pertumbuhan tulangnya belum cukup matang memungkinkan bonionnya akan terjadi semula.
Selepas itu beliau memberitahu pula pesakit yang sedang menanti untuk menerima rawatamn darinya selepas aku ini juga menjalani prosedur yang agak sama seperti aku tetapi keadaan kakinya lebih teruk dimana dia terpaksa dipasang klip selain dari apa yang aku jalani. Memang kulihat cara kakinya dibalut sama seperti aku dahulu. Pesakit ini nampaknya jauh lebih berusia dari aku dan berbangsa Cina. Walaupun berusia kebanyakan mereka ini tiada masalah kencing manis dan darah tinggi walau dalam usia lanjut, jadi tiada masalah untuk mereka menjalani prosedur ini.Yang penting kualiti hidup mereka tidak terjejas.
Bagaimanapun aku sangat bersyukur kepada Allah atas segalanya kerana telah memudahkan aku melalui fasa-fasa semasa rehabilisasi selepas pembedahan. Aku telah memberanikan diri memandu kereta auto pada hari yang ke 3 selepas berjumpanya tanpa menanyanya samada boleh atau tidak. Dia ada menyarankan supaya aku tidak memakai kasut yang bermuncung tajam. Buat masa ini hanya kasut Croc sahaja yang boleh aku pakai katanya. Kebengkakan yang kadang-kadang kala masih berlaku pada kaki aku ini dijangka berakhir selepas 6 bulan.
TCA ke 5 aku ialah pada 24/3/14.  Aduh hampirnya dengan tarikh hari lahir aku!

Monday, December 16, 2013

Cara Hidup dan Permasalah kaki

Bosannya rasa diri ini sewaktu hendak kembali semula bekerja. Hanya Allah yang tahu maklumlah hampir 2 bulan telah ku tinggalkan apa tidaknya sudah rasa selesa tinggal di rumah. Sebelum ini sehari dua di rumah sudah rasa jemu sejemunya tetapi nampaknya berbeza pula keadaannya. Usia separuh abad memang sepatutnya aku sudah berehat dan melakukan kerja kerja ringan. Sementelah lagi kerja yang aku lakukan sekarang banyak memerlukan pergerakan yang pantas. Aku harus dengar rintihan perasaan anggota badanku. Walaupun apa akan terjadi aku sudah tidak ambil kisah akan perkara perkara yang semua hendak cepat yang diperlukan oleh pihak pengurusan.
Nabi Muhammad saw menekankan supaya umat baginda mengambil berat kesihatan dan keselesaan kaki yang mana kita dikira mngikut sunnah jika memilih kasut yang sesuai dengan kaki dan menjaga kesihatan kaki. Ya Allah selama ini hambaMu yang kerdil ini  tidak mengamalkan sunnah Nabi. Bukan sahaja tidak amal malah lansung tidak kisah jenis kasut yang dipakai. Yang aku tahu janjia boleh berjalan dan dapat bua kerja dengan cepat.Bersyukur aku kehadrat Allah kerana dengan satu peringatan yang Engkau tunjukan padaku iaitu dengan insiden kaki kiriku tidak dapat berpijak, aku telah dapat merujuk pakar ortho yang menjelaskan kepadaku perkara perkara yang selama ini aku anggap perkara yang remeh. Dalam rancangan fattabioni juga ada menyentuh topik menjaga kaki adalah satu sunnah. Sesiapa yang menjaga kakinya dengan baik dan berniat untuk mengikut sunnah Nabi dengan mudah mendapat pahala ikut sunnah dan kaki pun sihat secara tidak lansung.

Masalah masalah yang timbul akibat kelalaianku menjaga kaki dengan baik :
Fangus ( jangkitan kulat) - kuku akan menjadi tidak rata dan akan mereput akibat dari ini.
Collus/corn (ketuat) -di bahagian tapak kaki. Harus diambil tindakan segera - Cyrotherapy@ melalui pembedahan.
Hallux valgus - ibu jari kaki melencong ke anak jari sebelah. Bahagian tapak bawah akan dalam tekanan dan lama kelamaan sakit sewaktu berjalan lebih dari 10 minit.
Hammer toe/Claw toe - anak jari terangkat ke atas bahagian tengah sendinya menyebabkan sukar untuk memakai kasut bertutup

