Sudah lebih sebulan aku tidak meneruskan coretan kembaraku. Ini kerana keadaan rumahku yang sedang dibaik pulih secara besar-besaran sedang dilakukan. Penambah baikan rumah ku ini memang agak memakan masa iaitu melampaui 3 bulan. Aku pula tidak suka menaip menggunakan tab atau yang lebih kecil dari itu. Aku cuba untuk menyelitkan juga coretan aku ini walaupun dalam keadaan yang tidak selesa,
Destinasi kami seterusnya, ialah ke Lembah Madyan. Perjalanan agak jauh, jadi sebelum itu kami singgah makan roti arab dan humus yang dibelanja oleh Issa.
Foto yang dapat diambil semasa dalam perjalanan ke Lembah Madyan.
Foto diambil dari tepi jalan di Lembah Madyan. Terlihat sebuah anak sungai mengalir.
Sesampai sahaja di Makam Nabi Syuib, kami diberi penerangan mengenai sejarah Nabi Syuib oleh penjaga Makam. Memandangkan dia hanya tahu berbahasa Arab dan agak pekat. Aiman dan anakku diminta membantu untuk menjelaskan lagi. Walaubagaimanapun, kami amat belas dengan keadaan sekitar makam. Apa boleh buat, kebanyakan penduduk di sini tidak terdedah dengan pembangunan sebagaimana di kawasan yang lebih maju, jadi kehidupan mereka pun sangat dhaif.
Pemandangan di bahagian belakang Makam Nabi Syuib.
Keadaan kedhaifan tidak jelas jika hanya berdasarkan foto-foto di atas. Sekiranya ke sana barulah diketahui yang betapa tempat-tempat bersejarah perlu dititik-beratkan. Walaubagaimanapun aku mengkagumi sikap peramah penjaga makam ini dengan kami. Mereka ada menyediakan air minuman untuk jemaah yang datang bersembahyang di masjid ini.
No comments:
Post a Comment