Monday, November 30, 2015

TCA5 - Varikos Vein

Pertemuanku kali ini agak lewat juga, namun kali ini sementara aku menanti nomborku dipanggil berjumpa dengan seorang wanita yang agak sebayaku. Kami masing-masing bercerita mengenai penyakit yang kami alami.Kebetulan dia juga tinggal tidak jauh dari tempat tinggalku dan kami mempunyai saiz keluarga yang sama.
Dia sudah lama menjadi surirumah, jadi dia sudah biasa duduk di rumah sahaja berbanding denganku yang masih dalam proses penyesuaian. Waktu masih awal dan melihatkan pergerakan nombor lagi 25 orang kami pun terus ke kantin untuk bersarapan pagi. Aku makan meehoon sup, dia makan mee goreng, akupun rindu juga makanan di hospital ini,lagipun harganya agak berpatutan.
Nampaknya si Ida ni sensitif dengan isu-isu sejarah dan politik negara sekitar seperti Filipina. Maaflah aku tidak pula begitu minat dan ingat terutamanya seperti jatuhnya era pemerintahan Presiden Marcos. Kami terus bercerita sambil berjalan balik ke klinik Pakar di tingkat 4.
 Lebih kurang jam 10.30pagi, nomborku dipanggil. Seorang doktor India menungguku. Sambil melihat keadaan urat(vv) di betisku, dia pun membuat keputusan untuk tidak dibuat pembedahan. Baginya urat(vv)ku sudah nampak tidak begitu besar berbanding sebelum ini. Namun aku masih perlu dipantau dan perlu berjumpa doktor pada bulan May 2016. Sekiranya urat(vv) masih sama keadaannya, mungkin akan di rawar secara Laser sahaja. Rawatan Laser ini hanya boleh dilakukan di HKL.
Lega rasanya di hati ini, mungkin doktor itu pun dapat melihat keceriaan di wajahku. Maklumlah walaupun kecil pembedahan yang akan dibuat, namun setiap pembedahan pasti ada risiko/komplikasinya. Tambahan pula, sumber maklumat dari rakan U ku yang sudah menjalani pembedahan ini bahawa kondisi vv ini akan  terjadi pula pada urat yang berhampiran. Itu yang meresahkan di fikiranku. Jika ada alternatif lain yang dapat dilakukan, aku rasa amat bersyukur. HKL dari rumahku tidak begitu jauh dan pengangkutan RapilKL ada terus sampai ke pagar HKL, TCA 6 - 19/5/16. Alhamdulillah!

No comments:

Post a Comment