Friday, December 13, 2013

TCA Temujanji Pakar Selepas Pembedahan

Sebenarnya aku pun kurang pasti apa TCA tu, maklumlah istilah tu hanya diguna di antara doktor pakar dengan MO atau HO sahaja. Kalau otak saintifik ini aku rasa tidak dapat tidak berminat juga hendak ambil tahu. Doktor pun bukan ada masa nak terangkan semuanya. Disinilah kebaikannya menjadi pendengar yang baik(good listener).
Dibawah adalah tarikh- tarikh TCA ku dalam masa 3 bulan pertama:
Selepas discaj,aku dikehendaki pergi dressing di klinik kesihatan @ klinik swasta 2hari sekali. Disebabkan kekangan masa suamiku untuk menghantarku ke klinik, aku hanya dapat buat 2 kali seminggu. Itupun dalam seminggu sekali ke klinik swasta iaitu sebelah malam dan sekali  ke klinik 1 Malaysia pada hari Ahad.Nasib baiklah ada juga servis dressing ( hanya 2 jam sahaja diperuntukan) di klinik 1 Malaysia yang berhampiran rumahku ini, kalau tidak aku rasa tidak banyak beza dengan kedai farmasi. Surat cuti sakit(MC) memang tidak dikeluarkan di klinik ini. Hanya jururawat terlatih dan penolong jururawat sahaja yang ada, sebab itulah mc dan juga antibiotik tiada.
TCA pertama - 21 Okt iaitu 3 mggu selepas tarikh pembedahan, K wire pada anak jari k2 dicabut.
Back slap dan balutan hingga ke betis ditanggalkan, diganti balutan kecil.
TCA kedua - 4 Nov iaitu selepas 2 minggu TCA pertama tujuan untuk membuka bendej. Pada masa ini aku perlu jumpa MO sahaja iaitu di klinik ortho. Malang sedikit, ada sedikit kesan bengkak (infection) pada jahitan di antara ibu jari dan jari keduaku.
Nampak macam jahitan hendak terbuka, seperti di dalam foto di bawah:

 MO itu sudah takut untuk rawatku maksudnya apa harus dibuat seterusnya lalu beliau merujuk seorang pakar yang bertugas pada hari itu. Pakar  memberitahu yang ianya tidak kritikal, tahap suhu dibahagian tapak kakiku dipantau dan dia memberitahu yang kepanasan dari yang bengkak tidaklah banyak bezanya berbanding dengan kepanasan kaki kananku .

 Namun dia sarankan untuk terus diberi ubat antibotik tamabahan dan TCA ke 3 adalah minggu berikutnya.

TCA ketiga - 11 Nov dan dipantau Mr Azam untuk tindakan susulan. Malangnya hari itu, Mr Azam terpaksa membantu satu pembedahan kecemasan, sehingga  jam 12 tengahari baharulah dia muncul. Apa hendak dikata hendak berubat macam itulah, bukan senang hendak senang walaupun aku sudah menunggu sejak pukul 8 pagi dan membiarkan diriku duduk di atas kerusi roda adalah sangat mencabar bagi keadaanku pada waktu itu - kebengkakan menjadi sangat tidak selesa sebab sudah menjangkau 4 jam(weight bearing). Aku pun tahu Mr Azam orangnya sangat komited. Kesan jahitan terbuka sudah tiada pada masa itu dan dia pun mempamerkan wajah kelegaan sambil menanyaku bila aku bercadang untuk kaki kanan pula yang dia sudah tahu akan menerima nasib yang sama. Aku pun lantas mengajukan soalan yang berapa lama lagi agaknya beliau ingin berkhidmat di hospital berkenaan. Beliau lantas mengelak untuk menjawab dengan memberitahu yang Mr Sidek akan ke luar negara untuk mendalami lagi bidang kepakarannya, tinggal dia tanpa Mr Sidek yang aku rasa mentornya juga.
TCA keempat - 23 Dec menjalani X-Ray  sebelum berjumpa Mr Azam untuk memastikan tulang cantum dengan baik dan aku tidak bergantung pada tongkat lagi. Gementar rasa hati ini menunggu hari yang dinanti-nantikan!

Monday, December 2, 2013

Waktu Penjagaan Selepas Pembedahan - Post Operation


Foto dibawah menggambarkan keadaan kakiku sebelum dan selepas dibuka balutan(bandage) iaitu selepas 5 minggu pembedahan dijalankan. Keadaan bengkak akan berlaku padaa bahagian jari bila kaki banyak berdiri dan jangkamasa ia terjadi bergantung kepada keaadaan badan seseorang pesakit itu. Menurut doktor keadaan bengkak ini akan berlanjutan sehingga 6 bulan. Maknanya pembedahan ini lebih susah penjagaannya berbanding dengan Caesarian yang pernah ku jalani 20 tahun lalu. Allah memang hendak menguji kesabaranku lagipun selama ini aku telah lama mendera kakiku dengan selalu berjalan hendak cepat sampai, terutama di tempat kerja. Sementelah lagi aku memakai but keselamatan semasa di tempat kerja,  kakiku diasak oleh but yang keras itu. Aku disaran memakai kasut khas yang di tunjukkan foto sebagai mengganti plaster cast yang kebiasaan di pasang di hospital. Kasut khas ini sangat senang dipakai dan dia mempunyai 2 set pembalut berjahit seperti sarung kaki tetapi disebelah dalam seperti kain tuala tebal. Diberi 2 set ialah supaya sementara yang satu dibasuh ada lagi satu yang boleh dipakai. Di dalam sarung kaki ini pula dimasukkan satu bahan plastik yang berisi seperti pasir atau kristal yang boleh menyerap kelembapan pada kaki. Yang istemewa bagiku kasut ini adalah unisaiz, bermakna boleh diguna samada untuk kiri atau kanan. Aku memkirkan jangkamasa panjang yang mana kaki kananku sedang mengalami keadaan yang sama dan ada terasa seperti bone spur. Aku harus bersedia berdepan dengan satu lagi pembedahan dalam jangkamasa paling lama 3 tahun lagi. Jadi kasut VAcopad ini amat bermakna bagiku.